Tuesday, 24 January 2017

3 Lelaki Merogol Seorang Wanita Disiarkan Secara Langsung Di Facebook


Stockholm - Satu kes rogol telah disiarkan secara langsung di facebook selama tiga jam yang dilakukan oleh tiga lelaki yang dipercayai merogol seorang wanita yang separa sedar, lapor Harian Metro.

Tiga lelaki berkenaan yang berusia 19 hingga 25 tahun itu telah ditangkap polis hasil laporan seorang wanita yang menyaksikan di mana kes menyayat hati ini berlaku pada Ahad lalu.

Menurut saksi kejadian, Josefine Lundgren, dia menyaksikan sendiri secara langsung bagaimana mangsa telah dibogelkan dan diserang tanpa perikemanusiaan.

Mereka juga dipercayai telah menggunakan senjata api dalam serangan ini untuk membogelkan mangsa yang berusia 31 tahun itu.


Kes yang berlaku di Uppsala, Stockholm ini mendapat liputan meluas seluruh dunia dan mencetuskan kontroversi di medial sosial.

Memetik berita yang dilaporkan, polis juga sempat sampai ke tempat kejadian dan terus memadamkan kamera sebelum menangkap tiga lelaki berkenaan.

“Jenayah rogol itu disiarkan secara langsung di Facebook,” kata polis dalam kenyataan.

Source: facebook.com

Sumber: Harian Metro

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon