Thursday, 11 October 2018

Cempedak Goreng Rangup Mudah dan Sedap

Cempedak Goreng Rangup Mudah dan Sedap

cempedak goreng rangup tahan lama

Pasti ramai yang suka makan cempedak goreng, lebih-lebih lagi buah cempedak madu yang rasanya sangat manis dan digemari ramai orang. Bila musim buah tentunya anda akan membuat goreng cempedak kerana buahnya mudah didapati.

Resepi cempedak goreng rangup tahan lama dan sedap adalah berpunca dari bancuhan tepung itu sendiri sama ada dari tepung beras, tepung Adabi atau tepung gandum yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Goreng cempedak anda itu pasti lebih lazat jika bahan-bahan yang disediakan itu lengkap.

resepi cempedak goreng rangup walaupun sejuk

Sesetengah orang lebih suka menggoreng cempedak dengan menggunakan tepung goreng pisang Adabi kerana semua bahan dan resepi terkandung dalam tepung segera tersebut. Ada juga lebih suka menggunakan tepung gandum dan tepung beras sahaja untuk cempedak goreng tanpa telur.

Cara goreng cempedak yang sedap boleh dibuat dengan cepat apabila anda tahu resepi dan cara membuatnya seperti yang dikongsikan lelaki ini yang dikenali sebagai Zaky Mat Ali yang berkongsi cara-cara menggoreng cempedak mengikut resepi simple miliknya.

Resepi Goreng Cempedak Yang Sedap dan Garing


cara buat cempedak goreng simple

Siapa suka Cempedak Goreng? Memang nikmat makan panas- panas lepas digoreng.

Kalau guna tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Saya kongsi resepi mudah bancuhan tepung untuk menggoreng. Anda boleh buat pilihan sama ada ingin guna tepung biasa atau tepung Adabi yang biasa digunakan orang ramai.

Berikut adalah resepi yang dikongsikan dengan menggunakan bahan serta bancuhan tepung yang tidak akan menyebabkan serap minyak yang banyak seperti yang sering kita nampak di mana-mana gerai yang menjual makanan ini.

goreng cempedak crispy

Bahan-bahan:
  • 300 gram Tepung Beras
  • 2 biji Telur
  • 2 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Kapur Makan
  • Air- tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat

Resepi cucu cempedak tepung gandum

Selepas semua bahan-bahannya disatukan, anda boleh terus menggoreng seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Adunan tepung perlu dipastikan tidak cair dan tidak pekat dan hasilnya pasti akan menyelerakan dan bau yang boleh pergi ke rumah-rumah jiran.

Gambar cempedak goreng

Berikut adalah hasilnya yang telah siap digoreng menggunakan resepi dan bahan-bahan di atas. Warnanya kuning dan buah pulak besar-besar pasti bau semerbak satu rumah. Rupa cempedak goreng sungguh menyelerakan, tentu anak-anak suka dan berulang kali makan sampai habis.

Resepi cempedak goreng garing dan gebu

Selepas anda menikmati goreng cempedak dan bijinya tidak perlu dibuang kerana ia masih boleh dimakan dengan merebus semua semua biji cempedak dan dicampurkan dengan sedikit garam, pasti sedap dan ramai yang suka.

Baca juga : Resepi dan Cara Buat Cheese Di Rumah Guna Susu Tepung Sahaja

Jenis-jenis Tepung Beras

cucur cempedak tanpa tepung beras

Tepung Beras Gajah Seekor
Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.

Tepung Beras Gajah Tiga Ekor
Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita, kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.

