Biarpun dunia semakin maju dan teknologi kini semakin moden, tetapi masih lagi ada sesetengah masyarakat yang masih mempercayai tentang ilmu ghaib dan benda-benda tahyul yang membabitkan dukun serta bomoh untuk mengubati berbagai jenis penyakit.
Tetapi bagaimana sekiranya bomoh berkenaan didapati gagal menyembuhkan penyakit para pesakit yang mendapatkan perkhidmatannya? Sedangkan sudah ribuan ringgit telah terbuang begitu sahaja demi untuk menyembuhkan sakit yang telah lama dihidapi dan begitu mengharapkan bomoh tersebut menyembuhkannya.
Dek kerana terlalu marah dan berang, seorang wanita dikatakan bagai dirasuk dipercayai telah merancang satu pembunuhan seorang bomoh selepas bomoh terbabit gagal menyembuhkan penyakit yang telah dihidapinya.
Gambar Hiasan |
Menurut laporan dari laman Coconuts, wanita itu bernama Dewi yang berasal dari Klidang, Batang, Jawa Tengah telah bertemu dengan mangsa iaitu seorang bomoh yang dikenali sebagai Sugeng Raharjo, 35, yang dikatakan mampu menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang menyebabkan Dewi ingin mendapatkan rawatan.
Melalui rawatan yang dilakukan Sugeng, Dewi dikehendaki membayar sejumlah wang sebanyak 15 Juta Rupiah (RM47,475) tetapi malangnya hasil daripada rawatan tersebut dikatakan begitu mengecewakan dan tidak dapat menyembuhkan penyakit Dewi.
Akibat rasa tidak puas hati kerana sakit yang dihidapi Dewi itu langsung tidak sembuh dan wangnya habis begitu sahaja, Dewi meminta wangnya kembali daripada Sugeng, namun Sugeng enggan berbuat demikian yang menyebabkan wanita terbabit menjadi berang sehingga Dewi menyuruh seorang lelaki yang bernama Wisnu dan 5 lima lelaki lain membelasah bomoh tersebut sehingga mati di sebuah ladang getah.
Sumber: Tribun Sumsel |
Melalui siasatan pihak polis daerah Temanggung, mayat mangsa dikatakan ditemui dalam keadaan longlai bersama beberapa kesan tikaman dan juga kesan jerutan di lehernya. Manakala, kepala mangsa pula dikatakan diserkup dengan sejenis plastik.
Walau bagaimanapun, jenayah yang dilakukan wanita tersebut akhirnya terbongkar juga selepas ada orang awam yang dikatakan curiga dengannya selepas ternampak beberapa kesan tompokan darah yang terdapat di kereta yang dipercayai milik Dewi.
Selepas seminggu mayat mangsa ditemui oleh orang ramai, ketujuh-tujuh orang suspek yang bertanggungjawab di atas perbuatan membunuh mangsa itu akhirnya ditangkap polis.
Sumber: Kompas |
Laman Kompas melaporkan bahawa Dewi dikatakan telah membayar sejumlah wang sebanyak 600 ribu sehingga 1 juta Rupiah (RM189 - RM316) kepada kelima-lima lelaki berkenaan selepas mereka melaksanakan tugas mereka.
Lebih mengejutkan ramai Dewi dikatakan telah menjual beberapa barangan peribadi miliknya demi untuk merealisasikan niatnya untuk melakukan pembunuhan kejam tersebut terhadap bomoh yang dikenali sebagai Sugeng itu. - www.koleksiviral.com