Tuesday, 24 December 2019

Penjaja Lampu Isyarat Akan Dikenakan Denda RM100K & Penjara Jika Didapati Bersalah

Penjaja Lampu Isyarat Akan Dikenakan Denda RM100K & Penjara Jika Didapati Bersalah

penjaja lampu isyarat

Pasti ramai yang pernah terserempak dengan beberapa orang penjaja-penjaja yang giat menjual makanan di sepanjang persimpangan lampu isyarat. Aktiviti menjual sebegitu dikatakan tidak sah malah akan dikenakan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 jika didakwa di mahkamah.

Memetik laporan Terengganu Today, penjaja pelbagai jenis makanan di persimpangan lampu isyarat di Terengganu yang tidak menghentikan aktiviti tersebut akan berdepan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 sekiranya didakwa di mahkamah.

penjual lampu isyarat

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Wan Hapandi Wan Nik berkata, keputusan itu dibuat disebabkan tempoh akhir dibenarkan untuk aktiviti perniagaan tidak sah itu telah berakhir November lalu.

Menurutnya, ia adalah peringatan terakhir kepada penjaja-penjaja yang terus berkeras melanggar peraturan selepas tarikh akhir diberikan ketika rundingan telah tamat sebelum ini.

"Kita telah memutuskan untuk melaksanakan operasi bagi fasa pertama bermula hari ini hingga 31 Disember bagi memastikan keselamatan penjaja dan keselesaan pengguna jalan raya.

penjual di traffic light

"Operasi itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK)," katanya ketika sidang media Operasi Bersepadu Penjaja di Wisma Darul Iman hari ini.

Wan Hapandi berkata, penguatkuasaan akan dibuat berdasarkan peraturan-peraturan antaranya Peraturan Lalulintas 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993.

Wednesday, 13 November 2019

Lelaki Pecah Amanah Dipenjara Selama 584 Tahun dan Sebat 146 Kali Sebatan

Lelaki Pecah Amanah Dipenjara Selama 584 Tahun dan Sebat 146 Kali Sebatan

Mengambil harta orang tanpa keizinan adalah satu perbuatan yang berdosa dan lebih-lebih lagi harta anak-anak yatim. Sebagai orang Islam, si pelaku yang melakukan perbuatan sewajar dihukum mengikut kesalahnnya.

kes pecah amanah

Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki apabila pecah amanah yang kemudiannya dihukum penjara selama 584 tahun manakala dikenakan sebatan sebanyak 146 sebatan akibat melakukan kesalahan pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta.

Memetik laporan Harian Metro, bekas pembantu tadbir Tabung Manah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini dengan 146 pertuduhan yang melibatkan pecah amanah.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Hanafi Ismail, 31, sebaik tertuduh membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan semua pertuduhan dan fakta kes terhadapnya yang mengambil masa kira-kira dua jam.

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dari tarikh jatuh hukum bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman itu berjalan serentak dan satu sebatan bagi setiap 146 pertuduhan.

Menerusi laporan, lelaki terbabit melakukan perbuatan itu ketika bertugas sebagai pembantu tadbir serta turut mempunyai penguasaan harta iaitu peruntukan biasiswa pelajar sekolah di negeri itu. Walau bagaimanapun, lelaki itu gagal menjalankan tanggungjawabnya apabila menyalahgunakan serta menyeleweng dan juga pecah amanah.

Lelaki itu telah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang turut memperuntukkan hukuman penjara selama 14 tahun dan juga sebat serta denda jika disabitkan kesalahan. Perbuatan itu dilakukannya di Unit Kewangan TAPEM di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, Melaka.

Pendakwaan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwan Shah Abdul Samat manakala tertuduh diwakili peguam Emirul Sarifudin Nor Azmi.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan jumlah direkodkan tinggi, yang sepatutnya disalurkan kepada pelajar golongan asnaf lebih layak.

Menurut laporan itu juga, Pegawai SPRM itu iaitu Irwan Shah turut menyatakan bahawa tiada sebarang baki duit yang tertinggal daripada akaun itu dapat dipulangkan atau berjaya dirampas oleh pihak SPRM.

Mengikut fakta kes, Mohd Hanafi yang pada ketika itu bertugas di TAPEM sebagai seorang kerani dengan lantikan kontrak perjawatan pembantu tadbir telah menyalahgunakan harta dengan memasukkan peruntukan biasiswa pelajar ke dalam berbagai akaun bank miliknya sendiri, bisnesnya, kawan dan juga ahli keluarga sepanjang tempoh tersebut.

Laporan Harian Metro, tertuduh yang ditahan reman oleh pihak SPRM pada 12 Januari lalu untuk membantu siasatan kes tersebut serta telah didakwa di mahkamah yang sama atas pertuduhan yang sama pada tarikh 28 Oktober lalu.

Semoga tertuduh bertaubat serta turut berjanji tidak akan lagi mengulangi perbuatannya. Sememangnya dalam Al-Quran ada menyebut antara kesalahan atau dosa besar dan juga haram adalah dengan mengambil harta anak yatim. Semoga jadi pengajaran kepada kita semua.

Saturday, 20 January 2018

Nestle Tegaskan Produk Maggi Palsu Tular Di Media Sosial Adalah TIDAK BENAR

Nestle Tegaskan Produk Maggi Palsu Tular Di Media Sosial Adalah TIDAK BENAR


Tular di laman sosial tentang produk palsu mi segera jenama Maggi yang telah mendapatkan perhatian netizen dan perkongsian yang tinggi sehingga mengelirukan ramai pengguna dan penggemar makanan segera tersebut.

Satu perkongsian di Facebook telah menyeru orang ramai yang menyukai produk Maggi agar berhati-hati kerana Maggi palsu kini berada di pasaran dan turut meminta orang ramai menasihatkan kaum keluarga tentang perkongsian ini. Walau bagaimanapun, perkongsian ini dan tuduhan ini tidak berasas sama sekali dan maklumat ini adalah tidak benar.

Tidak Benar
TIDAK BENAR

TIDAK BENAR

TIDAK BENAR

TIDAK BENAR

TIDAK BENAR

Satu kenyataan yang disampaikan menerusi laman Facebook dan juga komen di beberapa posting turut menafikan dakwaan yang tidak berasas itu yang menyatakan terdapatnya produk Maggi palsu di pasaran.

Maggi Palsu TIDAK BENAR

Berikutnya adalah kenyataan dari pihak Nestle yang diwakilkan kepada Haffiz Abdullah telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan turut memberi jaminan bahawa mesej yang dikeluarkan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Q1 : Adakah benar penyebaran maklumat dalam media sosial mengenai produk MAGGI tidak “original”.

Kami sedia maklum dengan penyebaran maklumat di dalam media sosial berkenaan produk MAGGI tidak “original” adalah tidak berasas sama sekali.

Untuk makluman, semua produk Nestlé dihasilkan di bawah syarat-syarat pengilangan yang ketat.

Produk yang dikeluarkan perlu mematuhi kawalan keselamatan dan kualiti makanan yang tinggi.

Kualiti dan keselamatan produk-produk kami merupakan keutamaan syarikat NESTLE.

Q2 Adakah produk MAGGI dalam kedai ini adalah keluaran dari syarikat Nestle?

Ya, semua produk di dalam kedai ini adalah keluaran dari syarikat Nestle. Pastikan anda membeli produk MAGGI daripada pengedar yang sah.

Q3: Siapa yang saya patut hubungi jika terdapat sebarang kekeliruan berkenaan dengan produk keluaran syarikat Nestle?

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Khidmat Pengguna Nestlé kami di talian 1-800-88-3433. Terima kasih.

BACA JUGA : Susu Formula Soya Adalah Punca Anak Lelaki Anda Menjadi Lembut - Dr Noorul Amin

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan peka dengan info semasa serta jangan terus menyebarkan sesuatu berita yang viral belum tentu kesahihannya. - koleksiviral.com

Friday, 29 September 2017

Lelaki Berperwatakan Lembut Ditahan Polis Selepas Terlibat Dalam Kes Samun Kedai Serbaneka 24 Jam

Lelaki Berperwatakan Lembut Ditahan Polis Selepas Terlibat Dalam Kes Samun Kedai Serbaneka 24 Jam

Tiga orang daripada empat lelaki yang berperwatakan lembut telah ditahan polis ketika dalam cubaan untuk menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di pusat bandar Parit Buntar, Bagan Serai, Perak, semalam.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu, sepasukan polis yang bertanggungjawab melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan sekitar pusat bandar tersebut dipercayai telah terserempak dengan dua lelaki yang mencurigakan dengan menaiki motosikal berdekatan dengan premis KFC di bandar itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, anggota polis yang bertugas telah menahan kedua-dua suspek sebelum membuat siasatan dan pemeriksaan terhadap keduanya.

Melalui pemeriksaan tersebut, polis menemui sebilah parang yang terselit dan diletakkan di dalam raga motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang oleh suspek.

Dalam siasatan itu juga polis turut menemui dua kain skaf dan sebilah pisau di dalam beg yang digalas oleh salah seorang suspek yang dipercayai akan digunakan untuk menyamun.

Manakala, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 21 dan 18 tahun itu telah membuat pengakuan bahawa mereka ingin melakukan samun di premis kedai serbaneka berdekatan bersama dua lagi rakan mereka yang dikatakan bertindak sebagai tonto.

Hasil daripada siasatan selepas maklumat diberikan, polis kemudiannya telah berjaya memberkas dua orang lagi rakan suspek yang berusia 26 dan 17 tahun di kawasan kilang yang berdekatan dengan lokasi di mana mereka ingin melakukan samun.


Melalui siasatan itu juga, polis telah mendapati dua daripada suspek awal telah mengaku pernah terbabit dalam dua kes samun kedai serbaneka 24 jam di Jalan Siakap dan Jalan Besar pada tahun ini. Manakala suspek yang berusia 26 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Menurut Omar lagi, polis yakin akan dapat menyelesaikan dua kes samun kedai serbaneka yang sering berlaku sepanjang tahun selepas tertangkapnya suspek.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek telah direman selama enam hari bermula semalam, lapor Harian Metro.

Wednesday, 13 September 2017

(VIDEO) "Pulangkan Segera Atau Serahkan Kepada Restoran Sebelum Dilaporkan Polis" - Lelaki Ini Meminta Bantuan Netizen Untuk Sebarkan

(VIDEO) "Pulangkan Segera Atau Serahkan Kepada Restoran Sebelum Dilaporkan Polis" - Lelaki Ini Meminta Bantuan Netizen Untuk Sebarkan


Tiada sesiapa yang inginkan kehilangan barangan berharga lebih-lebih lagi melibatkan duit ringgit dan juga dokumen penting yang harus ada pada setiap individu.

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Putra Firdaus bersama isteri dan juga dua orang anaknya apabila beg tangan miliknya telah tercicir selepas menikmati makanan di sebuah restoran baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada 11 September lalu kira-kira jam 11.30 pagi di Restoran Nasi Kandar Kampung Pandan Maju, Tesco Extra Ampang, beg tangan miliknya itu didapati hilang di restoran mamak selepas beliau menyedari akan kehilangan beg itu setelah tiba di rumahnya.

Semuanya bermula apabila Firdaus bersama keluarganya ke restoran tersebut untuk makan. Apabila selesai menjamu selera salah seorang dari anaknya didapati meragam dan menangis sehingga menyebabkan dia dan isterinya mengambil keputusan untuk bergegas pulang ke rumah.

Menurut Firdaus, beg tangan kepunyaannya itu mempunyai sejumlah wang tunai, barang-barang kemas seperti cincin perkahwinan, dokumen-dokumen penting, kunci-kunci dan beberapa barangan berharga yang lain.


Setelah menyedari akan kehilangan beg itu, Firdaus mengambil keputusan untuk pergi semula ke restoran berkenaan. Setibanya di restoran dia meminta pihak pengurusan untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangkan di beberapa sudut dalam restoran tersebut dengan tujuan untuk mengesan sama ada begnya itu diambil orang.

Kemudiannya, selepas diamati setiap rakaman video yang diberikan jelas terbukti ada seseorang yang mengambilnya. Dia sangat terkejut selepas melihat kelibat seorang lelaki Melayu bersama seorang wanita yang bertindak mengambil beg tangan miliknya.

Melalui rakaman video tersebut dapat dilihat beg tangan milik Firdaus tertinggal di atas sebuah kerusi dan lelaki terbabit telah duduk di meja yang sama di mana keluarga Firdaus makan di meja tersebut sebelumnya. Lelaki itu kelihatan sengaja mengambil beg tangan Firdaus sebelum dilihat beredar dari restoran berkenaan.

Firdaus buntu dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan semula beg tangan tersebut sehinggalah dia membuat keputusan untuk memuat naik video berserta gambar-gambar yang didapati menerusi rakaman CCTV ke laman sosial Facebook sebagai usahanya meminta lelaki terbabit memulangkan semula barangan yang diambil itu.


Firdaus turut memaklumkan sekiranya si pelaku enggan memulangkan kepadanya secara berdepan, dia meminta si pelaku memberikan dan memulangkan beg tangan itu kepada restoran mamak di mana beg tangan tersebut diambil baru-baru ini.

Firdaus juga turut memberikan amaran kepada si pelaku sekiranya terbaca tentang pendedahan ini tetapi tidak mahu berbuat demikian, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang dan melaporkan perkara ini kepada pihak polis serta menyerahkan segala bukti yang dia miliki.


