Wednesday 13 September 2017

(VIDEO) "Pulangkan Segera Atau Serahkan Kepada Restoran Sebelum Dilaporkan Polis" - Lelaki Ini Meminta Bantuan Netizen Untuk Sebarkan


Tiada sesiapa yang inginkan kehilangan barangan berharga lebih-lebih lagi melibatkan duit ringgit dan juga dokumen penting yang harus ada pada setiap individu.

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Putra Firdaus bersama isteri dan juga dua orang anaknya apabila beg tangan miliknya telah tercicir selepas menikmati makanan di sebuah restoran baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada 11 September lalu kira-kira jam 11.30 pagi di Restoran Nasi Kandar Kampung Pandan Maju, Tesco Extra Ampang, beg tangan miliknya itu didapati hilang di restoran mamak selepas beliau menyedari akan kehilangan beg itu setelah tiba di rumahnya.

Semuanya bermula apabila Firdaus bersama keluarganya ke restoran tersebut untuk makan. Apabila selesai menjamu selera salah seorang dari anaknya didapati meragam dan menangis sehingga menyebabkan dia dan isterinya mengambil keputusan untuk bergegas pulang ke rumah.

Menurut Firdaus, beg tangan kepunyaannya itu mempunyai sejumlah wang tunai, barang-barang kemas seperti cincin perkahwinan, dokumen-dokumen penting, kunci-kunci dan beberapa barangan berharga yang lain.


Setelah menyedari akan kehilangan beg itu, Firdaus mengambil keputusan untuk pergi semula ke restoran berkenaan. Setibanya di restoran dia meminta pihak pengurusan untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangkan di beberapa sudut dalam restoran tersebut dengan tujuan untuk mengesan sama ada begnya itu diambil orang.

Kemudiannya, selepas diamati setiap rakaman video yang diberikan jelas terbukti ada seseorang yang mengambilnya. Dia sangat terkejut selepas melihat kelibat seorang lelaki Melayu bersama seorang wanita yang bertindak mengambil beg tangan miliknya.

Melalui rakaman video tersebut dapat dilihat beg tangan milik Firdaus tertinggal di atas sebuah kerusi dan lelaki terbabit telah duduk di meja yang sama di mana keluarga Firdaus makan di meja tersebut sebelumnya. Lelaki itu kelihatan sengaja mengambil beg tangan Firdaus sebelum dilihat beredar dari restoran berkenaan.

Firdaus buntu dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan semula beg tangan tersebut sehinggalah dia membuat keputusan untuk memuat naik video berserta gambar-gambar yang didapati menerusi rakaman CCTV ke laman sosial Facebook sebagai usahanya meminta lelaki terbabit memulangkan semula barangan yang diambil itu.


Firdaus turut memaklumkan sekiranya si pelaku enggan memulangkan kepadanya secara berdepan, dia meminta si pelaku memberikan dan memulangkan beg tangan itu kepada restoran mamak di mana beg tangan tersebut diambil baru-baru ini.

Firdaus juga turut memberikan amaran kepada si pelaku sekiranya terbaca tentang pendedahan ini tetapi tidak mahu berbuat demikian, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang dan melaporkan perkara ini kepada pihak polis serta menyerahkan segala bukti yang dia miliki.


Posting Firdaus turut menerima pelbagai respon dan komen dari netizen yang memberikan pendapat masing-masing, malah segelintir daripada mereka berpendapat bahawa kehilangan begnya itu akibat kelalaian dirinya sendiri.

Beberapa orang dari mereka berkata, sebagai manusia biasa perkara sebegini pasti akan berlaku di mana setiap orang pasti akan lupa dan ada yang berkata perkara begini belum terjadi kepada mereka kerana itulah mereka berpendapat sedemikian.


Firdaus amat mengharapkan beg tangannya itu dijumpai semula serta begitu berharap kerjasama dari netizen untuk menyebarkan perkara ini agar sampai kepada si pelaku supaya dia memulangkan dengan segera kerana barangan ang terdapat di dalam beg tersebut sangat penting, katanya. - www.koleksiviral.com

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon