Wednesday 25 December 2019

Datuk Tiada Wang Tunai Dibelanja Petugas Kaunter Berhati Mulia di Restoran Makanan Segera

Datuk Tiada Wang Tunai Dibelanja Petugas Kaunter Berhati Mulia di Restoran Makanan Segera



Viral di media sosial kisah seorang pemuda yang berhati mulia yang juga petugas kaunter di sebuah restoran makanan segera tarik perhatian warga netizen apabila seorang pelanggan tidak mempunyai wang tunai untuk membuat pesanan makanan, namun apa yang dilakukan pemuda terbabit amat mengejutkan.

Tuesday 24 December 2019

(VIDEO) Percutian Satu Keluarga Diganggu Lembaga Hitam Yang Mengilai Dari Dapur Pangsapuri

(VIDEO) Percutian Satu Keluarga Diganggu Lembaga Hitam Yang Mengilai Dari Dapur Pangsapuri

diganggu makhluk halus yang menakutkan

Satu keluarga daripada 22 orang sedang bercuti terpaksa berdepan dengan saat yang menakutkan apabila kelibat lembaga hitam yang berbadan besar mengilai dari dapur sebuah pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan dan seorang daripada mereka diserang histeria.

Kejadian yang menakutkan itu dilaporkan telah berlaku pada 19 Disember lalu iaitu pada malam terakhir keluarga berkenaan yang menginap di tempat percutian tersebut sebelum membuat keputusan untuk mendaftar keluar pada keesokkan harinya.

Memetik laporan Harian Metro, segalanya bermula ketika malam pertama mereka berada di situ iaitu salah seorang daripada mereka mendakwa terdengar suara orang mengilai di bahagian dapur manakala di bahagian atas kedengaran seperti orang yang sedang berjalan kaki.

Kisah benar itu ternyata berlaku apabila satu rakaman video telah dirakamkan oleh salah seorang ahli keluarga berkenaan selepas terdengar suara menakutkan itu malahan kedengaran juga orang yang sedang tidur berdengkur selain lampu yang sekejap hidup sekejap dimatikan berada di dapur.

Terdapat beberapa rakaman video kejadian yang sempat dirakamkan yang membuktikan kejadian itu benar-benar berlaku apabila paparan menunjukkan kelibat lembaga hitam itu berada berhampiran pintu di sebuah pangsapuri berdekatan sebelum ia hilang.

Menceritakan peristiwa itu, Siti Fatimah Mujahidin, 34, berkata, selepas beberapa minit kemudian, adik bongsunya Muhammad Yussuf, 20, mula mengalami gangguan selepas melihat lembaga itu di dapur.

"Cerita ini bukan rekaan kerana ia berlaku di depan mata kami, malah ada rakaman video menunjukkan lembaga itu berada di situ.

"Berikutan itu, suami saya, Muhammad Salman Haidir, 32, melaungkan azan dan suara Yussuf bertukar garau. Kejadian bermula pada 4 pagi dan berakhir sejam setengah kemudian sebelum Yussuf kembali sedar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Lembaga Hitam Besar mengilai di Dapur KELIBAT lembaga hitam berbadan besar mengilai dari dapur pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan menghantui percutian 22 orang daripada sebuah keluarga sebelum seorang daripadanya diserang histeria. Kejadian mengerikan itu berlaku pada 19 Disember lalu iaitu pada malam terakhir keluarga terbabit menginap sebelum mereka mendaftar keluar pada keesokan hari. Ceritanya bermula pada malam hari pertama mereka mendaftar masuk apabila seorang daripada mereka terdengar suara mengilai di bahagian dapur manakala di bahagian atas pula kedengaran seperti orang berjalan. Kisah itu dikuatkan lagi dengan rakaman video sempat dirakam seorang ahli keluarga terbabit apabila kedengaran suara seperti orang tidur berdengkur sementara lampu di dapur sekejap hidup sekejap dimatikan. Malah, beberapa lagi rakaman video menunjukkan kelibat lembaga itu berada berdekatan pintu sebuah lagi pangsapuri sebelum hilang. Menceritakan peristiwa itu, Siti Fatimah Mujahidin, 34, berkata, selepas beberapa minit kemudian, adik bongsunya Muhammad Yussuf, 20, mula mengalami gangguan selepas melihat lembaga itu di dapur. “Cerita ini bukan rekaan kerana ia berlaku di depan mata kami, malah ada rakaman video menunjukkan lembaga itu berada di situ. “Berikutan itu, suami saya, Muhammad Salman Haidir, 32, melaungkan azan dan suara Yussuf bertukar garau. Kejadian bermula pada 4 pagi dan berakhir sejam setengah kemudian sebelum Yussuf kembali sedar,” katanya ketika dihubungi. Tidak cukup dengan itu, Muhammad Salman turut membaca ayat suci al-Quran, sekali gus meredakan gangguan dialami. “Alhamdulillah dengan izin Allah keadaan kembali pulih. Pada 8 pagi, selepas mandi, kami menghubungi penjaga apartmen dan dia datang untuk pemeriksaan. “Kami cerita apa yang berlaku padanya namun dia hanya terdiam dan meminta maaf,” katanya. Kisah dialami Siti Fatimah sekeluarga dikongsikan dalam Facebook miliknya hingga mendapat pelbagai komen daripada netizen. Menerusi hantaran bertajuk ‘Peristiwa Diganggu Semasa Bercuti’, netizen memberi komen antaranya: ‘’Saya pernah menginap di apartmen itu, memang kawasan situ hot (panas)...jam 2.30 pagi, saya terlihat orang tanpa kepala. “Moga kita semua dijauhi perkara tak diingini, perkongsian bagus dan wajib percaya benda itu wujud dan ada.” HMetro : Selasa, 24 Disember 2019 @ 10:04 PM

Posted by Dari Alam Angker on Tuesday, December 24, 2019


Tidak cukup dengan itu, Muhammad Salman turut membaca ayat suci al-Quran, sekali gus meredakan gangguan dialami.

"Alhamdulillah dengan izin Allah keadaan kembali pulih. Pada 8 pagi, selepas mandi, kami menghubungi penjaga apartmen dan dia datang untuk pemeriksaan.

"Kami cerita apa yang berlaku padanya namun dia hanya terdiam dan meminta maaf,” katanya.

Kisah dialami Siti Fatimah sekeluarga dikongsikan dalam Facebook miliknya hingga mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Menerusi hantaran bertajuk ‘Peristiwa Diganggu Semasa Bercuti’, netizen memberi komen antaranya: ‘’Saya pernah menginap di apartmen itu, memang kawasan situ hot (panas)...jam 2.30 pagi, saya terlihat orang tanpa kepala.

Semoga kita semua dijauhkan perkara sebegini dan gangguan makhluk halus seperti ini sememangnya amat menakutkan namun kita masih boleh mengusirnya dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang terbukti sangat menakjubkan mampu menakutkan dan memusnahkan iblis dan syaitan. - Admin
Pasangan Kembar Meninggal Dunia Selang Dua Minggu Selepas Kemalangan Jalan Raya

Pasangan Kembar Meninggal Dunia Selang Dua Minggu Selepas Kemalangan Jalan Raya



Dua minggu lalu, seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Najib Muhammad Fakri, 16, yang juga anggota Jabatan Amal PAS Bukit Gantang dilaporkan maut selepas terbabit dalam satu kemalangan bersama kembarnya di Jalan Changkat Jering, Taiping, Perak.

Muhammad Najib telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Taiping manakala kembarnya iaitu Muhammad Nabil dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut.



Walau bagaimanapun, selepas dua minggu Muhammad Nabil menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, beliau akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.05 pagi seperti yang dikongsikan laman Facebook page Jabatan Amal Bukit Gantang.


Melalui perkongsian tersebut Jabatan Amal Bukit Gantang menyifatkan pemergian kedua-dua kembar berkenaan adalah satu kehilangan besar buat mereka kerana kedua-duanya memiliki sifat dan sikap yang terpuji malahan sering terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

Pemergian yang di cemburui
Pemergian yang di cemburui 😭😭... Mohon like & Follow Page ini. #JabatanAmalMalaysia #PemudaPASPerak
Posted by Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tambun on Friday, December 20, 2019


Malahan ketika kejadian tersebut berlaku, kedua-dua arwah dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas mereka sebagai sukarelawan Jabatan Amal PAS dalam satu program politik anjuran Markas Operasi PAS Bukit Gantang.

Al-Fatihah. - Admin
Penjaja Lampu Isyarat Akan Dikenakan Denda RM100K & Penjara Jika Didapati Bersalah

Penjaja Lampu Isyarat Akan Dikenakan Denda RM100K & Penjara Jika Didapati Bersalah

penjaja lampu isyarat

Pasti ramai yang pernah terserempak dengan beberapa orang penjaja-penjaja yang giat menjual makanan di sepanjang persimpangan lampu isyarat. Aktiviti menjual sebegitu dikatakan tidak sah malah akan dikenakan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 jika didakwa di mahkamah.

Memetik laporan Terengganu Today, penjaja pelbagai jenis makanan di persimpangan lampu isyarat di Terengganu yang tidak menghentikan aktiviti tersebut akan berdepan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 sekiranya didakwa di mahkamah.

penjual lampu isyarat

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Wan Hapandi Wan Nik berkata, keputusan itu dibuat disebabkan tempoh akhir dibenarkan untuk aktiviti perniagaan tidak sah itu telah berakhir November lalu.

Menurutnya, ia adalah peringatan terakhir kepada penjaja-penjaja yang terus berkeras melanggar peraturan selepas tarikh akhir diberikan ketika rundingan telah tamat sebelum ini.

"Kita telah memutuskan untuk melaksanakan operasi bagi fasa pertama bermula hari ini hingga 31 Disember bagi memastikan keselamatan penjaja dan keselesaan pengguna jalan raya.

penjual di traffic light

"Operasi itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK)," katanya ketika sidang media Operasi Bersepadu Penjaja di Wisma Darul Iman hari ini.

Wan Hapandi berkata, penguatkuasaan akan dibuat berdasarkan peraturan-peraturan antaranya Peraturan Lalulintas 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993.

Monday 23 December 2019

Perginya Seperti Seorang Syahid Yang Dermawan Amat Dicemburui Ramai - Ustaz Zamri

Perginya Seperti Seorang Syahid Yang Dermawan Amat Dicemburui Ramai - Ustaz Zamri

ganjaran mati syahid

Setiap dari kita yang hidup pasti akan mati dan semua manusia pastinya akan mengalaminya cuma pemergian saja akan berbeza-beza. Apabila tibanya ajal, tiada sesiapa yang akan mampu menahan walau sesaat datangnya kematian kepada mereka yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Pastinya semua orang yang beriman menginginkan pengakhiran kehidupannya dalam kebaikan atau khusnul khotimah. Namun, siapa kita untuk menentukan, hanya iman dan amalan ketika hidup saja akan membantu kita nanti, insya Allah.

Perkongsian melalui Facebook seorang pendakwah dan juga pakar motivasi yang dikenali ini iaitu Ustaz Zamri Zainuddin pasti akan menyentuh hati apabila beliau kongsi kisah sahabatnya yang telah meninggal dunia dalam husnul khatimah sewaktu menjalani ibadah umrah.

Dikhabarkan, sahabat Ustaz Zamri telah meninggal dunia pada 17 Disember lalu dan turut sempat bersama dengannya ketika di Jordan sewaktu bersama-sama mengikuti program Umrah 3 Masjid.

Perginya Seperti Seorang Syahid


Hari ini saya diberi kesempatan untuk menziarahi Keluarga Almarhum Hamidi Muhram yang sempat seketika bersama saya di Jordan dalam Program Umrah 3 Masjid.

nikmat mati syahid

Saya mendapat keizinan dari Keluarganya untuk memaparkan beberapa gambar-gambar Allahyarham sebagai satu ibrah yang hebat yang boleh dikongsikan kebaikkannya di dunia ini.

Saya sempat bersama Allahyarham ketika di Hospital, ketika beliau nazak seterusnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahuakbar.

Pada pemerhatian saya, Allahyarham telah dijemput seakan-akan seperti seorang syuhada’. Lihat sahaja pada jari telunjuknya yang tegak yang hanya boleh dilihat pada mereka yang syahid sahaja.

Dan wajahnya seakan-akan gembira dan senyum kepada jemputan ini. Allah saya sangat mencemburui kematian ini. Ini juga tanda benarnya Allah mengampunkan Dosa-dosa mereka yang melakukan umrah. Allah!

mati shahid

Rupanya amalannya di dunia begitu hebat tanpa perlu dikecoh-kecoh. Hanya Allah dan makhluk di langit sahaja mengetahuinya. Beliau antara mereka yang berusaha menyiapkan Surau yang baru dibina di taman kediamannya di Taman Kanching Tun Teja.

Beliau juga menguruskan peninggalan harta keluarga tanpa mengambil bahagian dari hasilnya. Diserahkan kepada adik-beradik lain yang memerlukan. Sangat dermawan orangnya. Sempat mengeluarkan sikit kewangan untuk bantuan Syria kepada Mursyid Mantop Travel yang bertugas.

Rupanya inilah antara amalan-amalan di dunianya yang dilakukan dalam banyak yang tidak diketahui oleh kita. Allah anugerahkan dengan kematian yang sangat dicemburui oleh sekelian mahkluk di dunia ini.

Hamidi Murham Syahid

Saya difahamkan oleh keluarga Allahyarham yang tiba di Jordan melihat pengebumian Allahyarham bahawa ramai Arab-arab di sana memarahi mereka bila mereka menangis. Mereka kata kepada Allahyarham adalah Syahid, kenapa kamu perlu menangis. Allah!

Pergilah dikau dengan aman di sana sahabatku. Kami juga bakal menyusul kemudian ke sana juga. Moga kita bersama di syurga nanti.

Moga keluarga Allahyarham terus jadi penerus amalan yang hebat yang tidak terputus dari status kematian ini iaitu doa anak-anak yang soleh.

mati dalam syahid

mati syahid di mekah

Benarnya wahai sahabatku, dikau telah mengotakan janji Rasulullah SAW bahawa;

"Janganlah kamu bersusah payah untuk melakukan satu-satu pemusafiran kecuali ke tiga masjid, Masjidil Haram, Masjid Rasulillah SAW dan Masjidil Aqsa".

Dikau disaksikan oleh Allah dan Malaikatnya serta orang-orang beriman.

وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَٰكُمۡ أُمَّةٗ وَسَطٗا لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدٗاۗ

Demikian itu kami telah jadikan kamu sebagai umat yang sederhana untuk menjadikan saksi/syuhada’ kepada manusia dan dalam masa yang yang sama dijadikan Rasul itu sebagai saksi ke atas amalan-amalan kamu.

االهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه..

Jom sedekah buatnya satu bacaan Al-fatihah. Amin.

Sungguh hebat kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Zamri ini. Sesungguhnya hanya mereka yang terpilih sahaja akan mendapat kelebihan begini. - Admin

Saturday 14 December 2019

(VIDEO) Viral Pelajar Sedang Solat Ketika Rakannya Sedang Menyanyi Di Pusat Karaoke

(VIDEO) Viral Pelajar Sedang Solat Ketika Rakannya Sedang Menyanyi Di Pusat Karaoke

Solat dalam pusat karaoke

Viral satu rakaman video yang menunjukkan seorang pelajar perempuan sedang menunaikan solat sementara rakannya sedang menyanyi di belakangnya dipercayai sebuah pusat karaoke yang tidak diketahui lokasinya. Remaja perempuang yang lengkap bertelekung itu seolah tidak mempedulikan keadaan di sekelilingnya.

Menerusi rakaman video tersebut kelihatan pelajar yang lengkap berpakaian seragam sekolah memegang mikrofon sambil menyanyi manakala rakannya yang sedang solat langsung tidak diendahkan oleh pelajar yang masih tidak diketahui identitinya.

Video tersebut sehingga kini jadi viral di laman sosial serta turut menarik perhatian netizen yang rata-rata di antara mereka masing-masing mengecam tindakan kedua-dua remaja perempuan berkenaan yang disifat seolah mempersendakan keadaan.

Ekoran video tersebut tersebar secara meluas dan turut menarik perhatian Setiausaha Bahagian Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), Asrorun Niam yang menyatakan, secara prinsipnya solat yang dilakukan remaja tersebut adalah sah sekiranya memenuhi syarat dan keharmonian, lapor Detik.com.

Beliau menambah, solat juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi tempat untuk menunaikan solat itu didapati suci serta bersih daripada sebarang kotoran. Solat menjadi sah jika memenuhi syarat dan rukunnya, jelasnya.


Ramai netizen yang turut mempersoalkan mengapa remaja perempuan berkenaan memilih untuk menunaikan solat di kawasan yang masih diragui tahap kebersihannya dan pastinya masih ada lagi tempat solat yang lebih baik bukannya di pusat karaoke.

Mereka juga  berpendapat, sepatutnya remaja perempuan tersebut boleh bertanyakan kepada semua pekerja pusat karaoke berkenaan dimanakah tempat solat yang lebih sesuai atau berdekatan dengan pusat karaoke tersebut untuk menunaikan solatnya.

Asrorun Niam turut menegaskan bahawa sebagai seorang Islam adalah wajib untuk kita memastikan tempat untuk kita menunaikan solat adalah bersih selain mementingkan kekhusyukkan dalam solat agar solat yang kita dirikan lebih sempurna dan sah. - Admin
(VIDEO) Muka Hensem Tapi Sanggup Curi Dalam Masjid Masa Jemaah Sedang Sujud - Netizen

(VIDEO) Muka Hensem Tapi Sanggup Curi Dalam Masjid Masa Jemaah Sedang Sujud - Netizen

Curi dalam masjid

Zaman sekarang kerana terdesak dan duit, ramai yang sanggup mencuri tanpa mempedulikan akibat perbuatan itu. Kegiatan mencuri berlaku di mana-mana saja dan kerana inginkan pendapatan yang cepat, pencuri sanggup mencuri walaupun di dalam masjid biarpun ramai orang atau jemaah masjid berada di dalamnya.

Mencuri Dalam Masjid Masa Jemaah Sujud


Perkongsian seorang lelaki di laman Facebook telah menarik perhatian ramai netizen apabila rakaman video yang dikongsi beliau memaparkan kegiatan seorang lelaki yang kononnya sedang menunaikan solat bersama jemaah lain sanggup mencuri sebuah beg ketika semua jemaah sedang melakukan sujud.

Menurut perkongsian tersebut, kejadian itu berlaku di sebuah surau di Surau Dagang Avenue, Ampang yang dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Pencuri tersebut langsung tidak menyedari bahawa perbuatannya itu telah dirakamkan yang menunjukkan jelas dan terang wajahnya.

Mana sifat malu dalam diri?
Abang grab food tu solat pakai kain pelikat. Habis semua seluar dia , HP dia, wallet dia, kunci motor dia semua dalam beg tu.

Kesian. Namun syukur Alhamdulillah, ada derma kilat untuk membantu dia semalam. Kes kejadian curi semalam berlaku di Surau Dagang Avenue Ampang, waktu maghrib semalam. Dia curi beg rider Grab Food.

Aduhhh, macam-macam dunia ni, muka hensem, tapi..
Viralkan video dan muka mamat pemalas kerja ni sampai kena tangkap!!
Semoga Allah beri hidayah pada LELAKI tersebut. - Hamada Al Ishmel

Suspek dikatakan telah mencuri segalas beg yang mengandungi kunci motor, wallet, handphone dan juga duit milik seorang pekerja Grab Food. Malahan, dalam beg tersebut juga terdapat seluar milik lelaki berkenaan yang menunaikan solat menggunakan kain pelikat.


Walau bagaimanapun, malang bagi pemilik beg berkenaan kerana beliau hanya tinggal sehelai sepinggang setelah beg miliknya dicuri dan difahamkan derma kilat dari jemaah masjid yang menderma kepadanya telah membantu dan menyelamatkan lelaki berkenaan.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengecam tindakan pencuri berkenaan kerana melakukan perbuatan mencuri itu di dalam masjid. Malahan ada yang berpendapat wajah pencuri itu agak sempurna dan handsome namun siapa sangka beliau adalah pencuri dan sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Admin
(VIDEO) Lagi Pemandu Myvi Larikan Diri & Langgar Kenderaan Awam Dipercayai Terbabit Kes Samun OKU

(VIDEO) Lagi Pemandu Myvi Larikan Diri & Langgar Kenderaan Awam Dipercayai Terbabit Kes Samun OKU



Viral di laman sosial sebuah rakaman video yang memaparkan satu aksi pemandu kereta jenis Myvi berwarna biru KEB7975 yang memandu secara memberhaya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan orang yang lalu lalang didapati rosak akibat pemanduannya yang melulu.

Menurut sumber yang memuatnaikkan rakaman video ini, pemandu tersebut dikatakan terbabit dalam satu kes samun seorang OKU dan dalam usaha untuk melarikan daripada orang ramai yang mengejarnya kerana menyedari perbuatan lelaki terbabit menyamun.

Menerusi paparan video yang dirakamkan oleh saksi kejadian, kereta yang dipandu suspek telah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas jalan raya sehingga mendesak suspek menyelit melalui ruang tengah jalan antara dua lorong sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan lain.

Difahamkan, ramai pemandu kereta yang berada di jalan raya berkenaan tidak menyedari bahawa suspek ingin melarikan diri sehingga menyebabkan mereka memberi laluan kepada suspek yang memandu Myvi, namun tindakan pantas beberapa orang awam yang mengejarnya suspek akhirnya berjaya ditangkap.



Posted by Mohd Zubir Mohd Zubir on Friday, December 13, 2019




Posted by Mohd Zubir Mohd Zubir on Friday, December 13, 2019




Posted by Mohd Zubir Mohd Zubir on Friday, December 13, 2019


Suspek juga telah berjaya ditahan oleh orang ramai yang membantu untuk menangkap suspek setelah didapati melakukan kesalahan. Sehingga kini suspek dikatakan telah dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut. - Admin

Friday 13 December 2019

Viral Perkahwinan Wanita Ini Tamatkan Zaman Bujang Di Usia 56 Tahun

Viral Perkahwinan Wanita Ini Tamatkan Zaman Bujang Di Usia 56 Tahun

Viral pengantin usia 56 tahun

Memang betul orang kata, jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allh SWT. Jika berjodoh walau pergi ke mana sekalipun pasti akan bertemu dan bersatu. Inilah yang berlaku terhadap seorang wanita yang masih belum berkahwin berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Hajah Hawang.

Majlis perkahwinan Hajah Hawang berlangsung dengan kehadiran ramai orang diadakan di Sulawesi Tenggara, Indonesia dan telah selamat dinikahkan dengan seorang lelaki berstatus duda tanpa anak yang dikenali sebagai Sirajuddin.





Setelah lama membujang, akhirnya Hajah Hawang bersetuju untuk menamatkan zaman bujangnya di usia 56 tahun dengan seorang duda. Biarpun kedua-dua pasangan pengantin ini agak berusia, majlis perkahwinan yang diadakan sangat meriah dan heboh satu kampung malah viral di laman sosial.

Lebih memeranjatkan apabila pengantin perempuan kelihatan sangat cantik dan dikatakan nampak lebih muda daripada usianya setelah disolek dengan rapi. Manakala, busana yang digayakan juga nampak begitu anggun dan menyerlahkan kejelitaannya. Rata-rata tetamu yang datang masing-masing memuji dan senang dengan kedua-dua pengantin ini, lapor Tribunnews.











Hajah Hawang dan Sirajuddin

Perkahwinan mereka kini menjadi topik hangat di laman sosial serta turut menarik perhatian netizen yang mengkagumi kedua-dua pengantin ini yang dikatakan amat serasi dan secocok bagai pinang dibelah dua. Ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka serta ingin melihat mereka terus gembira dengan status mereka yang terbaru. - www.koleksiviral.com
Diskaun Saman Trafik 50 Peratus Sempena Perayaan Hari Krismas

Diskaun Saman Trafik 50 Peratus Sempena Perayaan Hari Krismas

Saman trafik diskaun

KUALA LUMPUR - Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bagi bayaran pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih) sempena sambutan perayaan Hari Krismas ini.

PDRM dalam satu poster yang disiarkan di dalam media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.

Bagaimanapun saman-saman yang tidak layak mendapat diskaun ialah saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman ops selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori.

Diskaun saman trafik

Tawaran itu juga adalah bersempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya. - BERNAMA

Jadi, kepada anda yang mempunyai banyak saman, eloklah mengambil peluang baik ini untuk membuat bayaran saman trafik dengan kadar segera supaya tiada lagi saman-saman yang tertunggak atau pun nama anda akan disenaraihitamkan oleh pihak PDRM.

Dapatkan diskaun saman segera dan untuk membuat pembayaran saman seperti yang diwar-warkan oleh pihak PDRM menerusi laman Facebook, semua bayaran saman boleh dibuat di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember nanti. Jangan ketinggalan dan rebutlah peluang yang sangat jarang kita dapatkan.