Tepung Beras Gajah Lima Ekor
Sesuai untuk buat laksa

Semoga perkongsian resepi cempedak goreng yang rangup dan sedap ini akan memudahkan lagi tugas anda untuk membuat makanan ini. Semoga bermanfaat. - Facebook : Zaky Mat Ali

Wednesday, 17 January 2018

Telur Dadar Halia Baik Untuk Merawat Asma Selain Sedap & Anak-anak Suka

Telur Dadar Halia Baik Untuk Merawat Asma Selain Sedap & Anak-anak Suka

Rawatan asma cara kampung

Bagi mereka yang menghidap penyakit asma, lelah atau semput yang biasanya dikaitkan dengan punca kesukaran bernafas, mereka selalunya bergantung kepada berbagai jenis ubat seperti inhaler, selain turut menjaga pemakanan dengan betul. Lazimnya, mereka yang mempunyai asma akan alah pada sesetengah jenis makanan, namun tidak semua penghidap asma akan mengalami alahan yang serupa.

Pesakit asma juga ada yang alahan dengan pengambilan air sejuk atau ais dan ada juga diantara mereka yang langsung tidak boleh memakan buah-buahan sitrus tertentu seperti buah oren. Malahan ada yang alergik dengan makanan kekacang dan inilah beberapa masalah yang sering kita dengari dari mereka yang ada penyakit asma.

Walau bagaimanapun, semua pesakit yang mengalami asma pasti ingin mencari penawar yang paling mujarab atau cara mengatasi untuk merawat asma dengan cepat dan berkesan. Sama ada menggunakan ubat-ubatan moden, petua tradisional atau apa saja jenis rawatan asma akan mereka dapatkan untuk penyembuhan memandangkan asma boleh dianggap bahaya yang membabitkan lelah iaitu sukar bernafas.

Cara sembuhkan semput Inhaler sering digunakan oleh mereka yang alami asma.

Bagi Mulianis Ahmad, seorang penghidap asma, mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan serangan asma yang dialaminya. Cara merawat yang dikongsikan beliau agak menarik dan mungkin belum pernah anda tahu bagaimana petua ini dapat mengurangkan penyakit asma selepas diserang.

Menurutnya seperti yang dikongsikan, amalan yang beliau lakukan untuk mengatasi penyakit ini adalah dengan mengamalkan resepi Telur Dadar Halia dan petua tersebut telah didapatinya daripada seorang ibu yang berketurunan Cina yang telah bermurah hati memberikan kepadanya.

Petua Merawat Asma


"Masa kecil dulu saya sakit asma teruk, kebetulan kat klinik ada duduk sebelah aunty Cina. Dia bagi resepi petua, dia cakap orang Cina jarang sakit asma.

Halia tua tumbuk masukkan telur dan garam. Goreng. Walau pun asma masih ada tapi resepi ni sedap, hari-hari makan pun tak jemu."

Cara mengubati asma

Bahan:

2 biji telur
2 inci halia - ditumbuk
Sedikit garam

Caranya:

1. Tumbuk halus halia tua.

Penawar penyakit asma

2. Gaulkan bersama telur dan sedikit garam.

Ubat lelah asma

3. Goreng hingga garing.

Ubat semput paling berkesan

Cara mengatasi sesak nafas



Tidak salah sekiranya kita mencuba resepi ini sebagai cara untuk mengurangkan asma, lagipun, halia sememangnya terbukti khasiatnya yang sangat banyak seperti membuang angin, mengurangkan kolestrol dan melegakan batuk dan sakit tekak. Resepi ini menjadi lebih sedap apabila dicampurkan dengan telur dan digorengkan bersama halia, pasti menyelerakan. - Mulianis Ahmad

Selamat mencuba! - koleksiviral.com
Resepi dan Cara Buat Cheese Di Rumah Hanya Guna Susu Tepung & Hasilnya WOW!

Resepi dan Cara Buat Cheese Di Rumah Hanya Guna Susu Tepung & Hasilnya WOW!

Cara buat cream cheese mudah

Cheese atau keju mempunyai penggemarnya yang tersendiri dan mereka yang menyukainya pasti akan mendapatkannya apabila teringin nak makan. Mulai sekarang mereka yang menggemari cheese tidak perlu lagi risau kerana cheese boleh dibuat sendiri di rumah.

Resepi membuat cheese homemade ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Yasalma Yasalma yang menunjukkan cara nak buat cheese yang sedap dan mudah dengan menggunakan susu tepung sahaja dan hasilnya memang macam cream cheese leleh yang juga boleh digunakan untuk buat topping kek dan sebagainya. Jom ikuti perkongsian beliau.

Cara buat cream cheese sedap
Cream cheese juga digunakan sebagai topping kek.

Siapa pernah buat cheese sendiri?

Cheese ada banyak versi. Di kedai runcit Arab ada bermacam-macam jenis dan rasa. Rasa masam sikit, masam banyak, manis, masin sikit, masin banyak dan lain-lain.

Ini cheese asas, bukan cheese cheddar atau parmesan atau mozarella ye. Yang tu nak buat ada lagi bahan-bahan lain.

Cheese makin mahal, sedangkan ia 'makanan mesti' dalam banyak hidangan harian sekeluarga untuk buat campuran dalam inti roti serta untuk dibuat krim kek.

Cara membuat keju sendiri
Lesung batu digunakan untuk membuat cheese dengan mudah.

Ini saya buat sendiri guna susu tepung saja. Versi ini sangat senang (asas yang mak mertua ajar).

Nak lagi best guna susu segar!

Cara Buat Cheese

Keju buatan sendiri

Masak susu fresh dengan api perlahan, kemudian dah panas masukkan perahan lemon atau cuka dua sudu besar mengikut kemasinan sendiri. Nanti susu dan air terasing sendiri.

Pembuatan cheese mudah

Kutip ketul-ketulan susu dan tapis guna kain. (Punjutkan susu dan perah kuat-kuat asingkan airnya)

Mudah saja buat cheese

Pastu untuk jadikan ia berbentuk krim gunalah blender tanpa air. Blender saya rosak so saya lenyek dan tumbuk-tumbuk guna lesung batu je. Jangan lupa letak garam ikut kemasinan yang diingini. Nak masam tambah perahan lemon sikit.

Keju buatan sendiri

Saki baki air tersisa tu jangan dibuang. Itu namanya 'Whey protein' sangat bagus untuk kesihatan dan berkesan untuk mengurangkan berat badan. Nak info lanjut boleh Google 'benefit of whey'.

Saya masih belajar lagi. Jika ada tips terkini saya share lagi ye.

Makanan guna cheese
Gambar makanan yang dimakan bersama cheese.

Cara mudah buat cheese
Nampak sedap kan?

Sedap
Yang biasa makan pasti tahu kesedapannya.

Ada sesiapa berpengalaman buat cheese homemade lagi? Please share tips atau cara buat kat ruang komen.

Peringatan:

Saya guna susu brand everyday/fernleaf dan lain-lain asalkan full cream. Again, susu fresh better! Untuk sukatan bagi sesenduk susu untuk dapatkan kurang sesenduk cheese. Air 2 cawan ala-ala kepekatan seperti kita nak minum susu. - Yasalma Yasalma

BACA JUGA : Resepi Puding Roti Kukus dan Sos Kastard Yang Sangat Mudah dan Menyelerakan

Berikutnya kami kongsikan juga video tutorial bagaimana cara membuat cheese mozzarella.


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! - koleksiviral.com

Thursday, 11 May 2017

Resepi Sardin Homemade Cepat, Mudah Dan Sedap Kini Tular Di Media Sosial

Resepi Sardin Homemade Cepat, Mudah Dan Sedap Kini Tular Di Media Sosial


Setiap kali kita ingin memakan sardin yang dibeli dalam tin, pasti akan tertanya dan berdebar-debar sama ada sardin itu masih elok dan baik atau tidak untuk dimakan. Kerana kita tidak tahu kandungan dan bahan pengawet dalam sardin tersebut masih boleh dimakan atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, kita tetap juga nak makan sardin kan?

Disebabkan keinginan yang kuat ingin makan sardin, apa kata korang ikut saja resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Tengku Khalidah Tengku Bidin ini. Menurut beliau, penyediaan sardin buatan sendiri sangat mudah dan tidak terlalu sukar jika dibuat mengikut cara yang betul.

Katanya semudah ABC dan korang tak perlukan periuk yang mahal, periuk biasa yang sedia ada juga boleh dibuat dan kemudiannya masukkan ke dalam freezer setelah siap dimasak. Sardin ini juga dikatakan boleh tahan selama sebulan.

Resepi Sardin D'Amore

Bahan-Bahan

1. Ikan Kembung dan Selayang atau Sardin
2. Bawang besar diracik halus
3. Cili Boh 2 sudu
4. Tomato biji dan Tomato puri
5. Sos Ikan atau sos sotong
6. Garam
7. Kicap sesudu

Cara-caranya


Sediakan ikan apa saja mengikut citarasa anda sendiri sama ada ikan sardin atau ikan kembung.


Bawang dan tomato dipotong seperti di dalam gambar. Tomato puri disarankan menggunakan Ayam brand dan sos ikan tiga sudu serta mengikut selera kemasinan anda sendiri.


Tumis bawang dan cili boh seketika sampai layu.


Masukkan tomato puri, tomato buah, sos ikan dan garam mengikut kesesuaian anda. Masukkan kicap dan jika terlalu pekat sangat masukkan sedikit air, jangan biarkan terlalu cair.


Ikan yang telah dibasuh bersih dan diselawat tadi, susunkan dalam periuk. Akak pakai periuk renih sup biasa jer (pressure cooker/slow cooker). Ni periuk yang beli untuk buat bubur nasi anak-anak. Tapi, pakai periuk mak korang yang biasa tu pun boleh, takda cacat celanya masakan korang. Tapi api kena perlahan dan kena selalulah jengok. Tu jer beza dia.


Okay apabila tomato sikit layu, nampak ala-ala nak merenih tu, masukkan kuah yang dibikin tadi dalam periuk ikan yang sedang menunggu. Set periuk pressure cooker tu kat 'high'. Biar dia merenih kat situ, korang pergi layan Facebook dulu. Kata ramai peminat. Ahaks! Dalam 3 jam dah masak dengan jayanya.


Selepas 3 jam.


Kalau nak menjadi sardin, tulang ikan tu boleh dimakan serta rangup dan berperisa.

Selamat mencuba. - Koleksi Viral

Monday, 27 March 2017

Resepi Serunding Halia Yang Sedang Tular Menjadi Kegilaan Ramai Wanita

Resepi Serunding Halia Yang Sedang Tular Menjadi Kegilaan Ramai Wanita


Semua orang di Malaysia tahu tentang kesedapan serunding daging yang biasanya dimakan bersama ketupat dan lemang serta boleh didapati pada musim hari raya dan majlis-majlis tertentu.

Mungkin ramai lagi yang belum tahu tentang Serunding Halia yang sangat sedap dan lazat, malah katanya boleh dimakan begitu sahaja.

Resepi Serunding Halia ini menjadi tular di media sosial facebook kerana keunikan rasanya yang tersendiri dan dikongsikan oleh Puan Bibiyana Layola.

Ramai yang memuji kesedapannya dan ada yang berkata serunding yang viral ini lebih sedap sekiranya di makan bersama nasi.

Resepi Serunding Halia


BAHAN - BAHAN

Halia (diparut menggunakan pemarut)
Minyak masak (secukupnya)
Ikan Bilis ( secukupnya)
Perasa (Ajinomoto & Garam)- secukup rasa

CARA - CARA MEMBUATNYA





Bersihkan halia terlebih dahulu dan buangkan kulitnya. Kemudian parut halia tersebut menggunakan pemarut buah-buahan yang ada ataupun tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat. Letakkan dalam pinggan yang berasingan.

Ikan bilis jika ianya bersaiz besar belahkan bahagian badannya menjadi dua. Buang isi perut ikan bilis tersebut dan basuh.Tumbuk ikan bilis dengan lesung batu.Letakkan di pinggan yang berasingan juga.


