Saturday, 9 September 2017

Lelaki Berlagak Alim Mengaku Duda Kerana Nak Bernikah Dengan Perempuan Muda Rupanya Beristeri Empat

Lelaki Berlagak Alim Mengaku Duda Kerana Nak Bernikah Dengan Perempuan Muda Rupanya Beristeri Empat


Saya pernah belajar di pondok, seorang isteri kepada suami yang pernah menipu saya sebelum berkahwin dulu yang dirinya adalah duda.

Saya bukannya ingin meminta pendapat tetapi saya ingin semua berhati-hati dan berjaga-jaga dengan adik-adik perempuan kalian supaya jangan terperangkap dengan suami saya.

Saya baru sahaja mendapat tahu tentang suami saya yang kini kahwin lagi. Kiranya sekarang dia telah mempunyai 4 isteri. Tidak tercampur dengan beberapa skandal-skandal yang berada di luar sana. Tetapi, salah satu daripada empat isterinya telah diceraikan. Hari ini bercerai, esok akan tambah lagi satu. Dahsyatkan?

Kalau adik-adik perempuan kalian ada mengenal mana-mana lelaki, pastikan selidik betul-betul supaya tidak tertipu sepertimana saya sendiri. Suami saya ni, taklah kaya mana pun, korang jangan terpedaya. Rupanya, isteri pertama yang telah banyak membantu dia daripada segi kewangan.

Semasa saya mengenali suami saya, saya memang tahu yang dia mempunyai banyak hutang. Tapi biasalah, dia kata yang dia banyak hutang sebab orang selalu menipunya. Antaranya, isteri pertama yang buat hal sehingga menyebabkan dia bankrap.

Saya ingat perkara tersebut betul, rupanya dia sering mereka-rekakan cerita dan turut memburuk-burukkan isteri pertama, siap kata, dia telah menceraikannya sejak 4 tahun lalu.

Suami saya berasal dari utara, orang Kedah dan umurnya lingkungan awal 40 -an. Tak nampak tua tetapi muka awet muda sangat. Saya kahwin dengan dia kerana Allah dan ingatkan betullah jiwa raga dia terluka, sehingga saya ingin berikan semangat pada dia tetapi rupanya semuanya adalah perangkap semata-mata.

Saya baru sahaja dapat tahu tadi yang dia mempunyai isteri lagi satu. Saya tutup nama wanita tu, ada nampak sikit saja namanya 'isa'. Isteri pertama namanya 'mi', saya tak mahu berikan nama penuh kerana seperti mengaibkan mereka.

Pekerja suami saya ada mengatakan yang perempuan yang bernama 'isa' itu, hanya mahukan duit saja tetapi dia termasuk ke dalam lubang sendiri. Dia ingat berkahwin dengan suami saya, dia akan dapat banyak duit. tetapi rupanya dia dijadikan kuli, kesian dia.

Menurut kata pekerja suami saya lagi, suami saya adalah seorang kaki pukul, perempuan tersebutlah yang sering dipukulnya, kesian. Saya tak tahu nak tolong macam mana dan saya sekarang sedang buntu serta dalam dilema.

Di sini saya serta beberapa gambar screenshot perbualan antara saya dan pekerja suami saya serta perbualan saya sendiri bersama suami.





Alhamdulillah, saya bersukur, selama saya berkahwin dengan suami saya, tidak sekali pun suami saya menjadikan saya kuli dan saya tidak pernah dipukul. Kedua-dua benda ni saya tidak pernah kena. Mungkin dia tidak berani, sebab dulu saya selalu berikan tazkirah pada dia. Mungkin kerana itulah dia menghormati saya, kot.

Pada masa sekarang, saya pula ingin menuntut cerai pada bulan 12 nanti selepas saya bersalin. Kepada semua wanita-wanita yang berada di luar sana, sila berhati-hati sebab dia masih mempunyai satu lagi kuota selepas bercerai dengan saya nanti.

Jangan sampai kena tipu dengan suami saya ni. Jangan ingat dia bawa kereta besar dia solat tak pernah tinggal, dia berikan nasihat yang baik-baik, kalian fikir dia lelaki yang sempurna? Kalian memang silap, suami saya ni memang pandai berpura-pura baik.

Suami saya orangnya tinggi, kurus sikit, ada lesung pipit, berkulit hitam manis, berusia 40 hingga 41 tahun dan berasal dari Kedah. Dia mempunyai bisnes sendiri kecil-kecilan, tetapi kadang-kadang dia juga suka menipu umurnya. Tolong cek kad pengenalannya jika ingin tahu umur sebenarnya.

Saya tidak mahu mendedahkan nama suami dan tak nak tunjukkan muka suami kerana saya risau nanti ada yang mengatakan saya membuka aib suami sendiri. tetapi saya dah berikan ciri-ciri suami saya, rupanya macamana, dia kerja apa, jadi berhati-hatilah.

Orang bisnes seperti suami saya bukannya semuanya baik dan nampak saja duit berkepul-kepul tetapi duit itu sebenarnya untuk dibayar hutang.

Satu lagi, saya bukannya berkahwin di Thailand ya. Mungkin ada salah saya juga macamana saya boleh kena tipu, rupanya dia suami orang. Lagipun saya tinggal dengan mak saya. Mak saya buta huruf dan tidak tahu membaca. Semasa nak kahwin, saya serahkan bulat-bulat pada suami kerana pada masa tu saya hanya fokus pada mengaji dan mungkin saya ada buat kesilapan juga.

Yang bestnya, keluarga suami saya ni kuat betul sembunyikan hal sebenar, tapi saya tak salahkan mak mertua saya. Saya sangat berharap selepas ini mak mertua dan kakak ipar saya itu diberikan kekuatan untuk jujur dengan semua bakal-bakal menantu. Jangan sembunyikan perkara yang sebenar, kesian, masih ada yang jadi mangsa lagi. Selepas ini tak tahulah siapa yang akan menjadi mangsa berikutnya.

Kita jangan terlalu sangat seronok, takut nanti terkena pada adik-adik perempuan kita sendiri. Perhatikan adik-adik perempuan kalian, ada tak yang berkahwin secara senyap-senyap. Kerana suami saya biasanya akan ajak perempuan-perempuan tu kahwin senyap-senyap. Nanti dijadikan kuli dan kena pukul, nasib koranglah ya.

Lagi satu ciri-ciri suami saya, dia suka buruk-burukkan isteri dia. Saya ni kahwin dengan dia punyalah ikhlas. Ingatkan nak berikan semangat pada dia, nak jadi penawar walaupun saya tahu dia banyak hutang keliling pinggang. Ingat nak hidup susah senang bersama, rupanya dia seorang penipu. Saya yang sedang mengandungkan anak dia ditinggal-tinggalkannya.

Wahai suamiku, berubahlah, dapat penyakit nanti kalau mengadakan hubungan dengan ramai perempuan. Beristeri empat pun tak cukup. Nak adakan skandal lagi, tak faham betul. Sekurang-kurangnya kasihanilah saya. Allah itu mendengar doa-doa orang yang teraniaya. Cepat sangat terbongkar.

Isteri-isteri dia yang lain masih lagi tidak tahu tentang hal ini, saya seorang saja yang tahu segalanya, berkat selawat, Alhamdulillah.

Saya ingin kongsikan satu tips dengan kalian. Amalkan selawat ke atas Nabi setiap hari sebanyak mungkin. Berniat semoga dengan berkat selawat, Allah hindarkan kita dari segala fitnah-fitnah dunia. In sha Allah, sekejap saja Allah tunjukkan apa yang orang buat jahat di belakang kita. Lebih-lebih lagi kejahatan suami sendiri. Sekian. - www.koleksiviral.com

Thursday, 10 August 2017

Remaja Lelaki 16 Tahun Ditahan Selepas Didakwa Rogol Adik Kandung 13 Tahun Sehingga Mengandung 7 Bulan

Remaja Lelaki 16 Tahun Ditahan Selepas Didakwa Rogol Adik Kandung 13 Tahun Sehingga Mengandung 7 Bulan

Kecoh di media sosial apabila seorang remaja lelaki yang berusia 16 tahun dipercayai telah ditahan polis kerana dakwaan merogol adik perempuannya yang berusia 13 tahun pada Oktober tahun lalu.

Laporan dari The Star menyatakan remaja terbabit didapati melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap adik kandungnya sendiri pada tahun lalu dan tiada sesiapa pun yang menyedari akan kejadian berkenaan, sehinggalah bapanya seperti mengesyaki ada sesuatu yang terjadi kepada anak perempuannya itu setelah melihat perubahan fizikal anaknya itu.

Gambar hiasan
Dek kerana merasakan ada yang tidak kena, bapanya telah membawa anak perempuannya berjumpa dengan seorang doktor di hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kemudiannya, barulah dia mendapat tahu bahawa anak perempuannya itu disahkan telah hamil tujuh bulan.

Desakan demi desakan dan juga soal siasat dilakukan oleh ibu bapa gadis itu, akhirnya dia telah mengaku yang dirinya telah dinodai oleh abang sulungnya sendiri yang selama ini merogolnya tanpa kerelaannya.

Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Yussof, gadis terbabit mengakui bahawa dirinya telah dirogol lebih dari 10 kali sewaktunya bapanya keluar berkerja sebagai seorang pengawal keselamatan, jelasnya.

Akibat berang akan kejadian itu, ibu bapa remaja terbabit dengan segera melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dan remaja lelaki tersebut telah ditahan di atas pertuduhan merogol adik kandungnya pada jam 12.30 malam pada Selasa lalu.

Polis turut memaklumkan bahawa remaja lelaki terbabit kini ditahan reman sehingga Ahad ini dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Bagaimana semua ini berlaku? Kerana nafsu sanggup lakukan apa saja sehingga tak kenal siapa adik dan siapa orang lain. Kesian, damailah engkau dalam penjara..
Jasa Isteri Takkan Mampu Saya Balas Yang Telah Mengandung & Melahirkan Zuriat Saya.. - Taufiq Razif

Jasa Isteri Takkan Mampu Saya Balas Yang Telah Mengandung & Melahirkan Zuriat Saya.. - Taufiq Razif


"Abang tak beli kek untuk anak kita?" soal isteri.

Saya tahu hari ini, 8 Ogos 2017, bersamaan dengan birthday pertama anak lelaki saya, Muhammad Solahuddin. Isteri tanya saya nak beli kek atau tak untuk birthday boy itu tetapi saya cuma diamkan saja. Saya pilih untuk ke pasar basah! Saya beli empat ekor ikan selar dan seplastik cili.

Balik ke urmah, saya seorang terkontang-kanting di dapur dan saya biarkan isteri berehat dengan anak-anak di ruang tamu. Akhirnya siaplah juga resepi rahsia saya. Ikan bakar beraroma limau dimakan bersama petai dan budu pedas.

Isteri saya pelik, kenapalah saya tak menyambut birthday si Muhammad Solahuddin itu. Sebenarnya hari ini saya memilih untuk menghargai pengorbanan isteri saya melebihi saya bersyukur dengan kelahiran birthday boy itu. Saya takkan lupa betapa teruknya isteri saya muntah-muntah (hyperemesis gravidarum) hampir 9 bulan akibat hamilkan si birthday boy itu!


Saya takkan lupakan betapa peritnya pengalaman isteri saya yang mengalami premature contraction sehingga hampir keguguran si birthday boy itu akibat kepenatan yang melampau ketiak bertugas di bahagian kecemasan! Saya takkan lupa bagiamana isteri saya hampir melahirkan di dalam kereta semasa hampir melahirkan si birthday boy itu.

Bayangkan, waktunya cuma dua jam sahaja antara regular contractions dengan waktu isteri saya mengalami pembukaan 10 cm dan akhirnya melahirkan!

Saya takkan lupa pada riak wajah isteri saya yang kerisauan paabila bacaan bilirubin si birthday boy itu melebihi paras normal dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk fototerapi walaupun baru berumur beberapa hari.

Masih banyak yang saya tak boleh lupakan tetapi cukuplah isteri saya tahu bahawa saya takkan mampu membalas jasanya mengandungkan dan melahirkan zuriat saya. Jadi hari ini saya tekad, saya nak buat dia bahagia! Itu yang saya masak menu istimewa untuk dia tadi.


Saya pernah nampak dia lahap petai dan budu macam lahap popcorn. Itu yang saya masak menu berlaukkan petai dan budu malam ini. Biarlah bukan Me'nate. Biarlah bukan Sushi King. Biarlah bukan Meatball Ikea sekalipun, yang penting saya tahu menu kali ini boleh membuatkan si dia tersenyum lebar sampai ke telinga.

P/S: Update, Alhamdulillah. Tadi selepas bancuhkan kopi arabica Nomad Barista Coffee, si dia datang duduk di tepi saya, pegang bahu saya dan padang saya dengan penuh pandangan cinta!

Betullah pegangan saya selama ini. Kalau sampai saja birthday kita, yang patut kita hargai adalah orang yang mengandungkan kita, bukan menuntut orang menghargai kewujudan kita semata-mata.

Mulai saat ini, jom kita lebih menghargai insan bergelar wanita dan ibu kepada anak-anak kita.

Penulis: Dr. Taufiq Razif

Monday, 7 August 2017

Wanita Terkilan Penggunaan Safety Harness Untuk Anaknya Dikritik & Dikatakan Diikat Seperti Binatang

Wanita Terkilan Penggunaan Safety Harness Untuk Anaknya Dikritik & Dikatakan Diikat Seperti Binatang

Semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil seringkali disarankan agar memakai safety harness untuk mengelakkan berlakunya kes kehilangan anak atau anak diculik dan sebagainya. Tetapi, amat menyedihkan apabila ada segelintir pihak masih lagi tidak boleh menerima penggunaan alat ini sebagai langkah keselamatan tetapi dikatakan umpama mengikat binatang.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap sesetengah pihak yang dikatakan telah memandang sinis dan mengetawakannya apabila memakai hand harness demi keselamatan anaknya. Ikut perkongsian beliau.


Semalam saya pergi ke shopping mall, saya pakaikan anak saya safety harness ini. Saya tahu anak saya jenis yang macam mana, dia tidak suka orang pimpin tangannya. Dia lebih suka jalan sendirian. Kalau kami lepaskan tangan dia, tak sampai dua saat saja dia dah lari seperti lipas kudung.

Semua orang tengok semalam, tetapi tengok dengan pandangan yang pelik. Tak tahu kenapa, mungkin mereka fikir kami agak melampau dengan mengikat anak seperti ini. Ramai juga yang gelakkan saya semalam.

Yang tak boleh 'blah' bila ada seorang lelaki bukan main kuat dia gelak. Terdengar dia kata "Dah macam ikat menate (binatang) dah. Saya rasa nak cilikan saja mulut dia yang kurang ajar itu. Dah tua pun, tetapi mulutnya  bukan main jahat.

Saya beritahu pada suami dan dia kata, "Ikut dia lah, kalau anak kita hilang, bukan dia yang nak tolong cari pun. Kita yang menanggung sengsara," kata suami.

Cukuplah anak saya dah pernah hilang dua kali. Tak sanggup lagi dah nak melalui kejadian yang sama seperti itu. Boleh jadi gila dibuatnya.

Tak tahulah masyarakat kita ini, sangat payah nak ambil iktibar dari pengalaman orang lain. Sudah ramai yang kongsi pengalaman anak mereka hilang tetapi bila kita amalkan keselamatan sebegini dianggap mengamalkan pemikiran kuno sangat.  Cubalah berfikiran terbuka sikit.

Di negara barat, benda seperti ini boleh dikatakan wajib bagi mereka. Kita di Malaysia sahaja yang akan dipandang jelik jika buat begini. Mereka pandang kita seperti kita ibu bapa yang jahat dan mementingkan diri.

Kalau anak saya hilang, awak (yang jenis suka mengkritik) nak tolong carikan ke? Lebih baik saya buat begini dari saya menyesal di kemudian hari.

Yang gelakkan saya semalam, suatu masa nanti bila anda dah ada anak, jagalah anak baik-baik. Jangan sampai anak dah hilang, menyesal sepanjang hayat. Menangis air mata berdarah sekalipun tak guna dah.

Cuba berfikiran terbuka sedikit. Kita di Malaysia sudah bermacam-macam kes yang berlaku, yang melibatkan kanak-kanak. Ambil iktibar dari pengalaman orang lain. Contoh seperti Sarah dan Shuib yang kehilangan anak selama tiga minit, rasa macam nak mati, tahu?

P/S: Anak saya kalau pergi mall, dia fikir dia pergi ke taman gula-gula. Habis dia berlari sana sini. Bila diikat begitu, rasa aman sedikit.

Luahan Hati Ummi Damia

Thursday, 3 August 2017

Luahan Hati Isteri Yang Menanti Suaminya Kini Koma 91 Hari Akan Sedar Dan Hidup Bahagia Meruntun Hati Sesiapa Saja

Luahan Hati Isteri Yang Menanti Suaminya Kini Koma 91 Hari Akan Sedar Dan Hidup Bahagia Meruntun Hati Sesiapa Saja


Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, pasti ada badai yang melanda dalam menempuh kehidupan berumahtangga. Suami isteri biasanya akan menempuh berbagai ujian dan harus tabah serta redha dengan segala dugaan yang mendatang.

Itulah yang berlaku kepada seorang isteri yang dilihat begitu tabah menghadapi ujian yang diberikan, Siti Rohayu seorang wanita cekal menjaga suaminya yang tersayang yang telah koma selama 91 hari terlantar di rumah akibat terlibat satu kemalangan jalan raya.

Selama 3 bulan lebih wanita ini membelai suaminya bagai menatang minyak yang penuh, malah turut berdoa tidak putus-putus agar suaminya itu sembuh seperti biasa, seperti sebelum ini di mana mereka begitu bahagia meredah kehidupan ini.


Hari ke 91

Alhamdulillah, terima kasih dengan berkat doa-doa semua, kakak hari ini dah tak demam lagi, dah boleh pergi sekolah, tinggallah umi dengan aby dan adik di rumah.

Setiap hari benda yang sama sayang lakukan, tidak pernah walau sekali merasa bosan dan letih, tidak pernah sekali merasa jemu. Sayang tak pernah mengeluh.

Setiap hari bila sayang buka mata, sayang akan bersyukur sebab masih bernafas, masih dapat bersama menjaga anak-anak dan aby. Sabar ye aby, sedikit masa lagi, sayang yakin aby akan sedar.

Sikit pun sayang tak merasa takut melihat keadaan kita sekarang, tak pernah sekali sayang fikirkan apa yang akan terjadi pada sayang dan anak-anak kita bila aby dalam keadaan macam ni. Sebab sayang yakin, walaupun ambil masa yang lama, aby pasti akan sedar, kalaulah aby tak sedar juga, jangan risau pasal kami, sebab kami tak akan tinggalkan aby.

Kita akan tinggal macam ni, seperti hari ini, hidup kita pasti akan bahagia seperti orang lain, sebab kita boleh bersama-sama. Sayang yakin, perancangan Allah yang terbaik untuk kita, aby jangan pernah lupa Allah.

Semoga segalanya dipermudahkan bagi keluarga Puan Siti Rohayu. - www.koleksiviral.com

Wednesday, 2 August 2017

Pereka Fesyen Cipta Baju Canggih Untuk Kanak-Kanak, Jimat Tak Perlu Beli Baju Anak Selama 3 Tahun

Pereka Fesyen Cipta Baju Canggih Untuk Kanak-Kanak, Jimat Tak Perlu Beli Baju Anak Selama 3 Tahun


Semua ibu bapa pasti bersetuju bahawa anak-anak yang dididik mereka dari kecil itu telah membesar sekelip mata dengan cepat sekali. Dek kerana tumbesaran anak itu pasti baju yang dibeli tahun lalu tidak dapat dipakai lagi walaupun kondisi baju masih lagi elok dipakai. Perkara ini pasti akan merungsingkan ibu bapa kerana setiap anak harus dibeli pakaian baru walaupun baju lama masih lagi elok disimpan.

Kini semua kerungsingan ibu bapa tidak lagi menjadi masalah kerana seorang pereka fesyen dari London telah berjaya menciptakan satu pakaian khas untuk bayi seawal umur 4 bulan sehingga 36 bulan. Kecanggihan baju tersebut direka dengan berubah saiz serta turut seiring dengan pertumbuhan badan anak-anak. Macam tak percaya tapi kenyataan!

Pakaian khas tersebut dikenali sebagai 'Petit Pli' yang telah dicipta dengan sistem lipatan atau lisu pakaian yang canggih di mana ia dikatakan boleh mengembang beberapa kali ganda dan turut kembali kepada saiz asalnya. Keadaan itu menyebabkan ia tidak akan menjadi terlalu besar atau tidak terlalu kecil untuk mereka. Kalau harga berpatutan mesti mak ayah akan beli, kan?









Menurut pereka fesyen berkenaan, Ryan Mario Yasin, Petit Pli boleh berubah bentuknya bersesuaian dengan pergerakan kanak, dan bayi memerlukan sekurang-kurangnya 7 saiz pakaian sepanjang 2 tahun pertama mereka membesar yang menyebabkan terdapat berbagai jenis pakaian yang masih elok tetapi didapati terlalu kecil untuk dipakai mereka. Keadaan ini pasti memaksa ibu bapa akan lebih kerap membeli pakaian untuk anak mereka." Lepas ni tak perlu beli selalu!

Menurut Yasin lagi, Petit Pli dicipta menggunakan material khas yang kalis air dan juga ringan, tetapi ia masih mempunyai ruang untuk badan bayi bernafas.

Ianya turut menggunakan material tahan lasak dan diilhamkan daripada seni Origami lama Jepun dan ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang biasanya cukup aktif untuk meneroka keadaan sekeliling mereka. Yasin turut memberikan jaminan bahawa pakaian itu selamat dibasuh dengan menggunakan mesih basuh. Memang terbukti katanya!

Sehingga kini pereka fesyen ini dipercayai sedang mencari rakan kongsi dan turut mengumpul dana bagi mengeluarkan pakaian khas tersebut menerusi pasaran Britain.


Petit Pli adalah sesuatu yang sangat kreatif dan hebat, malah ia dilihat untuk menjimatkan kos serta dapat mengurangkan kadar pembaziran yang dijana melalui industri fesyen.


Semoga rakyat Malaysia juga mempunyai peluang untuk memiliki pakaian untuk anak-anak ini dengan harga mampu milik setelah tiba di pasaran Malaysia nanti. - www.koleksiviral.com

Tuesday, 1 August 2017

Bila Anak-Anak Besar Di Depan Mata, Pasti Kita Akan Rindu Gelagat & Karenah Mereka Satu Masa Nanti

Bila Anak-Anak Besar Di Depan Mata, Pasti Kita Akan Rindu Gelagat & Karenah Mereka Satu Masa Nanti


Menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak adalah perkara utama yang harus dihadapi oleh ibu bapa. Bermacam cabaran dan ujian seringkali ibu bapa tempuhi ketika menjaga anak-anak yang pasti ada suka duka di dalamnya.

Bermacam cara dan tips yang dipelajari untuk membesarkan anak, malah turut mempraktikkannya demi untuk kebaikan anak-anak dan keluarga. Walau bagaimanapun, ketika melihat anak sedang membesar di depan mata semakin hari semakin banyak perubahan tentunya satu masa nanti kita akan rindu gelagat dan karenah anak-anak pada satu masa dulu.

Jom ikuti perkongsian dari Nur Firdaus.

Bila tengok anak-anak tidur, sedih bila teringat apa yang mereka lalui siang tadi. Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tetapi mereka stay cool. Selepas itu minit, mereka happy semula.

Keesokannya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka bermain, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi.


Loop ini berterusan sehinggalah sampai satu hari nanti, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi di depan kita. Tidak lama selepas itu, mereka tidak lagi melompat-lompat di atas sofa dan katil. Tidak lama selepas itu, tiada lagi berlari-lari dua beradik dari ruang tamu masuk ke bilik tidur dapur sampai terjatuh bunga kita.

Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun dah tak nak. Dicium puas-puas seperti dulu pun tak mahu. Rimas dah didukung-dukung seperti dulu. Segan dah nak diajak baring di pangku sambil kita baca-baca.


Tiada lagi memori hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam lubang tandas.

Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu. Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment-moment Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya.


Alhamdulillah dia masih setia meminta saya memegang tangannya selalu. Nanti bila dah sekolah, duduk pula di asrama, mesti lagi sunyi, kan?

Oleh: Nur Firdaus
"Tidak Terkira Entah Berapa Kali Saya Lakukan Perbuatan Terkutuk Itu Sehingga Tingkatan 4 Saya Disahkan Mengandung.."

"Tidak Terkira Entah Berapa Kali Saya Lakukan Perbuatan Terkutuk Itu Sehingga Tingkatan 4 Saya Disahkan Mengandung.."


Kita sering mendengar berbagai kisah yang melibatkan remaja sekolah yang rosak akhlaknya akibat kedegilan sendiri, malah selepas mereka terlanjur dengan perbuatan terkutuk itu, bayi yang dikandung dan tidak berdosa itu dibuang begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

Namun, mungkin ramai yang tidak pernah tahu tentang remaja-remaja yang didapati telah terlanjur sehingga melahirkan anak mempunyai keinginan untuk membesarkan serta menjaganya sendiri sangat jarang ditemui.

Perkongsian yang amat menyentuh hati dari laman Facebook Baitus Solehah telah menceritakan segala-galanya yang mungkin dapat memberikan pengajaran dan teladan kepada remaja yang menghadapi masalah yang sama.

"Sewaktu umur 14 tahun saya sudah mula bercinta. Curi-curi untuk keluar rumah untuk berjumpa dengan kekasih.

Setelah diketahui oleh abang kandung atas perbuatan saya, saya dipukul disepak, hati remaja saya memberontak. Makin dilarang, makin saya dendam."

Gambar hiasan
Gadis ini yang masih bersekolah tetap berdegil ingin meneruskan cintanya biar pun telah dihalang oleh abang sendiri dan sanggup ponteng sekolah hanya semata-mata ingin berjumpa kekasihnya, malah dia begitu berani bersama kekasih hatinya di atas katil.

Pada usia 16 tahun sewaktu di tingkatan 4, dia mengaku telah melakukan perbuatan terkutuk itu sehinggakan tidak terkira banyaknya. Akibat perbuatan itu badan gadis comel ini mengalami perubahan sehinggakan ditegur oleh jiran-jiran, saudara mara dan kawan-kawannya apabila bentuk badannya kelihatan semakin berisi.

Gambar hiasan
"Saya sembunyikan kandungan sehingga 6 bulan. Akhirnya satu malam mama saya memanggil masuk ke dalam bilik dengan wajah yang penuh dengan linangan air mata. Mama bertanyakan saya, adakah saya mengandung..."

Setelah beberapa kali dipaksa mengakui perbuatannya, gadis itu terus menangis dan menangis. Akhirnya setelah hampir satu jam lamanya, dia membuka mulut dan memberitahu pada ibunya bahawa dia sedang mengandung.

"Hancur luluh hati mama. Di pagi hari keesokannya, saya bersiap untuk ke sekolah seperti biasa, perut saya masih terlindung dengan baju kurung yang besar. Sewaktu hendak keluar rumah mama telah pun menunggu di depan pintu.

Baru saya tahu yang mama semalaman berjaga kerana takut saya melarikan diri. Mama telah mengunci pintu pagar kerana melarang saya pergi ke sekolah.."

Gambar hiasan
Selepas ibunya menyedari dia mengandung, ibunya telah pergi ke sekolah berjumpa dengan guru kelasnya dan berbincang untuk memberhentikan gadis itu dari meneruskan persekolahannya dengan alasan mahu berpindah ke kampung untuk menemani neneknya yang uzur.

Selepas gadis itu diberhentikan sekolah, ibunya telah mencari tempat perlindungan untuknya memandangkan perutnya semakin kelihatan dan membesar.

Gadis itu diletakkan di rumah makcik saudaranya selama seminggu sementara ibunya mencari tempat perlindungan.

"Akhirnya mama jumpa rumah perlindungan Seri Raudhah. Semua ahli keluarga pandang hina kepada saya.

Sang lelaki bersuka ria di saat saya kesedihan menanggung beban di atas perbuatan bersama. Keseronokkan yang dinikmati cuma sementara. Kedegilan saya dahulu telah membawa padah untuk diri sendiri menanggungnya.."


Setelah selama 2 bulan gadis itu berada di Seri Raudhah dia akhirnya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Ain Faseehah.

"Saat saya diberitahu anak yang baru dilahirkan akan diserah kepada keluarga angkat, saya merasa hidup saya sudah mati.
2 minggu tidur bersama, menjaga siang malam, menyusukan, dan akhirnya anak saya diserahkan kepada keluarga angkat.."

"Hati saya sedih bercampur marah . Saya persoalkan mengapa mama tak nak ambil cucunya. Kenapa saya tidak ada hak ke atas anak yang saya lahirkan. Kenapa Seri Raudhah sanggup memisahkan seorang anak dengan ibu.."

"Sewaktu penyerahan anak, saya tiada bersama. Sedih sangat. Saya tidak diperkenalkan kepada keluarga angkat, hanya mama saja yang bertemu mereka.."

"Selepas beberapa bulan saya di Seri Raudhah pelbagai ilmu agama telah dipelajari. Sehingga saya dilantik menjadi naqibah dalam kumpulan tadarus."

"Saya pernah merasa hari raya tidak dapat bersama keluarga. Sedih, tapi saya tahu Allah sentiasa ada, hati merasa tenang.
Selepas keluar dari Seri Raudhah saya langsung tidak mengetahui khabar berita tentang anak saya."


"Hanya doa yang saban hari saya titipkan semoga Nur Ain Faseehah sihat dan sentiasa rindu untuk bertemu mama kandungnya.."

"Pesanan kepada keluarga angkat di luar sana, janganlah zalim memisahkan anak dengan ibu kandung,langsung tidak membuka ruang untuk mempertemukan anak dengan ibu kandungnya. Janganlah terlalu tamak kasih sayang, anak itu cuma pinjaman, bila-bila pun Allah boleh ambil semula.."

Kepada semua remaja, berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu adalah langkah yang bijak untuk menentukan masa depan sendiri, sambil memikirkan akibatnya adalah salah satu cara untuk menghindari diri dari melakukan sesuatu yang dilarang. - www.koleksiviral.com