Dalam masyarakat Melayu mungkin ada yang biasa terdengar tentang satu mitos yang mengatakan sekiranya seekor kucing yang melompat ke atas mayat, mayat berkenaan akan terus bangkit dan hidup semula.
Tetapi perkongsian dari wanita ini agak berbeza di mana dia menceritakan tentang mayat yang dikatakan bangun semula selepas menuntut ilmu yang salah.
Nadia McWillson atau AchuNadia telah berkongsi kisah seram ini melalui laman Twitter yang dikatakan cerita benar berkenaan pernah berlaku antara tahun 1998 atau 1999 di Kuching, Sarawak.
Kejadian itu amat mengejutkan orang kampung apabila seorang pakcik yang dipercayai telah meninggal dunia beberapa tahun dulu dikatakan hidup semula secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan apabila kisah itu diceritakan oleh orang kampung sendiri yang mendakwa lelaki terbabit kononnya berketurunan 'Hantu Bangkit' iaitu seseorang yang amat terkenal di daerah Kuching pada waktu itu.
Kejadian yang menakutkan itu menjadi lebih menyeramkan selepas satu kampung yang tidak didedahkan namanya itu dikatakan telah terputus bekalan elektrik, manakala mayat yang akan dikuburkan pada malam berkenaan didapati hilang secara tiba-tiba.
Walaupun orang kampung telah pun menemui mayat lelaki itu semula dan turut berjaya dikebumikan seperti yang dirancangkan, arwah dikatakan telah pulang ke rumahnya secara tiba-tiba. Malahan, arwah turut melawat hampir kesemua rumah rakan-rakannya dan salah sebuah yang dikunjungi arwah adalah rumah Nadia sendiri.
Bapa Nadia yang telah menyedari akan kedatangan 'rakannya' itu yang berada di hadapan rumahnya telah menjawab dengan berani bahawa beliau mahu tidur dan menyuruh arwah datang kembali pada keesokan harinya.
Para penduduk kampung tersebut dikatakan turut meminta bantuan pawang dari negara seberang bagi menghalau serta memulangkan semula arwah ke tempat asalnya, namun arwah menolak permintaan tersebut sehinggalah akhirnya tubuh mayat berkenaan didapati mereput secara perlahan-lahan.
Gangguan tersebut dikatakan berlanjutan sehingga 3 ke 3 bulan sebelum keadaan menjadi reda dan kembali seperti biasa. Dek kerana trauma diikuti mulut orang-orang kampung yang mengatakan tentang keburukan arwah, keluarga arwah akhirnya terpaksa berpindah dari kampung tersebut.
Kisah yang menyeramkan ini telah mendapat pelbagai reaksi dan respon dari kalangan netizen, lebih-lebih lagi dari mereka yang turut tinggal di kawasan Kuching, Sarawak.
Segelintir daripada mereka mengatakan kejadian tersebut adalah benar, malah menurut mereka, bukan keturunan Hantu Bangkit sahaja yang amat terkenal di sana tetapi ada beberapa lagi cerita seram seumpama ini yang tidak didedahkan.
Menurut mereka antara hantu-hantu yang sering diceritakan seperti hantu penanggal dan hantu kayong, jelas netizen. - www.koleksiviral.com
Sumber @AchuNadia