Mengambil harta orang tanpa keizinan adalah satu perbuatan yang berdosa dan lebih-lebih lagi harta anak-anak yatim. Sebagai orang Islam, si pelaku yang melakukan perbuatan sewajar dihukum mengikut kesalahnnya.
Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki apabila pecah amanah yang kemudiannya dihukum penjara selama 584 tahun manakala dikenakan sebatan sebanyak 146 sebatan akibat melakukan kesalahan pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta.
Memetik laporan Harian Metro, bekas pembantu tadbir Tabung Manah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini dengan 146 pertuduhan yang melibatkan pecah amanah.
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Hanafi Ismail, 31, sebaik tertuduh membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan semua pertuduhan dan fakta kes terhadapnya yang mengambil masa kira-kira dua jam.
Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dari tarikh jatuh hukum bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman itu berjalan serentak dan satu sebatan bagi setiap 146 pertuduhan.
Menerusi laporan, lelaki terbabit melakukan perbuatan itu ketika bertugas sebagai pembantu tadbir serta turut mempunyai penguasaan harta iaitu peruntukan biasiswa pelajar sekolah di negeri itu. Walau bagaimanapun, lelaki itu gagal menjalankan tanggungjawabnya apabila menyalahgunakan serta menyeleweng dan juga pecah amanah.
Lelaki itu telah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang turut memperuntukkan hukuman penjara selama 14 tahun dan juga sebat serta denda jika disabitkan kesalahan. Perbuatan itu dilakukannya di Unit Kewangan TAPEM di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, Melaka.
Pendakwaan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwan Shah Abdul Samat manakala tertuduh diwakili peguam Emirul Sarifudin Nor Azmi.
Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan jumlah direkodkan tinggi, yang sepatutnya disalurkan kepada pelajar golongan asnaf lebih layak.
Menurut laporan itu juga, Pegawai SPRM itu iaitu Irwan Shah turut menyatakan bahawa tiada sebarang baki duit yang tertinggal daripada akaun itu dapat dipulangkan atau berjaya dirampas oleh pihak SPRM.
Mengikut fakta kes, Mohd Hanafi yang pada ketika itu bertugas di TAPEM sebagai seorang kerani dengan lantikan kontrak perjawatan pembantu tadbir telah menyalahgunakan harta dengan memasukkan peruntukan biasiswa pelajar ke dalam berbagai akaun bank miliknya sendiri, bisnesnya, kawan dan juga ahli keluarga sepanjang tempoh tersebut.
Laporan Harian Metro, tertuduh yang ditahan reman oleh pihak SPRM pada 12 Januari lalu untuk membantu siasatan kes tersebut serta telah didakwa di mahkamah yang sama atas pertuduhan yang sama pada tarikh 28 Oktober lalu.
Semoga tertuduh bertaubat serta turut berjanji tidak akan lagi mengulangi perbuatannya. Sememangnya dalam Al-Quran ada menyebut antara kesalahan atau dosa besar dan juga haram adalah dengan mengambil harta anak yatim. Semoga jadi pengajaran kepada kita semua.
Wednesday, 13 November 2019
Lelaki Pecah Amanah Dipenjara Selama 584 Tahun dan Sebat 146 Kali Sebatan
Editor
Isman
Published
11/13/2019
Related Posts
Semasa
Add Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)