Posting Firdaus turut menerima pelbagai respon dan komen dari netizen yang memberikan pendapat masing-masing, malah segelintir daripada mereka berpendapat bahawa kehilangan begnya itu akibat kelalaian dirinya sendiri.

Beberapa orang dari mereka berkata, sebagai manusia biasa perkara sebegini pasti akan berlaku di mana setiap orang pasti akan lupa dan ada yang berkata perkara begini belum terjadi kepada mereka kerana itulah mereka berpendapat sedemikian.


Firdaus amat mengharapkan beg tangannya itu dijumpai semula serta begitu berharap kerjasama dari netizen untuk menyebarkan perkara ini agar sampai kepada si pelaku supaya dia memulangkan dengan segera kerana barangan ang terdapat di dalam beg tersebut sangat penting, katanya. - www.koleksiviral.com

Monday, 11 September 2017

Kerana Kanser Otot Tahap Tiga, Pelajar Ini Tidak Putus Asa & Tetap Bersemangat Duduki UPSR di Hospital

Kerana Kanser Otot Tahap Tiga, Pelajar Ini Tidak Putus Asa & Tetap Bersemangat Duduki UPSR di Hospital

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah pun bermula pada hari ini, 11 September 2017. Pelajar-pelajar dilihat begitu bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab dan turut memberitahu akan melakukan yang terbaik seperti diharapkan ibu bapa agar mendapat keputusan yang membanggakan.

Sumber: NST

Semangat itu turut ada dalam diri adik Mohamad Najmee Rosidi yang berusia 12 tahun daripada Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong, Rompin, Pahang. Tetapi perbezaan adik Najmee dengan pelajar lain adalah dia terpaksa menduduki peperiksaan UPSR itu di dalam wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu, Kelantan, kerana menghidap penyakit barah otot tahap tiga.

Memetik laporan dari Berita Harian, pelajar tahun 6 ini telah dimasukkan ke HUSM pada 17 Ogos lalu selepas mengalami dehidrasi sesudah 3 hari menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Rompin, Pahang.

Biarpun dia kelihatan tidak bermaya dan badannya lemah serta harus mempunyai waktu rehat yang secukupnya, semua itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan UPSR ini. Najme ditemani ibunya sendiri, Fazilawati Md Isa, 35, dan bapanya Rosidi Saad, 44, hampir setiap hari semenjak dia dimasukkan ke hospital.

"Oleh disebabkan penyakit yang dapat dikesan pada bulan Februari lalu, saya telah mengambil keputusan untuk melupakkan persekolahan kerana harus berulang alik dari rumah di Rompin ke HUSM untuk menjalani rawatan kimoterapo setiap 3 minggu sekali", kata Najmee.

Najmee turut memberitahu, biarpun dia tidak sempat menjalani peperiksaan percubaan dan juga harus mengulangkaji pelajaran pada saat akhir, dia tetap bertekad untuk menduduki peperiksaan UPSR.

Menurut Najmee lagi, dia tidak ingin terlalu memikirkan tentang sakitnya itu kerana turut mahu berjaya seperti rakan-rakannya yang lain.

Sumber: Harian Metro

Pada hari ini, Najmee mengakui telah mencuba sedaya upayanya untuk menjawab semua kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman dan juga Penulisan dengan sebaik mungkin.

Rata-rata netizen yang mengikuti kisah Najmee turut melahirkan rasa simpati serta turut mendoakan kejayaannya selain memberikan kata-kata semangat untuk Najmee terus maju ke hadapan.

Antara kata-kata netizen yang telah menarik perhatian adalah seperti berikut;

"Tiada yang mustahil untuk semua orang berjaya dan mendapat kecemerlangan. Sama seperti pelajar-pelajar kanser sebelum ini. Semoga berjaya adik-adik."

"Semoga Allah mempermudahkan adik Najmee menjawab kertas soalan peperiksaan dengan baik sekali dan mendapat keputusan exam yang terbaik. Anda Boleh, in sha Allah."

Semangat adik Najmee untuk menduduki peperiksaan UPSR itu seharusnya dipuji biar pun dia sedang menahan kesakitan tetapi masih lagi mampu untuk menduduki peperiksaan dengan niat untuk berjaya seperti rakannya yang lain.

