Thursday, 11 May 2017

Resepi Sardin Homemade Cepat, Mudah Dan Sedap Kini Tular Di Media Sosial


Setiap kali kita ingin memakan sardin yang dibeli dalam tin, pasti akan tertanya dan berdebar-debar sama ada sardin itu masih elok dan baik atau tidak untuk dimakan. Kerana kita tidak tahu kandungan dan bahan pengawet dalam sardin tersebut masih boleh dimakan atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, kita tetap juga nak makan sardin kan?

Disebabkan keinginan yang kuat ingin makan sardin, apa kata korang ikut saja resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Tengku Khalidah Tengku Bidin ini. Menurut beliau, penyediaan sardin buatan sendiri sangat mudah dan tidak terlalu sukar jika dibuat mengikut cara yang betul.

Katanya semudah ABC dan korang tak perlukan periuk yang mahal, periuk biasa yang sedia ada juga boleh dibuat dan kemudiannya masukkan ke dalam freezer setelah siap dimasak. Sardin ini juga dikatakan boleh tahan selama sebulan.

Resepi Sardin D'Amore

Bahan-Bahan

1. Ikan Kembung dan Selayang atau Sardin
2. Bawang besar diracik halus
3. Cili Boh 2 sudu
4. Tomato biji dan Tomato puri
5. Sos Ikan atau sos sotong
6. Garam
7. Kicap sesudu

Cara-caranya


Sediakan ikan apa saja mengikut citarasa anda sendiri sama ada ikan sardin atau ikan kembung.


Bawang dan tomato dipotong seperti di dalam gambar. Tomato puri disarankan menggunakan Ayam brand dan sos ikan tiga sudu serta mengikut selera kemasinan anda sendiri.


Tumis bawang dan cili boh seketika sampai layu.


Masukkan tomato puri, tomato buah, sos ikan dan garam mengikut kesesuaian anda. Masukkan kicap dan jika terlalu pekat sangat masukkan sedikit air, jangan biarkan terlalu cair.


Ikan yang telah dibasuh bersih dan diselawat tadi, susunkan dalam periuk. Akak pakai periuk renih sup biasa jer (pressure cooker/slow cooker). Ni periuk yang beli untuk buat bubur nasi anak-anak. Tapi, pakai periuk mak korang yang biasa tu pun boleh, takda cacat celanya masakan korang. Tapi api kena perlahan dan kena selalulah jengok. Tu jer beza dia.


Okay apabila tomato sikit layu, nampak ala-ala nak merenih tu, masukkan kuah yang dibikin tadi dalam periuk ikan yang sedang menunggu. Set periuk pressure cooker tu kat 'high'. Biar dia merenih kat situ, korang pergi layan Facebook dulu. Kata ramai peminat. Ahaks! Dalam 3 jam dah masak dengan jayanya.


Selepas 3 jam.


Kalau nak menjadi sardin, tulang ikan tu boleh dimakan serta rangup dan berperisa.

Selamat mencuba. - Koleksi Viral

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon