Sunday 13 August 2017

Sesiapa Yang Suka Menyidai Baju Pada Waktu Malam, Sila Baca Ni Dengan Teliti..

Mungkin ramai anak muda zaman ini yang tidak tahu tentang pantang larang malah tidak mahu mengikut kata apa yang dilarang oleh orang-orang tua dahulu kala, kenapa?

Katanya zaman dah berubah dan tidak perlu lagi untuk mengikut semua pantang larang tersebut. Tetapi bagaimana pula sekiranya pantang larang berkenaan melibatkan perkara makhluk halus? Mahu atau tidak kita harus melakukan bagi mengelakkan gangguan makhluk tersebut.

Berikutnya perkongsian dari Ustaz Syahidan KUIS yang membincangkan tentang seseorang yang gemar menyidai baju di waktu malam dan cara untuk menjaga diri dari gangguan makhluk halus.

Gambar hiasan

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus


Lafazkan Assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah.

Kenapa? Sebab syaitan yang memecahbelahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu (kecuali bilik air) sebab tempat-tempat syaitan kebiasaannya di pintu-pintu.

Biasakan membaca dan juga memasang ayat suci Al-Quran di rumah.

Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.

Tutup tong sampah dan jangan biar sampah bertaburan seperti tulang dan lain-lain kerana itu semua adalah makanan jin.

Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.


Angkat baju di ampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.

Kalau orang yang tidur mengigau, sentuh dan kejut dia.

Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).

Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus.

Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan berikan salam.

Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

Elakkan duduk di pintu.

Selalu baca surah Al-Baqarah.

Selalu alih-alihkan barang dalam rumah.

Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ini yang tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon