Tuesday, 24 December 2019

(VIDEO) Percutian Satu Keluarga Diganggu Lembaga Hitam Yang Mengilai Dari Dapur Pangsapuri

(VIDEO) Percutian Satu Keluarga Diganggu Lembaga Hitam Yang Mengilai Dari Dapur Pangsapuri

diganggu makhluk halus yang menakutkan

Satu keluarga daripada 22 orang sedang bercuti terpaksa berdepan dengan saat yang menakutkan apabila kelibat lembaga hitam yang berbadan besar mengilai dari dapur sebuah pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan dan seorang daripada mereka diserang histeria.

Kejadian yang menakutkan itu dilaporkan telah berlaku pada 19 Disember lalu iaitu pada malam terakhir keluarga berkenaan yang menginap di tempat percutian tersebut sebelum membuat keputusan untuk mendaftar keluar pada keesokkan harinya.

Memetik laporan Harian Metro, segalanya bermula ketika malam pertama mereka berada di situ iaitu salah seorang daripada mereka mendakwa terdengar suara orang mengilai di bahagian dapur manakala di bahagian atas kedengaran seperti orang yang sedang berjalan kaki.

Kisah benar itu ternyata berlaku apabila satu rakaman video telah dirakamkan oleh salah seorang ahli keluarga berkenaan selepas terdengar suara menakutkan itu malahan kedengaran juga orang yang sedang tidur berdengkur selain lampu yang sekejap hidup sekejap dimatikan berada di dapur.

Terdapat beberapa rakaman video kejadian yang sempat dirakamkan yang membuktikan kejadian itu benar-benar berlaku apabila paparan menunjukkan kelibat lembaga hitam itu berada berhampiran pintu di sebuah pangsapuri berdekatan sebelum ia hilang.

Menceritakan peristiwa itu, Siti Fatimah Mujahidin, 34, berkata, selepas beberapa minit kemudian, adik bongsunya Muhammad Yussuf, 20, mula mengalami gangguan selepas melihat lembaga itu di dapur.

"Cerita ini bukan rekaan kerana ia berlaku di depan mata kami, malah ada rakaman video menunjukkan lembaga itu berada di situ.

"Berikutan itu, suami saya, Muhammad Salman Haidir, 32, melaungkan azan dan suara Yussuf bertukar garau. Kejadian bermula pada 4 pagi dan berakhir sejam setengah kemudian sebelum Yussuf kembali sedar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Lembaga Hitam Besar mengilai di Dapur KELIBAT lembaga hitam berbadan besar mengilai dari dapur pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan menghantui percutian 22 orang daripada sebuah keluarga sebelum seorang daripadanya diserang histeria. Kejadian mengerikan itu berlaku pada 19 Disember lalu iaitu pada malam terakhir keluarga terbabit menginap sebelum mereka mendaftar keluar pada keesokan hari. Ceritanya bermula pada malam hari pertama mereka mendaftar masuk apabila seorang daripada mereka terdengar suara mengilai di bahagian dapur manakala di bahagian atas pula kedengaran seperti orang berjalan. Kisah itu dikuatkan lagi dengan rakaman video sempat dirakam seorang ahli keluarga terbabit apabila kedengaran suara seperti orang tidur berdengkur sementara lampu di dapur sekejap hidup sekejap dimatikan. Malah, beberapa lagi rakaman video menunjukkan kelibat lembaga itu berada berdekatan pintu sebuah lagi pangsapuri sebelum hilang. Menceritakan peristiwa itu, Siti Fatimah Mujahidin, 34, berkata, selepas beberapa minit kemudian, adik bongsunya Muhammad Yussuf, 20, mula mengalami gangguan selepas melihat lembaga itu di dapur. “Cerita ini bukan rekaan kerana ia berlaku di depan mata kami, malah ada rakaman video menunjukkan lembaga itu berada di situ. “Berikutan itu, suami saya, Muhammad Salman Haidir, 32, melaungkan azan dan suara Yussuf bertukar garau. Kejadian bermula pada 4 pagi dan berakhir sejam setengah kemudian sebelum Yussuf kembali sedar,” katanya ketika dihubungi. Tidak cukup dengan itu, Muhammad Salman turut membaca ayat suci al-Quran, sekali gus meredakan gangguan dialami. “Alhamdulillah dengan izin Allah keadaan kembali pulih. Pada 8 pagi, selepas mandi, kami menghubungi penjaga apartmen dan dia datang untuk pemeriksaan. “Kami cerita apa yang berlaku padanya namun dia hanya terdiam dan meminta maaf,” katanya. Kisah dialami Siti Fatimah sekeluarga dikongsikan dalam Facebook miliknya hingga mendapat pelbagai komen daripada netizen. Menerusi hantaran bertajuk ‘Peristiwa Diganggu Semasa Bercuti’, netizen memberi komen antaranya: ‘’Saya pernah menginap di apartmen itu, memang kawasan situ hot (panas)...jam 2.30 pagi, saya terlihat orang tanpa kepala. “Moga kita semua dijauhi perkara tak diingini, perkongsian bagus dan wajib percaya benda itu wujud dan ada.” HMetro : Selasa, 24 Disember 2019 @ 10:04 PM

Posted by Dari Alam Angker on Tuesday, December 24, 2019


Tidak cukup dengan itu, Muhammad Salman turut membaca ayat suci al-Quran, sekali gus meredakan gangguan dialami.

"Alhamdulillah dengan izin Allah keadaan kembali pulih. Pada 8 pagi, selepas mandi, kami menghubungi penjaga apartmen dan dia datang untuk pemeriksaan.

"Kami cerita apa yang berlaku padanya namun dia hanya terdiam dan meminta maaf,” katanya.

Kisah dialami Siti Fatimah sekeluarga dikongsikan dalam Facebook miliknya hingga mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Menerusi hantaran bertajuk ‘Peristiwa Diganggu Semasa Bercuti’, netizen memberi komen antaranya: ‘’Saya pernah menginap di apartmen itu, memang kawasan situ hot (panas)...jam 2.30 pagi, saya terlihat orang tanpa kepala.

Semoga kita semua dijauhkan perkara sebegini dan gangguan makhluk halus seperti ini sememangnya amat menakutkan namun kita masih boleh mengusirnya dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang terbukti sangat menakjubkan mampu menakutkan dan memusnahkan iblis dan syaitan. - Admin

Tuesday, 16 January 2018

Ustaz Ini Kongsi Cara Merawat & Doa Penawar Sihir dan Gangguan Jin

Ustaz Ini Kongsi Cara Merawat & Doa Penawar Sihir dan Gangguan Jin

doa elak sihir

Sihir adalah merupakan satu perbuatan yang menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal seseorang yang disihir secara tersembunyi yang biasanya membabitkan makhluk halus. Ianya dilakukan di luar hukum alam untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh untuk mengubati penyakit, menyakiti seseorang dengan menghantar sihir seperti santau atau untuk meramal masa depan serta biasanya dalam bahasa Melayu dipanggil ilmu hitam.

Maksud sihir dalam Islam adalah orang Islam sememangnya dilarang keras untuk mengamalkan sihir kerana telah mengingkari hukum Allah dan juga boleh jatuh syirik sekiranya sihir diamalkan tanpa merujuk kepada agama Allah. Sebaiknya sebagai umat Islam harus kita elakkan perkara syirik sebegini.

Tanda-tanda atau ciri-ciri orang yang terkena sihir sama ada sihir guna-guna, pemisah, pengasih, pembenci, cinta, pelalau, penunduk, tanah kubur dan sebagainya, biasanya dikatakan nafsu syahwatnya semakin meningkat yang menyebabkan jiwa dan batinnya menjadi lemah serta mudah dirasuk. Ini kerana badannya dikatakan tidak suci atau tidak mandi wajib atau hadas yang mendedahkan dirinya kepada syaitan dan jin yang amat menyukai orang yang sedemikian.

Gangguan jin dan makhluk halus Raja Bomoh yang terkenal dikatakan pernah mengubati sihir orang ramai.

Cara merawat atau rawatan penawar sihir dan gangguan jin boleh dilakukan dengan bermacam cara dan kaedah, sama ada dari bacaan ayat Al-Quran atau doa untuk menghilangkan sihir dalam tubuh yang biasanya terkena buatan orang dilakukan oleh mereka yang lebih arif seperti dari Pusat Rawatan Islam, Perubatan Tradisional dan sebagainya.

Seorang ustaz daripada Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin telah berkongsi bagaimana beliau mengesan dan mengatasi sihir selepas beliau sendiri yang terkena sihir selepas pesakit datang berubat dengannya di pusat rawatan berkenaan. Beliau turut berkongsi tentang petua dan ayat pembatal sihir dan juga doa pendinding diri penghancur ilmu hitam.

Ramai yang bertanya kepada saya, "Ustaz, sepanjang buat rawatan, ustaz tidak pernah ke terkena sihir dan tempias dari pesakit?"

Saya jawab, "Tipulah saya jika kata saya tak pernah terkena. Saya juga adalah insan biasa seperti anda semua. Jika saya terleka, pasti kena.

Kadang-kadang muntah darah pun pernah, kembung perut biasa saya kena.

"Paling tak dapat dilupakan, saya diuji kena buang air kecil lima minit sekali selama dua hari. Kejap-kejap nak terkencing. Masa itu Ya Allah, susahnya, nak tidur pun susah."

CARA MENEPIS SIHIR


Tanda ada jin dalam badan Air garam digunakan untuk elak sihir.

Selain mandi ais yang saya amalkan dalam seharian, saya buat minum air garam. Caranya, ambil segelas air suam, ambil secubit garam dan masukkan ke dalam air yang kita hendak minum. Sebaiknya minum sebelum tidur kerana semasa kita tidurlah makhluk halus menganggu kita.

Selepas bangun dari tidur, sebelum menggosok gigi amalkan juga minum air garam ini. Selepas masukkan garam, baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Kemudian baca Laa Haula WaLaa Quwwata illa Billaah tiga kali dan selawat tiga kali, kemudian minum.

Buatlah sekiranya buat dengan yakin, insha Allah diberi perlindungan oleh Allah dari sebarang ancaman sihir. Jika buat cara di atas, jika anda sendawa, bermakna ada gangguan dalam badan. Jika muntah, batuk seram sejuk, bermakna gangguan yang anda alami amat teruk.

Buatlah sekerap yang mungkin. Jika anda buat anda rasa segar badan dan rasa ringan, bermakna apa yang anda buat berkesan. Semuanya atas keizinan Allah juga.

Cara di atas adalah cara saya sendiri untuk mengelakkan sihir dalam badan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Kami kongsikan juga beberapa ayat dan doa yang kami dapatkan dari Ustaz Sharhan di laman YouTube untuk mereka yang memerlukan untuk mengatasi sihir, ilmu hitam dan makhluk halus.

Ayat Pembatal Sihir dari Ustaz Sharhan

Rawatan Sihir dan Ayat Al-Quran


Ayat Batal Sihir


Baca: Pasangan Suami Isteri Hampir Bercerai, Sering Mimpi Ngeri Kerana Terkena Sihir Pemisah Dari Siam

Semoga perkongsian cara merawat sihir berserta ayat Al-Quran dan doa elak sihir daripada Ustaz ini akan membantu anda untuk mengubati diri sendiri atau menghilangkan sebarang gangguan jin dan syaitan dalam tubuh badan dengan berjaya. Amalkan dengan yakin dan berdoalah kepada Allah agar diberikan kesembuhan dengan cepat. Semoga bermanfaat.

Sunday, 17 September 2017

Wanita Sanggup Bunuh Bomoh Selepas Tidak Berpuas Hati Rawatan Penyakitnya Tidak Berkesan Setelah RM47,457 Terbuang

Wanita Sanggup Bunuh Bomoh Selepas Tidak Berpuas Hati Rawatan Penyakitnya Tidak Berkesan Setelah RM47,457 Terbuang


Biarpun dunia semakin maju dan teknologi kini semakin moden, tetapi masih lagi ada sesetengah masyarakat yang masih mempercayai tentang ilmu ghaib dan benda-benda tahyul yang membabitkan dukun serta bomoh untuk mengubati berbagai jenis penyakit.

Tetapi bagaimana sekiranya bomoh berkenaan didapati gagal menyembuhkan penyakit para pesakit yang mendapatkan perkhidmatannya? Sedangkan sudah ribuan ringgit telah terbuang begitu sahaja demi untuk menyembuhkan sakit yang telah lama dihidapi dan begitu mengharapkan bomoh tersebut menyembuhkannya.

Dek kerana terlalu marah dan berang, seorang wanita dikatakan bagai dirasuk dipercayai telah merancang satu pembunuhan seorang bomoh selepas bomoh terbabit gagal menyembuhkan penyakit yang telah dihidapinya.

Gambar Hiasan

Menurut laporan dari laman Coconuts, wanita itu bernama Dewi yang berasal dari Klidang, Batang, Jawa Tengah telah bertemu dengan mangsa iaitu seorang bomoh yang dikenali sebagai Sugeng Raharjo, 35, yang dikatakan mampu menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang menyebabkan Dewi ingin mendapatkan rawatan.

Melalui rawatan yang dilakukan Sugeng, Dewi dikehendaki membayar sejumlah wang sebanyak 15 Juta Rupiah (RM47,475) tetapi malangnya hasil daripada rawatan tersebut dikatakan begitu mengecewakan dan tidak dapat menyembuhkan penyakit Dewi.

Akibat rasa tidak puas hati kerana sakit yang dihidapi Dewi itu langsung tidak sembuh dan wangnya habis begitu sahaja, Dewi meminta wangnya kembali daripada Sugeng, namun Sugeng enggan berbuat demikian yang menyebabkan wanita terbabit menjadi berang sehingga Dewi menyuruh seorang lelaki yang bernama Wisnu dan 5 lima lelaki lain membelasah bomoh tersebut sehingga mati di sebuah ladang getah.

Sumber: Tribun Sumsel

Melalui siasatan pihak polis daerah Temanggung, mayat mangsa dikatakan ditemui dalam keadaan longlai bersama beberapa kesan tikaman dan juga kesan jerutan di lehernya. Manakala, kepala mangsa pula dikatakan diserkup dengan sejenis plastik.

Walau bagaimanapun, jenayah yang dilakukan wanita tersebut akhirnya terbongkar juga selepas ada orang awam yang dikatakan curiga dengannya selepas ternampak beberapa kesan tompokan darah yang terdapat di kereta yang dipercayai milik Dewi.

Selepas seminggu mayat mangsa ditemui oleh orang ramai, ketujuh-tujuh orang suspek yang bertanggungjawab di atas perbuatan membunuh mangsa itu akhirnya ditangkap polis.

Sumber: Kompas

Laman Kompas melaporkan bahawa Dewi dikatakan telah membayar sejumlah wang sebanyak 600 ribu sehingga 1 juta Rupiah (RM189 - RM316) kepada kelima-lima lelaki berkenaan selepas mereka melaksanakan tugas mereka.

Lebih mengejutkan ramai Dewi dikatakan telah menjual beberapa barangan peribadi miliknya demi untuk merealisasikan niatnya untuk melakukan pembunuhan kejam tersebut terhadap bomoh yang dikenali sebagai Sugeng itu. - www.koleksiviral.com

Thursday, 7 September 2017

Wanita Ini Kongsi Kisah Benar Cerita Seram Mayat Hidup Semula Selepas Menuntut Ilmu Salah

Wanita Ini Kongsi Kisah Benar Cerita Seram Mayat Hidup Semula Selepas Menuntut Ilmu Salah


Dalam masyarakat Melayu mungkin ada yang biasa terdengar tentang satu mitos yang mengatakan sekiranya seekor kucing yang melompat ke atas mayat, mayat berkenaan akan terus bangkit dan hidup semula.

Tetapi perkongsian dari wanita ini agak berbeza di mana dia menceritakan tentang mayat yang dikatakan bangun semula selepas menuntut ilmu yang salah.

Nadia McWillson atau AchuNadia telah berkongsi kisah seram ini melalui laman Twitter yang dikatakan cerita benar berkenaan pernah berlaku antara tahun 1998 atau 1999 di Kuching, Sarawak.


Kejadian itu amat mengejutkan orang kampung apabila seorang pakcik yang dipercayai telah meninggal dunia beberapa tahun dulu dikatakan hidup semula secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan apabila kisah itu diceritakan oleh orang kampung sendiri yang mendakwa lelaki terbabit kononnya berketurunan 'Hantu Bangkit' iaitu seseorang yang amat terkenal di daerah Kuching pada waktu itu.


Kejadian yang menakutkan itu menjadi lebih menyeramkan selepas satu kampung yang tidak didedahkan namanya itu dikatakan telah terputus bekalan elektrik, manakala mayat yang akan dikuburkan pada malam berkenaan didapati hilang secara tiba-tiba.


Walaupun orang kampung telah pun menemui mayat lelaki itu semula dan turut berjaya dikebumikan seperti yang dirancangkan, arwah dikatakan telah pulang ke rumahnya secara tiba-tiba. Malahan, arwah turut melawat hampir kesemua rumah rakan-rakannya dan salah sebuah yang dikunjungi arwah adalah rumah Nadia sendiri.


Bapa Nadia yang telah menyedari akan kedatangan 'rakannya' itu yang berada di hadapan rumahnya telah menjawab dengan berani bahawa beliau mahu tidur dan menyuruh arwah datang kembali pada keesokan harinya.


Para penduduk kampung tersebut dikatakan turut meminta bantuan pawang dari negara seberang bagi menghalau serta memulangkan semula arwah ke tempat asalnya, namun arwah menolak permintaan tersebut sehinggalah akhirnya tubuh mayat berkenaan didapati mereput secara perlahan-lahan.


Gangguan tersebut dikatakan berlanjutan sehingga 3 ke 3 bulan sebelum keadaan menjadi reda dan kembali seperti biasa. Dek kerana trauma diikuti mulut orang-orang kampung yang mengatakan tentang keburukan arwah, keluarga arwah akhirnya terpaksa berpindah dari kampung tersebut.


Kisah yang menyeramkan ini telah mendapat pelbagai reaksi dan respon dari kalangan netizen, lebih-lebih lagi dari mereka yang turut tinggal di kawasan Kuching, Sarawak.

Segelintir daripada mereka mengatakan kejadian tersebut adalah benar, malah menurut mereka, bukan keturunan Hantu Bangkit sahaja yang amat terkenal di sana tetapi ada beberapa lagi cerita seram seumpama ini yang tidak didedahkan.

Menurut mereka antara hantu-hantu yang sering diceritakan seperti hantu penanggal dan hantu kayong, jelas netizen. - www.koleksiviral.com

Sumber @AchuNadia

Sunday, 27 August 2017

(VIDEO) Gempar 10 Orang Pekerja Kilang Elektronik Diserang & Disampuk Makhluk Halus

(VIDEO) Gempar 10 Orang Pekerja Kilang Elektronik Diserang & Disampuk Makhluk Halus


PUCHONG – 10 orang pekerja kilang elektronik dilaporkan diserang histeria yang dipercayai telah diganggu oleh makhluk halus di sebuah kilang di sini, semalam.

Salah seorang daripada 10 pekerja kilang terbabit yang diserang histeria itu berkata, “saya tak ingat apa-apa cuma sebelum tu rasa tak sedap badan, menggeletar dan tubuh jadi berat,” katanya.

“Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira 1.40 pagi dia sedang duduk makan di bangunan baru bersebelahan kilang, ketika sedang berjalan masuk ke tempat dia bekerja, secara tiba-tiba dia merasakan badannya panas, menggeletar dan menggigil.

Pekerja berkenaan yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, kejadian itu berlaku sebaik sahaja beliau selesai makan namun tidak mengingati sepenuhnya apa yang berlaku sehinggalah dia tersedar dan berada di asrama pekerja.




Apabila ingin saja masuk bahagian tempatnya bertugas, dia merasakan seperti ada sesuatu yang mengikuti di belakang dan terus menolaknya dengan kuat, jelasnya.

Menurutnya, dia juga turut mendengar suara kawan-kawannya yang menyuruhnya ‘melawan’ benda yang telah merasuk ke dalam tubuh badannya, walau bagaimanapun, selepas itu dia langsung tidak sedar apakah yang sedang berlaku.

Menurut Sinar Harian, kejadian histeria dan serangan gangguan itu bukanlah kali yang pertama berlaku terhadap kalangan pekerja kilang terbabit. Gangguan tersebut dikatakan sering berlaku hampir setiap bulan dan sebelum ini seramai 70 orang pekerja kilang tersebut dikatakan diserang histeria yang berlaku pada penghujung April lalu.

Gangguan dan serangan tersebut didakwa telah terhenti beberapa bulan selepas pekerja yang diganggu makhluk halus yang dipercayai berada di kilang terbabit mendapat rawatan daripada Pusat Rawatan Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam Malaysia (Al-Qalam) pada 29 April lalu.


Walau bagaimanapun, pekerja kilang itu sekali lagi diganggu oleh makhluk halus berkenaan sewaktu kerja-kerja pemulihan dijalankan Al-Qalam di bangunan baharu di kilang berkenaan.

Menurut Pengasas Al Qalam, Datuk Seri Baharudin Abu berkata, berkemungkinan makhluk halus yang ‘diusir’ dari bangunan baharu itu berpindah ke blok bersebelahan tempat pekerja bertugas.

Dia turut menambah pekerja kilang itu terkena gangguan dan pulih selepas mendapatkan rawatan. Manakala gangguan itu berlaku bukannya disebabkan persekitaran berkenaan tetapi ia dikatakan berpunca daripada individu yang lemah semangat, kurang menjaga kebersihan, tidak menjaga solat dan tidak menutup aurat, selain turut menasihati mereka supaya tidak derhaka kepada Allah, suami dan ibu bapa. - www.koleksiviral.com

Tuesday, 22 August 2017

(VIDEO) Rakaman Objek Dikatakan Pocong Berjaya Dirakamkan Di Temerloh Kelihatan Menyeramkan Macam Real

(VIDEO) Rakaman Objek Dikatakan Pocong Berjaya Dirakamkan Di Temerloh Kelihatan Menyeramkan Macam Real


Sejak semalam satu rakaman video telah ditonton lebih dari 2 juta kali selepas disebarkan tentang satu penemuan yang amat menyeramkan apabila didakwa objek yang terpapar dalam rakaman tersebut adalah makhluk yang menyerupai pocong.

Rakaman video yang menunjukkan kelibat satu makhluk yang dipercayai berpakaian serba putih itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Ahmad Zaki dan sehingga kini telah dikongsi netizen dengan puluhan ribu perkongsian.

Menurut pemilik video, makhluk yang dikatakan pocong itu dipercayai muncul di luar tingkap rumah yang didiaminya di Temerloh, Pahang. Pocong berkenaan sering menunjukkan dirinya pada jam 1.30 pagi dan sering muncul pada waktu yang sama pada hari berikutnya.


Apa yang lebih mengejutkan kemunculan bayangan makhluk yang menyeramkan itu dikatakan dalam keadaan statik, namun keadaan itu disangkal netizen dan turut menyifatkan tiada bukti sahih yang mengesahkan objek tersebut adalah makluk tersebut malah ada yang menyatakan mungkin ada seseorang yang ingin mempermainkan lelaki terbabit.



Menerusi perkongsian itu, segelintir netizen turut beranggapan mungkin Ahmad Zaki telah disantau seseorang dan makhluk tersebut datang menganggunya pada setiap malam selepas diarahkan. - www.koleksiviral.com

Monday, 14 August 2017

Video Ustaz Keluarkan Ular Dari Badan Pesakit Yang Alami Penyakit Misteri Jadi Tular

Video Ustaz Keluarkan Ular Dari Badan Pesakit Yang Alami Penyakit Misteri Jadi Tular


Satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki yang sedang mengubati pesakit yang dipercayai mengalami penyakit misteri dan kejadian aneh jadi tular di media sosial.

Rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Md Rosdi Hassan itu menyatakan lelaki yang mengubati pesakit berkenaan adalah gurunya yang merawat pesakit menggunakan minyak Zafaran.

Seorang pesakit misteri yang selalu mengalami kejadian aneh selama 20 tahun terpaksa dirawat di dalam hutan dengan menggunakan minyak zafaran yang telah di wafakkan dengan doa yang di ajar oleh guru saya untuk mengeluarkan mahluk siluman yang berada di dalam badan pesakit.


Alhamdulillah dengan dibantu oleh rakan-rakan siluman di dalam badan pesakit berjaya dikeluarkan dalam bentuk menyerupai seekor ular.

Menurut Rosdi melalui posting di Facebook itu turut menawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar cara dan doa membuat minyak zafaran boleh menonton video berikutnya.


Pelbagai reaksi yang diberikan netizen selepas menonton rakaman video tersebut, segelintir daripada mereka berpendapat aksi dan rawatan yang dilakukan oleh Ustaz berkenaan adalah lakonan semata-mata kerana ingin melariskan perniagaan.

Walau bagaimanapun, ada yang turut menyelar kenyataan dan menafikannya malah turut mengakui bahawa apa yang disaksikan menerusi rakaman video berkenaan adalah nyata dan benar serta tidak mempunyai unsur penipuan. - www.koleksiviral.com

Sunday, 13 August 2017

Sesiapa Yang Suka Menyidai Baju Pada Waktu Malam, Sila Baca Ni Dengan Teliti..

Sesiapa Yang Suka Menyidai Baju Pada Waktu Malam, Sila Baca Ni Dengan Teliti..

Mungkin ramai anak muda zaman ini yang tidak tahu tentang pantang larang malah tidak mahu mengikut kata apa yang dilarang oleh orang-orang tua dahulu kala, kenapa?

Katanya zaman dah berubah dan tidak perlu lagi untuk mengikut semua pantang larang tersebut. Tetapi bagaimana pula sekiranya pantang larang berkenaan melibatkan perkara makhluk halus? Mahu atau tidak kita harus melakukan bagi mengelakkan gangguan makhluk tersebut.

Berikutnya perkongsian dari Ustaz Syahidan KUIS yang membincangkan tentang seseorang yang gemar menyidai baju di waktu malam dan cara untuk menjaga diri dari gangguan makhluk halus.

Gambar hiasan

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus


Lafazkan Assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah.

Kenapa? Sebab syaitan yang memecahbelahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu (kecuali bilik air) sebab tempat-tempat syaitan kebiasaannya di pintu-pintu.

Biasakan membaca dan juga memasang ayat suci Al-Quran di rumah.

Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.

Tutup tong sampah dan jangan biar sampah bertaburan seperti tulang dan lain-lain kerana itu semua adalah makanan jin.

Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.


Angkat baju di ampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.

Kalau orang yang tidur mengigau, sentuh dan kejut dia.

Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).

Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus.

Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan berikan salam.

Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

Elakkan duduk di pintu.

Selalu baca surah Al-Baqarah.

Selalu alih-alihkan barang dalam rumah.

Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ini yang tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.