Panaskan minyak masak, masukkan halia yang telah diparut. Goreng sehingga ranggup. Kemudian angkatkan halia yang telah digoreng tadi dan letakkan di atas pinggan yang dilapik menggunakan tisu untuk membuang sedikit minyak yang ada pada halia goreng tersebut.

Kemudian gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat ikan bilis tersebut dan gaulkan bersama halia yang telah digoreng tadi. Letakkan sedikit ajinomoto dan garam secukup rasa.


Anda boleh hidangkan serunding untuk hidangan atau simpan ke dalam bekas untuk kegunaan pada masa yang akan datang .


Pesanan

Serunding halia boleh bertahan lama dan sangat baik untuk kesihatan bagi menghilangkan angin dalam badan dan serta dikatakan mampu melancarkan peredaran darah.

Saturday, 4 February 2017

Rahsia Teh Tarik Tersedap Lebih Sedap Daripada Kedai Mamak

Rahsia Teh Tarik Tersedap Lebih Sedap Daripada Kedai Mamak


Ada sesiapa pernah minum air teh tarik iaitu air teh campur susu manis dan dimasak sehingga menghasilkan warna teh yang cantik dan mengeluarkan bau teh yang wangi sehingga satu rumah bau teh dibuatnya.

Perkongsian ini daripada Zaim Ahnaf Sufi yang mengatakan rasa teh yang dimasak ini sangat sedap dan lebih sedap daripada yang dibeli di kedai mamak.

Menurut Zaim lagi, apabila kita menyediakan air teh yang dimasak di atas api ia mampu menghasilkan rasa teh yang sebenar dan anda boleh minum sesuka hati seberapa banyak yang anda inginkan dan perut tidak akan kembung kerana teh berkenaan telah dimasak.

Anda juga boleh cuba resepi yang dikongsikan ini dan setelah cuba pasti anda akan memuji kesedapan teh sebenar. Selamat mencuba!


Bahan-bahan:

Serbuk teh
Susu cair atau pekat
Secubit garam
Air yang secukupnya
Periuk untuk memasak

Cara untuk membuat:

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.

Masakkan sehingga betul-betul mendidih untuk penghasilan warna teh dan rasa yang amat sedap serta mengeluarkan bau yang wangi.

Apabila didihan teh tadi sudah cukup pekat boleh masukkan secubit garam untuk mendapatkan rasa lemak dari rasa teh berkenaan.

Juga boleh dicampurkan sepotong halia untuk menambahkan kesedapan teh dan proses pembuangan angin di dalam badan.

Tuesday, 22 November 2016

Resepi Puding Roti Kukus dan Sos Kastard Yang Sangat Mudah dan Menyelerakan

Resepi Puding Roti Kukus dan Sos Kastard Yang Sangat Mudah dan Menyelerakan

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard ini sangat ringkas dan mudah untuk dibuat kerana bahan-bahannya mudah didapati. Katanya ia sangat popular di hotel-hotel di seluruh dunia yang menjadikan resepi ini sebagai pencuci mulut.





Bahan-Bahan Puding Roti

- 4 keping roti 
- 1 tin susu cair 
- 2 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu besar mentega.
- Sedikit kismis

Cara-Cara Membuat Puding Roti

1. Roti dicarik menjadi sebahagian kecil, disapukan mentega dan disusun di dalam bekas. Taburkan kismis.

2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan telur, gula dan esen vanilla, kemudian kacau hingga sebati. Tambahkan susu cair dan kacau adunan sehingga sekata.


3. Tuang adunan ke atas susunan roti. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.


Bahan-Bahan Sos Kastard

- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
- 1 tin susu cair
- 1 sudu kecik esen vanila.

1. Campurkan semua bahan; susu, kastad, gula dan esen vanilla.

2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.

3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.

4. Tuangkan sos kastard ke atas puding roti. Hidangkan.

Resepi ini dikongsikan oleh Saudara Zaky Mat Ali melalui laman facebook beliau.