Semoga adik Najmee terus berjaya dan kuat menghadapi segala dugaan dan ujian. Semoga semuanya dipermudahkan dalam apa jua urusan yang adik Najmee lakukan. - www.koleksiviral.com

Thursday, 7 September 2017

(VIDEO) Sebuah Ambulans 'Makan Orang' Di Persimpangan Lampu Isyarat Di Bukit Mertajam

(VIDEO) Sebuah Ambulans 'Makan Orang' Di Persimpangan Lampu Isyarat Di Bukit Mertajam


GEORGETOWN - Satu rakaman video yang menunjukkan sebuah ambulan swasta yang terbabit dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan perlanggaran dengan dua buah kereta serta beberapa buah motosikal di satu persimpangan lampu isyarat di Bukit Mertajam pada pagi semalam jadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 pagi itu di simpang empat Jalan Song Ban Kheng - Jalan Chiang Heng Kai telah dirakamkan menggunakan satu kamera yang diletakkan di hadapan sebuah kereta yang ketika itu berada di lokasi kemalangan.

Melalui rakaman itu, sebuah ambulan jenis Nissan Urvan berserta dengan siren yang sedang berbunyi diikuti lampu yang sedang menyala dilihat telah menghentam sebuah kereta jenis Honda City dan juga sebuah kereta Perodua Kancil ketika melintasi jalan berkenaan.


Kedua-dua buah kereta tersebut dilihat telah melintasi jalan berkenaan selepas lampu isyarat bertukar kepada warna hijau.

Disebabkan perlanggaran itulah yang menyebabkan ambulan berkenaan telah terbabas ke laluan lain sehingga merempuh sekumpulan penunggang motosikal yang sedang menunggu untuk meneruskan perjalanan di lampu isyarat.

Ambulan berkenaan dilihat telah melanggar 3 buah motosikal, manakala seorang penunggang motosikal kelihatan terpelanting selepas dilanggar.

Menurut laporan FMT, pihak polis berkata, pemandu ambulan terbabit berusia 40 tahun dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan. Pada ketika itu ambulan berkenaan tidak membawa pesakit dan sedang bergegas untuk ke lokasi di Simpang Ampat kerana kecemasan.


Menurut Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, penunggang motosikal yang berusia 43 tahun dan 2 orang lagi penunggang telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam.

Kes berkenaan kini akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. - www.koleksiviral.com

Tuesday, 5 September 2017

(VIDEO) Isu Ayam Tidak Disembelih, JAKIM Tampil Berikan Penjelasan Terperinci Kepada Orang Ramai

(VIDEO) Isu Ayam Tidak Disembelih, JAKIM Tampil Berikan Penjelasan Terperinci Kepada Orang Ramai


Heboh di media sosial beberapa hari lalu tentang satu rakaman video yang mendakwa sebuah pasar raya besar yang terkenal di kawasan Shah Alam dikatakan telah menjual daging ayam yang tidak disembelih mengikut hukum kepada orang ramai.

Menurut laporan Sinar Harian, salah seorang pengguna media sosial yang bertanggungjawab merakam video berkenaan telah menunjukkan keadaan ayam yang telah dibelinya dari pasar raya terbabit dan mendakwa ayam tersebut tidak disembelih sebaliknya ianya dijual selepas ditarik kepalanya sehingga putus.

Menerusi rakaman video tersebut dapat didengari kata-katanya yang mengatakan "Tidak ada kesan sembelih melainkan kepalanya ditarik,” ujarnya.

Pada masa sama, pengguna itu turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak membeli daging ayam di pasar raya tersebut walaupun jenama tempatan itu ia mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Bagi menjelaskan situasi sebenar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller).

Menurutnya, tindakan itu telah menyebabkan kulit leher ayam tertarik panjang dan menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

“Produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

”Pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban,” katanya.


Berikutnya kenyataan dari JAKIM tentang isu ayam yang tidak disembelih.

PENJELASAN BERKENAAN TULAR VIDEO JUALAN AYAM DI TESCO SETIA ALAM/SHAH ALAM TIDAK DISEMBELIH

Jakim terpanggil untuk menjelaskan video yang tular sejak 29 Julai 2014 dan kini ia tular kembali berkenaan ayam yang dijual di Tesco Setia Alam dan didakwa tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Untuk makluman pengguna, berdasar rakaman video tersebut, didapati bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang. Perkara itu telah menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

Walau bagaimanapun produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah, iaitu Kerabat Processing House (Pedas) Sdn. Bhd.

Justeru, pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban.

Untuk mengetahui rumah sembelih yang mempunyai Pensijilan Halal Malaysia, pengguna boleh merujuk di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sebarang aduan, pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung terus melalui emel dan talian yang tertera di bawah:

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan setiap maklumat seperti ini yang terdapat di media sosial, kerana setiap informasi yang disampaikan agak meragukan, orang ramai harus merujuk kepada pihak berkaitan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. - Koleksi Viral