Bagi mereka yang menghidap penyakit asma, lelah atau semput yang biasanya dikaitkan dengan punca kesukaran bernafas, mereka selalunya bergantung kepada berbagai jenis ubat seperti inhaler, selain turut menjaga pemakanan dengan betul. Lazimnya, mereka yang mempunyai asma akan alah pada sesetengah jenis makanan, namun tidak semua penghidap asma akan mengalami alahan yang serupa.
Pesakit asma juga ada yang alahan dengan pengambilan air sejuk atau ais dan ada juga diantara mereka yang langsung tidak boleh memakan buah-buahan sitrus tertentu seperti buah oren. Malahan ada yang alergik dengan makanan kekacang dan inilah beberapa masalah yang sering kita dengari dari mereka yang ada penyakit asma.
Walau bagaimanapun, semua pesakit yang mengalami asma pasti ingin mencari penawar yang paling mujarab atau cara mengatasi untuk merawat asma dengan cepat dan berkesan. Sama ada menggunakan ubat-ubatan moden, petua tradisional atau apa saja jenis rawatan asma akan mereka dapatkan untuk penyembuhan memandangkan asma boleh dianggap bahaya yang membabitkan lelah iaitu sukar bernafas.
Bagi Mulianis Ahmad, seorang penghidap asma, mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan serangan asma yang dialaminya. Cara merawat yang dikongsikan beliau agak menarik dan mungkin belum pernah anda tahu bagaimana petua ini dapat mengurangkan penyakit asma selepas diserang.
Menurutnya seperti yang dikongsikan, amalan yang beliau lakukan untuk mengatasi penyakit ini adalah dengan mengamalkan resepi Telur Dadar Halia dan petua tersebut telah didapatinya daripada seorang ibu yang berketurunan Cina yang telah bermurah hati memberikan kepadanya.
Petua Merawat Asma
"Masa kecil dulu saya sakit asma teruk, kebetulan kat klinik ada duduk sebelah aunty Cina. Dia bagi resepi petua, dia cakap orang Cina jarang sakit asma.
Halia tua tumbuk masukkan telur dan garam. Goreng. Walau pun asma masih ada tapi resepi ni sedap, hari-hari makan pun tak jemu."
Bahan:
2 biji telur
2 inci halia - ditumbuk
Sedikit garam
Caranya:
1. Tumbuk halus halia tua.
2. Gaulkan bersama telur dan sedikit garam.
3. Goreng hingga garing.
Tidak salah sekiranya kita mencuba resepi ini sebagai cara untuk mengurangkan asma, lagipun, halia sememangnya terbukti khasiatnya yang sangat banyak seperti membuang angin, mengurangkan kolestrol dan melegakan batuk dan sakit tekak. Resepi ini menjadi lebih sedap apabila dicampurkan dengan telur dan digorengkan bersama halia, pasti menyelerakan. - Mulianis Ahmad
Selamat mencuba! - koleksiviral.com