Friday, 13 December 2019

Diskaun Saman Trafik 50 Peratus Sempena Perayaan Hari Krismas

Diskaun Saman Trafik 50 Peratus Sempena Perayaan Hari Krismas

Saman trafik diskaun

KUALA LUMPUR - Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bagi bayaran pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih) sempena sambutan perayaan Hari Krismas ini.

PDRM dalam satu poster yang disiarkan di dalam media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.

Bagaimanapun saman-saman yang tidak layak mendapat diskaun ialah saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman ops selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori.

Diskaun saman trafik

Tawaran itu juga adalah bersempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya. - BERNAMA

Jadi, kepada anda yang mempunyai banyak saman, eloklah mengambil peluang baik ini untuk membuat bayaran saman trafik dengan kadar segera supaya tiada lagi saman-saman yang tertunggak atau pun nama anda akan disenaraihitamkan oleh pihak PDRM.

Dapatkan diskaun saman segera dan untuk membuat pembayaran saman seperti yang diwar-warkan oleh pihak PDRM menerusi laman Facebook, semua bayaran saman boleh dibuat di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember nanti. Jangan ketinggalan dan rebutlah peluang yang sangat jarang kita dapatkan.

Sunday, 17 November 2019

Senaman Yoga Sejam Sehari Mampu Kawal Penyakit Kencing Manis

Senaman Yoga Sejam Sehari Mampu Kawal Penyakit Kencing Manis

senaman yoga untuk kempiskan perut

Biasanya para doktor akan menyarankan kepada pesakit kencing manis atau diabetes untuk melakukan beberapa jenis senaman sebagai bantuan kecergasan untuk membolehkan para pesakit mencapai kesihatan fizikal dan mental dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, perunding Yoga kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi iaitu Dr. Nagendra telah memperkenalkan protokol yoga selama 60 minit bertujuan untuk melawan sakit kencing manis.

Thursday, 14 November 2019

Kepentingan Penama KWSP, Sijil Mati & Surat Nikah Belum Tentu Dapat Keluarkan Simpanan Arwah

Kepentingan Penama KWSP, Sijil Mati & Surat Nikah Belum Tentu Dapat Keluarkan Simpanan Arwah

Penama KWSP? Mungkin masih ada yang menganggap penama akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) adalah satu perkara remeh jika berlaku sebarang kematian kerana segala bukti ikatan suami atau isteri ada dan tak perlu difikirkan sebabnya dah tentu semua caruman itu menjadi milik waris terdekat iaitu pasangan dan sebagainya secara automatik.

Penama KWSP secara online

Sebenar, penama akaun KWSP jangan diambil mudah dan beranggapan bahawa semua data kita sebagai pewaris ada dalam simpanan KWSP. SALAH. Anda harus mewariskan dengan betul mengikut prosedur yang ditetapkan, jika semua ini akan membuahkan hasil yang hampa, mengapa?

Tuesday, 12 November 2019

Buah Durian Musang King Malaysia Kini Semakin Laris di Negara China

Buah Durian Musang King Malaysia Kini Semakin Laris di Negara China

Durian Musang King Malaysia

Durian Musang King sememangnya amat terkenal di Malaysia kerana buah durian jenis D197 ini sangat berbeza daripada jenis-jenis raja segala buah ini. Keistimewaannya adalah sangat sedap selain isinya tebal serta berwarna kuning pekat dan tangkainya tiada duri.

Sejak dulu lagi, Durian Musang King sangat popular dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Masyarakat Cina tempatan amat menggemari buah ini dan tidak hairanlah pada masa ini raja buah atau Raja Kunyit ini juga semakin laris di negara China.

Durian Musang King Terkenal di China


Memetik laporan Berita Harian, Syarikat pemborong milik Alibaba Group, Pagoda, berhasrat memperkukuhkan pasaran import durian dari Malaysia bagi memenuhi permintaan industri di China.

Percaturan oleh syarikat pemborong hasil pertanian rentas sempadan yang berpangkalan di timur republik itu diambil selepas mendapati kualiti ‘raja buah’ dihasilkan Malaysia mempunyai potensi tersendiri, berbanding Thailand.

Nilai pasaran import Durian Musang King ke China dari Asia Tenggara ketika ini adalah sekitar 3 bilion renminbi (RM1.77 bilion). Dua negara yang menjadi pembekal utama permintaan pasaran domestik di China adalah Malaysia dan Thailand, yang masing-masing mempunyai kelebihan kualiti buah mengikut cita rasa pengguna.

Mengikut perangkaan semasa, nilai import buah durian dari Malaysia dalam anggaran 500 juta sehingga 700 juta renminbi (RM295 juta hingga RM414 juta), bergantung kepada kadar penghasilan mengikut musim.

Syarikat Pagoda akan terus berkerjasama dengan Malaysia dalam sektor import durian, malahan pada ketika ini, syarikat ini mempunyai kaedah pemilihan yang tersendiri di lokasi pengumpulan durian untuk memastikan hanya durian yang berkualiti saja diambil.

Ciri-ciri musang king history

Menurut laporan itu lagi, keunikan buah Durian Musang King dari baka yang paling laris dan diminati yang sehingga kini semakin mendapat permintaan yang luar biasa di China yang mana durian ini digemari kerana faktor rasa dan warnanya.
Negara Thailand juga turut menghasilkan buah Durian Musang King seperti mana Malaysia, namun dari segi kualiti, negara kita mempunyai banyak kelebihan dari segi cara penanaman dan juga kaedaah penuaian.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh membandingkan buah durian dari Malaysia dan Thailand memandangkan masing-masing mempunyai kelebihan dan ciri-ciri yang tersendiri dan ia sebenarnya bergantung terhadap permintaan dari pasaran China.

Menurut Berita Harian, Musang King yang dihasilkan di Malaysia lebih berkualiti berdasarkan buahnya dibiarkan sehingga masak di atas pokok sebelum dituai apabila jatuh ke tanah berbanding durian Thailand kerana buah dipetik lebih awal serta dibiarkan masak menggunakan kaedah mereka sendiri.

Asal Usul Buah Durian Musang King (Musang King History)

Berikut adalah info tambahan untuk anda yang ingin tahu apakah ciri-ciri atau jenis-jenis buah Durian Musang King dan bagaimana untuk mengenal Raja Kunyit ini serta asal usul buah ini. Dengan info ini sekurang-kurangnya anda mendapat sedikit pengetahuan. Sila tengok sampai habis ya.



Saya juga salah seorang peminat Durian Musang King ini, sedap tak terkata tapi nak beli pun setahun sekali kalau ada duit lebih. Harganya agak mahal mengikut kawasan dan negeri. Saya pernah beli di Lebuh Raya Karak dan juga Bentong. Sedap! - koleksiviral.com

Monday, 1 October 2018

Gambar Kucing Comel dan Manja (Kitten Cute Lucu Sangat)

Gambar Kucing Comel dan Manja (Kitten Cute Lucu Sangat)

Gambar baby kucing

Anda cari gambar kucing comel dan manja? Pasti ramai yang sukakan kucing comel dan binatang peliharaan yang lain seperti hamster, arnab, burung dan sebagainya yang dijadikan sebagai peneman setiap masa. Tetapi kucing adalah yang sering digemari ramai orang di dunia lebih-lebih lagi anak kucing yang sangat cute dan cantik bulunya.

Monday, 16 April 2018

Cara Semak Pos Laju Tracking Secara Online dan SMS (Track and Trace)

Cara Semak Pos Laju Tracking Secara Online dan SMS (Track and Trace)

Check barang pos online

Perkhidmatan menjejak atau tracking shipment (Poslaju Track and Trace) iaitu mengesan barang yang dihantar atau kiriman barang menggunakan Pos Laju, Pos Mel, Pos Ekspres (Express), Pos Parcel dan Pos Malaysia International sememangnya disediakan oleh Pos Malaysia Berhad untuk kegunaan orang ramai yang membuat penghantaran barang atau apa saja melalui poslaju (National Courier).

Dengan perkhidmatan PosLaju tracking code number ini anda boleh membuat semakan status kiriman dan penghantaran barang anda pada bila-bila masa sahaja sama ada bila dihantar, apakah proses yang dilaluinya.

Dan dari mana barang dihantar dan dimanakah barang anda berada ketika anda menyemak secara online menggunakan kotak carian mengesan status barangan anda tersebut.

Perkhidmatan trace and track ini juga boleh disemak menggunakan 15 nombor tracking sekaligus dalam sekali semakan. Bermakna anda boleh check tracking dengan menggunakan 15 nombor dalam satu masa tanpa menyemak secara satu-satu dan membuang masa.

Tracking Kiriman Pos Laju Malaysia Secara Online


Cara untuk cek tracking poslaju yang dikirimkan, anda memerlukan consignment number iaitu nombor yang tertera pada nota kiriman (consignment note). Nombor ini adalah kod semakan (poslaju tracking number) yang harus digunakan bagi menjejaki status barangan yang telah dihantar itu.

Semakan barang sampai poslaju

Semakan status penghantaran kiriman Pos Malaysia boleh dilakukan secara online dengan melayari laman web Track and Trace Pos Laju menerusi pautan yang disediakan seperti di bawah, sila klik link berikut untuk semak kiriman anda itu dengan segera;


Cara Semak Status Kiriman Pos Malaysia


Sila ikuti langkah-langkah cara nak semak barang dari poslaju atau kiriman Pos Malaysia dengan betul.

1. Sila masukkan tracking number kiriman anda ke dalam kotak yang disediakan. Anda tidak perlu jarakkan nombor, jika tersalah satu huruf pasti tidak berjaya mencari dan mengetahui status penghantaran kiriman itu.

Status penghantaran barang

2. Sila tekan pada butang TRACK. Seterusnya keputusan semakan akan dipaparkan dan menunjukkan status terkini poslaju setiap item yang dikirimkan mengikut tracking number yang telah anda masukkan sebentar tadi.

Poslaju tak update tracking

3. Kemudian, sila klik pada nombor yang tertera untuk anda lihat maklumat tentang item anda itu dengan lebih lengkap. Maklumat penuh akan dipaparkan tentang dimana ia dikirimkan, sejarah perjalanan kiriman termasuk senarai tarikh, masa, proses serta tindakan yang telah dibuat terhadap kiriman poslaju tersebut serta di mana lokasi sebenarnya seperti dibuat di pejabat pos dan sebagainya

Tracking Kiriman Pos Laju Melalui SMS


Perkhidmatan SMS juga disediakan untuk track kiriman pos laju yang telah anda buat. Cara semak penghantaran dengan SMS sangat mudah dan cepat untuk dilakukan, hanya ikuti langkah yang berikutnya:

Check tracking melalui sms

1. Sila taipkan:

PL <jarak> [Tracking Number]

Contoh: PL EJ778923008MY

2. Sila hantarkan SMS tersebut ke nombor 33333

Setiap penghantaran SMS yang digunakan oleh pengguna Maxis, Digi dan Celcom sahaja akan dicaj sebanyak RM0.50 bagi setiap SMS yang dihantar.

Aplikasi Pos Malaysia

Anda juga boleh buat semakan berkaitan dengan Pos Malaysia menerusi aplikasi yang terdapat di Google Play Store yang perlu dimuat turun atau download.

Sila buat carian menggunakan nama Pos Malaysia Mobile Apps di App Store. Kemudian anda boleh terus menyemak status penghantaran poslaju anda dengan memasukkan no tracking pos laju tersebut.

Info Perkhidmatan PosLaju

Berikutnya adalah antara perkhidmatan yang telah disediakan oleh Pos Laju Malaysia kepada semua pengguna dan rakyat Malaysia;

  • Penghantaran yang pantas pada hari yang sama
  • Penghantaran hari yang seterusnya
  • Pos Ekspres (Pos Express)
  • Masa Perkhidmatan Pos yang tertentu
  • Pos Parcel
  • Pos Laju Pack
  • On Demand Pick-up

Selain perkhidmatan pos dan penghantaran barang, pos laju turut menyediakan beberapa perkhidmatan lain iaitu perkhidmatan tambah nilai seperti pic-up, alat elektronik perkapalan, pembungkusan, insurans dan sebarang pengesanan yang berkesan melalui website rasmi Pos Malaysia seperti yang berikut www.poslaju.com.my.

Aduan Kerosakan Barang, Lewat atau Hilang

Sekiranya pengguna menghadapi masalah seperti barang yang dipos rosak, lewat sampai, hilang dan lain-lain, anda boleh membuat aduan dengan menghubungi PosLaju Hotline Customer Service.

Atau menerusi talian 1-300-300-300 pada waktu operasi poslaju pada hari berkerja iaitu hari Isnin sehingga Jumaat dari 8.30am ke 8.00pm dan hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga ke 5 petang, kecuali hari Sabtu pertama pada setiap bulan dan juga cuti umum. - koleksiviral.com

Monday, 2 April 2018

Permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (Skim MyHome 2018)

Permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (Skim MyHome 2018)

Rumah mampu milik swasta

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana untuk pembelian rumah pertama untuk mereka yang berkerja di sektor swasta menerusi Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau kini lebih dikenali sebagai Skim MyHome 2018 yang kini menjadi perbualan ramai yang ingin membuat permohonan.

Menerusi skim ini, Kerajaan telah menyediakan insentif yang bernilai sehingga RM30,000 bagi setiap unit rumah yang ingin dibeli oleh mereka yang berkelayakan yang bukan penjawat awam di sektor kerajaan.

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta MyHome

Skim MyHome ini sebenarnya telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib sewaktu membuat pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada tarikh 25 Oktober 2013.

Skim MyHome ini juga adalah merupakan salah satu langkah kerajaan Malaysia untuk menggalakkan mereka yang berkerja di sektor swasta membuat pembinaan lebih banyak rumah mampu milik. Manakala, pada tahun 2015, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Syarat Kelayakan Permohonan Skim MyHome

Permohonan Skim MyHome 2018 terbuka kepada semua yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang berikutnya:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah; dan
  • Pendapatan isi rumah perlu mengikut ketetapan pendapatan isi rumah bagi MyHome 1 dan MyHome 2
Semua borang permohonan yang diterima akan disemak oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju Perumahan berkaitan.

Contoh dan Ciri-ciri Rumah Mampu Milik Skim MyHome
Jenis Rumah Skim MyHome Harga Pasaran/ Jualan (RM) Harga Sebenar Pembeli (RM) Keluasan Minimum (kps) Pendapatan Bulanan Isi Rumah (RM)
MyHome 1 80K - 120K 50K - 90K 800 3,000-4,000
MyHome 1
Sabah & Sarawak
90K - 120K 60K - 90K 800 3,000-4,000
MyHome 1
WP Kuala Lumpur
80K -150K 50K - 120K 800 3,000-4,000
MyHome 2 120K - 200K 90K - 170K 850 4,001-6,000
MyHome 2
Sabah & Sarawak
120K - 250K 90K - 220K 850 4,001-6,000
MyHome 2
WP Kuala Lumpur
150K - 300K 120K - 270K 850 4,001-6,000

Cara Memohon Rumah Skim MyHome

Cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan rumah dari skim MyHome sebenarnya sangat mudah iaitu boleh dibuat secara oline menerusi laman web rasmi MyHome. Walau bagaimanapun, setiap borang permohonan perlu disertakan sekali dengan beberapa dokumen sokongan seperti yang berikut:
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
Semua borang permohonan pinjaman perumahan Skim My Home wajib dimuat naik bersama dokumen dan surat sokongan ke sistem Skim MyHome. Kegagalan menyertakan dokumen berkaitan akan menyebabkan permohonan anda akan ditolak serta-merta.

Contoh Rumah Mampu Milik Skim MyHome

Semua rumah mampu milik yang dibina khas di bawah Skim MyHome telah dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan bilik air. Lokasi, rumah dan senarai projek perumahan yang dibina mengikut negeri di Malaysia iaitu di Melaka, Wilayah Persekutuan, Pahang, Kelantan, Selangor, Johor Bahru, Sabah, Perak dan Kedah. Berikutnya kami kongsikan contoh rumah Skim MyHome yang ditawarkan seperti di laman web MyHome.
skim myhome rumah mampu milik
Jenis MyHome 2 di Kuantan, Pahang

Permohonan rumah mampu milik
MyHome 2 di Batang Padang, Perak

Cara memohon rumah myhome
Jenis My Home 2 di Rompin, Pahang

Skim Myhome 2018
MyHome 2 di Kubang, Pasu, Kedah

Antara lokasi daerah di setiap negeri yang mempunyai pembinaan rumah MyHome adalah seperti di :

  • Batang Padang, Manjung Perak
  • Kuala Muda dan Kubang Pasu, Kedah
  • Tawau dan Tuaran, Sabah
  • Melaka Tengah, Melaka
  • Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • Bachok, Kelantan
  • Kuantan, Temerloh dan rompin, Pahang
  • Hulu Langat, Selangor
  • Johor Bahru, Johor
  • Dan sebagainya di KPTKT

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut tentang permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta, anda boleh membuat semakan dan pertanyaan menerusi laman web rasmi KPTKT atau hubungi pegawai bertugas di talian 03-8891 4027/ 4054 / 4055 / 4062 atau anda juga boleh emel ke myhome@kpkt.gov.my.

Wednesday, 7 February 2018

Jangan Tertipu Lagi. Ini Cara Kesan Scammer Menipu Ketika Beli Barang Di Facebook, Mudah dan Carousell

Jangan Tertipu Lagi. Ini Cara Kesan Scammer Menipu Ketika Beli Barang Di Facebook, Mudah dan Carousell


Pembelian secara online adalah kemudahan yang menjadi keperluan bagi semua pengguna internet pada masa kini selain menyeronokkan ia juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana segalanya di hujung jari dengan hanya klik sahaja.

Pada zaman ini, begitu banyak barangan yang boleh dibeli secara atas talian dan yang lebih menariknya barang yang dijual tersebut boleh didapati dengan harga yang lebih murah berbanding dibeli di kedai-kedai. Ini menjadikan pembelian secara online menjadi pilihan ramai kerana harga yang munasabah dan kualitinya juga boleh tahan.

Walau bagaimanapun, online shopping juga seperti perkara lain yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri apabila pembelian sebegini pasti akan terdedah dengan risiko ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seperti scammer yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mendapatkan pendapatan yang mudah dan cepat.

Scammer menipu pembeli
Sumber Facebook Senarai Nama Penipu Online

Beberapa hari lalu, seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Linda Shuk telah berkongsi bagaimana cara untuk mengenalpasti dan mengecam aktiviti scammer yang dipercayai masih lagi bergerak aktif sehingga kini. Beliau juga telah dapat menyelamatkan sejumlah wang yang dikatakan hampir dikebas oleh penipu online terbabit.

Melalui perkongsiannya, Linda berkata, ketika itu dia ingin membuat pembelian daripada seorang penjual yang dikatakan ingin menjual barangan terpakai. Oleh kerana tertarik dengan tawaran tersebut selain harga yang murah dia membuat keputusan untuk membeli dalam talian.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba terlintas di hatinya untuk memeriksa data peribadi peniaga terbabit. Dia dengan segera memasukan segala butiran seperti nombor akaun bank milik penjual tersebut dan sebagainya. Apa yang mengejutkan, sebenarnya dia sedang berurusan dengan seorang penipu iaitu scammer yang kini dikehendaki kerana penipuan yang dilakukannya seperti yang dilaporkan.

Berikutnya adalah perkongsian Linda Shuk tentang penipuan scammer tersebut yang kini masih lagi bergerak aktif mencari mangsanya.

penipu

Baru tahu link scam.my ini untuk cek penipuan, boleh masukkan nombor akaun seller tu. Terima kasih Humaira Salleh atas pertolongan. Semoga kawan-kawan lain pun lebih berhati-hati. Memang scammer rupanya.

Polis ada memberitahu semalam kat Shoppe pun ramai yang kena tipu rupanya. Pelik juga tapi kepada siapa yang nak beli, silakan. Saya tak halang pun. Just sharing apa yang disampaikan saja.

Saya kena tipu dengan seller di bawah ni.

'Anis Nur Deanna Ahmad Shaharum'

semak penipu

Sila berhati-hati dengan penama di atas sebelum melakukan sebarang transaksi melalui online banking. Modus operandi menjual barang pre loved baby and handphone berjenama dengan harga yang murah di Mudah, Facebook, Carousell dan baru-baru ini di apps IM Sold.

Turut melakukan jenayah penipuan secara online adalah teman lelakinya Muhammad Syafiq Syahmi Bin Zulkifli. Pelbagai penipuan telah dilakukan oleh sweet couple ini dan ramai mangsa telah membuat pengakuan dan laporan polis untuk menangkap sweet couple ini. Namun, tiada tindakan dari pihak polis.

BACA JUGA : Panggilan Palsu Dari Bank Yang Diterima Lelaki Ini Hampir Membuatkan Dia Tertipu Dengan Taktik Terbaru SCAMMER

Berikutnya adalah detail mengenai pasangan ini. Sila berhati-hati dan semak account number sweet couple ini sebelum melakukan sebarang transaksi.

1. Anis Nur Deanna Ahmad Shaharum
No. Mykad: 951128-08-5992

No 46 Tingkat Zarib 2B,
Taman Pinji Mewah Lahat 31500 Perak

E4-01 ,Seroja Apartment, Jalan Putra Perdana 10,
Taman Putra Perdana, Puchong,
Selangor.(Alamat terkini)

Nombor akaun CIMB:
12022935437526 / 7007285864

Nombor telefon yang sering digunakan: 012-231 2439

Nama akaun Facebook :
  • Deanna Syahmi
  • Shazlynn Lynn
  • Lynna Saari
  • Leesya Damia Damia
  • D Iyanz ahmad

Nama ibu: Azlin binti Abidin ( 011-1230 0080)
No. Mykad : 740402-08-5136


2. Muhammad Syafiq Syahmi bin zulkifli
No. Mykad: 950206-03-6105

E-1-5 Kiambang Apartment,
Taman Putra Perdana 47130,
Puchong, Selangor.

No. telefon: 017-478 1179

Nombor akaun Maybank : 16425877419

Nama akaun Facebook:
  • Lily Deanna Hunnyboo (adik)
  • Zawahir yusoff (mak)
  • Zulkifli zakaria (bapak)

Satu keluarga tidak kisah pun anak mereka jadi penipu. Tidak mahu berikan sebarang kerjasama langsung.


Kisah penipuan mereka pernah diceritakan di sini : Senarai Nama Penipu Online – Malaysia

Tolong share, viral dan sebarkan sebab diorang ni semakin berani dan aktif setiap hari dengan buat pelbagai akaun Facebook baru termasuk account Carousell, Mudah.my dan IM Sold untuk perdayakan orang.

Kemungkinan besar, gambar display profile Facebook dia pakai gambar orang lain. Tak pernah serik dan takut budak-budak ni selagi polis tak dapat tangkap diorang, selagi itu diorang berani.

Bantu saya sebarkan supaya tiada lagi mangsa mereka selepas ni. Terima kasih kepada yang banyak bagi maklumat pada saya. Terima kasih.

Boleh share jika nak, tak perlu minta izin.

INFO:

1. Anda juga boleh membuat semakan penipuan peniaga online iaitu dengan menyemak sama ada perniagaan mereka berdaftar atau tidak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui laman web SSM.

2. Melalui nombor pemilik akaun bank yang diberikan penjual atas talian, anda juga boleh buat semakan sama ada peniaga terbabit mempunyai laporan berkaitan dengan penipuan online melalui laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati ketika ingin membuat pembelian secara online. Adalah lebih baik berhati-hati sebelum duit milik anda dikebas begitu sahaja. - koleksiviral.com