Tuesday, 12 November 2019

Buah Durian Musang King Malaysia Kini Semakin Laris di Negara China

Durian Musang King Malaysia

Durian Musang King sememangnya amat terkenal di Malaysia kerana buah durian jenis D197 ini sangat berbeza daripada jenis-jenis raja segala buah ini. Keistimewaannya adalah sangat sedap selain isinya tebal serta berwarna kuning pekat dan tangkainya tiada duri.

Sejak dulu lagi, Durian Musang King sangat popular dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Masyarakat Cina tempatan amat menggemari buah ini dan tidak hairanlah pada masa ini raja buah atau Raja Kunyit ini juga semakin laris di negara China.

Durian Musang King Terkenal di China


Memetik laporan Berita Harian, Syarikat pemborong milik Alibaba Group, Pagoda, berhasrat memperkukuhkan pasaran import durian dari Malaysia bagi memenuhi permintaan industri di China.

Percaturan oleh syarikat pemborong hasil pertanian rentas sempadan yang berpangkalan di timur republik itu diambil selepas mendapati kualiti ‘raja buah’ dihasilkan Malaysia mempunyai potensi tersendiri, berbanding Thailand.

Nilai pasaran import Durian Musang King ke China dari Asia Tenggara ketika ini adalah sekitar 3 bilion renminbi (RM1.77 bilion). Dua negara yang menjadi pembekal utama permintaan pasaran domestik di China adalah Malaysia dan Thailand, yang masing-masing mempunyai kelebihan kualiti buah mengikut cita rasa pengguna.

Mengikut perangkaan semasa, nilai import buah durian dari Malaysia dalam anggaran 500 juta sehingga 700 juta renminbi (RM295 juta hingga RM414 juta), bergantung kepada kadar penghasilan mengikut musim.

Syarikat Pagoda akan terus berkerjasama dengan Malaysia dalam sektor import durian, malahan pada ketika ini, syarikat ini mempunyai kaedah pemilihan yang tersendiri di lokasi pengumpulan durian untuk memastikan hanya durian yang berkualiti saja diambil.

Ciri-ciri musang king history

Menurut laporan itu lagi, keunikan buah Durian Musang King dari baka yang paling laris dan diminati yang sehingga kini semakin mendapat permintaan yang luar biasa di China yang mana durian ini digemari kerana faktor rasa dan warnanya.
Negara Thailand juga turut menghasilkan buah Durian Musang King seperti mana Malaysia, namun dari segi kualiti, negara kita mempunyai banyak kelebihan dari segi cara penanaman dan juga kaedaah penuaian.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh membandingkan buah durian dari Malaysia dan Thailand memandangkan masing-masing mempunyai kelebihan dan ciri-ciri yang tersendiri dan ia sebenarnya bergantung terhadap permintaan dari pasaran China.

Menurut Berita Harian, Musang King yang dihasilkan di Malaysia lebih berkualiti berdasarkan buahnya dibiarkan sehingga masak di atas pokok sebelum dituai apabila jatuh ke tanah berbanding durian Thailand kerana buah dipetik lebih awal serta dibiarkan masak menggunakan kaedah mereka sendiri.

Asal Usul Buah Durian Musang King (Musang King History)

Berikut adalah info tambahan untuk anda yang ingin tahu apakah ciri-ciri atau jenis-jenis buah Durian Musang King dan bagaimana untuk mengenal Raja Kunyit ini serta asal usul buah ini. Dengan info ini sekurang-kurangnya anda mendapat sedikit pengetahuan. Sila tengok sampai habis ya.



Saya juga salah seorang peminat Durian Musang King ini, sedap tak terkata tapi nak beli pun setahun sekali kalau ada duit lebih. Harganya agak mahal mengikut kawasan dan negeri. Saya pernah beli di Lebuh Raya Karak dan juga Bentong. Sedap! - koleksiviral.com

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon