Sunday 28 January 2018

Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Bagi Anak Yang Lahir Tahun 2012 & 2013 Ambilan 2019 & 2020

Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Bagi Anak Yang Lahir Tahun 2012 & 2013 Ambilan 2019 & 2020

Daftar Secara Online SPATKPM

Sekiranya anda mempunyai anak yang dilahirkan pada tahun 2012 dan 2013 iaitu yang berumur 5 dan 6 tahun pada masa ini. Jangan lupa untuk membuat pendaftaran murid tahun 1 secara online pada bulan Mac nanti untuk kemasukan sesi tahun 2019 dan 2020 . Ini kerana pendaftaran tersebut dibuka lebih awal iaitu 2 tahun sebelum persekolahan. Perkara tersebut dilakukan untuk memudahkan urusan serta penempatan di sekolah yang menjadi pilihan masing-masing.

Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tersebut diwujudkan adalah untuk memudahkan semua ibu bapa untuk membuat permohonan sekolah untuk anak mereka yang akan mula masuk darjah satu nanti. Jadi, ibu bapa tidak lagi perlu bersusah payah pergi ke sekolah untuk memohon serta mengambil borang atau mendaftar secara manual untuk daftar anak tahun 1.

Cara untuk mendaftar secara online bagi tahun 1 tidaklah sesukar mana, anda perlu membuat pemilihan sekolah yang anda rasakan sesuai untuk anak. Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu membuat pendaftaran kali pertama iaitu permohonan baru Daftar Pengguna Baru untuk mendapatkan akaun sendiri supaya sistem tersebut dapat diakses dengan sepenuhnya sebelum mendaftar permohonan untuk anak di bawah jagaan bagi tahun 1 sesi 2019-2020.

daftar sekolah anak tahun 1
Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Semenanjung Malaysia

Permohonan Tahun 1 Ambilan Sesi 2019/2020

Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2012 (berumur 6 tahun pada 2018), yang lahir pada 2013 (berumur 5 tahun pada 2018) atau yang lahir pada 1 Januari 2014 (berumur 4 tahun pada 1 Januari 2018), wajib ambil tahu tentang perkara ini.

Ini sebagai peringatan untuk diri sendiri yang terlepas Pendaftaran Online Tahun Satu, Amna, pada tahun lepas ketika Amna berumur lima tahun.

Seperti biasa, ayat ini keluar "Alah, tahun depan kan ada" sedangkan tahun depan (tahun ini 2018) saya perlu berebut untuk daftar dan tak boleh lupa atau Amna tak bersekolah.

Garis panduannya begini:

1. Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.

2. Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2018 - https://public.moe.gov.my

3. Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi, boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

4. Dokumen yang diperlukan
  • Sijil lahir anak (salinan + asal)
  • Kad Pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  • Surat nikah/cerai (salinan + asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

5. Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed nombor 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.

Sumber: Maryam Jamilah

INFO:

Daftar sekolah darjah 1 online
Foto : Koding KN

Untuk ibu bapa yang bercadang untuk daftar pada waktu tepat jam 12 malam pada 1 Mac 2018 nanti, anda diminta bersabar. Anda mungkin akan mengambil masa untuk login dalam masa beberapa jam. Teruskan usaha untuk mendaftar kerana talian berkemungkinan akan sibuk kerana mungkin terlalu banyak permohonan dan pendaftaran pada masa yang sama.

Permohonan ini adalah satu permohonan untuk penempatan kanak-kanak yang akan memasuki sekolah. Namun, JPN atau PPD atau PPB tidak memberi sebarang jaminan bahawa kanak-kanak tersebut akan ditempatkan di sekolah seperti mana yang dinyatakan dalam borang permohonan penempatan sekolah.

Semakan status keputusan permohonan dijangka boleh diketahui bermula pada tarikh Julai hingga Ogos 2018 menerusi sistem aplikasi yang sama dimana anda memohon untuk kemasukan 2019 dan 2020. Sekiranya berjaya, anda perlu mencetak Surat Penempatan tersebut dak kemudiannya menghantar ke sekolah berkenaan serta membawa sijil lahir asal anak.

Untuk permohonan yang tidak berjaya pula, anda dibolehkan membuat Permohonan Rayuan Penempatan Semula melalui sistem yang sama dan semakan keputusan rayuan juga boleh diketahui pada bulan Oktober nanti dan tarikh tersebut akan dinyatakan menerusi laman web yang sama.

Semoga bermanfaat. - Koleksiviral.com

Friday 19 January 2018

Download Aplikasi Semakan BR1M Untuk Cek Status Permohonan

Download Aplikasi Semakan BR1M Untuk Cek Status Permohonan

Kemaskini online ebrim

Untuk semakan BR1M 2018 kini menjadi lebih mudah selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membangunkan satu aplikasi mobile untuk pengguna yang ingin menyemak status permohonan, status penghantaran borang, status rayuan dan status bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Melalui satu kenyataan yang dinyatakan LHDN, pemohon BR1M kini boleh memuat turun aplikasi tersebut melalui Play Store atau juga dikenali sebagai Google Play untuk mereka yang menggunakan platform Android dan App Store untuk pengguna platform iOS.

Aplikasi ini akan memudahkan lagi urusan pemohon untuk melakukan semakan tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau pun beratur panjang di kaunter-kaunter cawangan BR1M di seluruh Malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi, mohon orang ramai perlu memastikan bahawa aplikasi berkenaan yang dimuat turun adalah merupakan aplikasi tulen yang telah dibangunkan oleh LHDNM melalui platform masing-masing mengikut jenis telefon milik pemohon yang memohon bantuan.

Pemohon juga hanya perlu download aplikasi tersebut dari Play Store atau App Store dengan kata carian 'Semakan BR1M' serta mengikut arahan yang mudah yang telah disediakan melalui aplikasi LHDNM tersebut. Cara semakan melalui aplikasi adalah cara yang sangat mudah untuk buat semakan kerana segalanya hanya di hujung jari sahaja. - Bernama

Contoh Paparan Aplikasi BR1M

Semakan mybrim
Paparan Laman Utama Aplikasi BR1M

Cek brim online
Paparan Semakan Status Permohonan BR1M

Link Download Aplikasi LHDN seperti berikut:

Jadual Pembayaran BR1M 2018

Kategori 1

Februari - RM450
Untuk individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Kategori 2

Feb - RM300
Jun - RM300
Ogos - RM300
Untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 - RM4,000.

Kategori 3

Feb - RM400
Jun - RM400
Ogos - RM400
Untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

INFO BR1M 2018

Anda juga boleh buat semakan secara online MyBR1M 2018 melalui internet di laman rasmi BR1M LHDN, sama ada untuk kemaskini, syarat kelayakan, semak status permohonan, buat permohonan baru, download borang, maklumat serahan borang, senarai bank yang terlibat dan sebagainya. Dengan cara ini juga anda boleh mendapatkan panduan lengkap secara keseluruhannya tentang bantuan dari kerajaan Malaysia ini.

Sila klik pautan rasmi di bawah:

BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia

Thursday 18 January 2018

Kadar Bayaran Terkini Buat Passport Antarabangsa Malaysia & Pembaharuan Secara online

Kadar Bayaran Terkini Buat Passport Antarabangsa Malaysia & Pembaharuan Secara online

Cara buat pasport Malaysia antarabangsa

Jabatan Imigresen Malaysia telah pun membuat pengumuman tentang kadar bayaran untuk memperbaharui atau membuat passport Antarabangsa Malaysia bagi tempoh selama lima tahun dari tarikh dikeluarkan untuk semua warganegara Malaysia adalah sebanyak RM200 bagi satu pasport.

Ini bermakna harga bayaran yang terbaru itu telah dikurangkan sebanyak RM100 jika dibandingkan dengan kadar bayaran asal yang terdahulu iaitu sebanyak RM300. Pengurangan ini juga menunjukkan kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa untuk tempoh sah selama dua tahun pada tahun 2017 juga telah dimansuhkan.

Kadar Bayaran Pasport Malaysia 2018


Perbaharui Passport Malaysia

1. Pemohon biasa (13 Tahun hingga 59 Tahun) – RM200

2. Warga Emas (60 Tahun ke atas) – RM100

3. Kanak kanak (12 Tahun dan ke bawah) – RM100

Kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun digalakkan membawa gambar bersama semasa membuat permohonan mengikut sepsifikasi yang telah ditetapkan.

4. Siswazah Luar Negara (bawah 21 tahun) – RM100

Pelajar yang berumur 21 tahun dan ke bawah yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Institut Pengajian Tingg (IPT) di luar negara perlu mengemukakan dokumen sokongan yang berikut;

  • A. Surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa atau tajaan.
  • B. Resit yuran pendaftaran
  • C. Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar).
5. Jemaah Haji – RM100

Surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang telah dilantik perlu dibawa bersama semasa membuat permohonan pasport.

6. Orang Kelainan Upaya (OKU) – Percuma

Golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu membawa Kad Pendaftaran yang telah dikeluarkan oleh JKM sebagai bukti kebenaran.

Cara Terkini dan Panduan Buat Pasport Malaysia Antarabangsa

Sebelum membuat permohonan untuk mendapatkan pasport Antarabangsa, anda disarankan untuk mengetahui serba sedikit tentang garis panduan bagaimana untuk membuat pendaftaran dan memohon pasport sebelum mengisi borang.

Dokumen, gambar pasport, harga kos bayaran, keperluan, kegunaan, surat sokongan dan syarat-syarat untuk dapatkan passport adalah antara perkara penting yang harus anda ketahui dan senaraikan untuk isi borang permohonan nanti sama ada dalam talian atau hadir ke pejabat Imigresen.

Berikutnya adalah maklumat tentang bagaimana untuk buat permohonan pertama kali atau yang baharu. Sila klik pautan di bawah ini:

Garis Panduan dan Prosedur Permohonan Baharu Passport Malaysia Antarabangsa

Cara Permohonan Renew Passport Antarabangsa Malaysia Online

Cara memohon pasport online

Myonline Pasport adalah satu cara dan kemudahan rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan perbaharui Passport Malaysia secara atas talian melalui internet.

Permohonan secara online juga boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit atau kad debit secara terus (FPX).

Pemohon boleh membuat pilihan untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar pasport yang disenaraikan dalam sistem. tarikh dan masa untuk pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan yang telah dibuat.

Waktu serahan. Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Untuk memohon atau semak secara online anda boleh klik pautan di bawah:

Permohonan Passport Antarabangsa Secara Atas Talian

Info Utama Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Melalui portal Jabatan Imigresen Malaysia, anda boleh mendapatkan sebarang maklumat berkaitan dengan mudah dan cepat. Semuanya hanya di hujung jari sahaja seperti yang berikutnya:
  • Semakan Status Permohonan Pas Pelajar
  • Semakan Status Permohonan Permit Masuk (myOnlinePermit)
  • Semakan Status Kawalan Imigresen untuk Warganegara Malaysia - Blacklist (SSPI)
  • Semakan Permohonan Pembantu Rumah/ Pekerja Asing
  • Lain-lain Semakan dan Perkhidmatan Secara Dalam Talian (Online)

INFO PENTING
  1. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  2. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
  3. Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
Semoga bermanfaat! - koleksiviral.com

Wednesday 20 December 2017

Tanda-tanda Tonsil Sakit Tekak Seperti Ini Tak Semua Perlu Lakukan Pembedahan & Buang

Tanda-tanda Tonsil Sakit Tekak Seperti Ini Tak Semua Perlu Lakukan Pembedahan & Buang

cara mengatasi tonsil

Jika anak seringkali demam suhu panas dalam jangka masa yang lama berbanding biasa, keadaan tersebut mungkin adalah tanda-tanda tonsil sedang menyerang anak anda. Selain itu, anak-anak atau baby pasti akan jadi sakit tekak dan susah menelan, radang atau bengkak tonsil yang biasanya diikuti dengan sakit kepala, sembelit, sakit telinga, lemah badan dan turut hilang selera makan.

Pasti ramai ibu bapa yang tertanya adakah bahaya tonsil? Petua hilangkan sakit tekak dan kahak akibat sakit, berjangkit, berdarah atau bengkak yang berpanjangan? Apakah ubat sakit tekak yang paling mujarab? Adakah harus lakukan pembedahan tonsil sekiranya bernanah dan sebagainya. Bagaimana cara untuk menghilangkan dan petua untuk mengatasi sakit seperti ini?

BACA : Petua Menghilangkan Batuk Berkahak Bayi Dan Kanak-Kanak Dengan Daun Sireh

Anda jangan bimbang lagi kerana seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Ezairy M. Salih telah berkongsi di Facebook bagaimana beliau pernah menghadapi berbagai jenis kes yang membabitkan sakit tonsil. Ikuti perkongsian beliau sepertti berikut;

cara menghilangkan tonsil pada bayi

Sakit Tekak Kerana Tonsil dan Rawatan


“Doktor, anak saya ini kerap sangat kena sakit tekak, banyak dah doktor kata dia ada tonsil, boleh ke saya nak dia buat operation, buang saja tonsilnya?”

Perlu disedari bahawa tidak semua kes-kes tonsillitis memerlukan pembedahan tonsillectomy iaitu membuang tonsil. Oleh itu, apakah rawatan sebaiknya?

Pesakit seharusnya diberikan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup di rumah. Minum air secukupnya. Buat pemeriksaan bersama doktor.

Ubat antibiotik perlu diberi jika ada tanda-tanda ia disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja. Ini kerana kebanyakan kes tonsillitis adalah disebabkan oleh virus. 15-30 peratus sahaja disebabkan oleh jangkitan bakteria!

Apakah tanda-tanda masalah tonsil disebabkan oleh jangkitan bakteria?

1. Tompok-tompok keputihan pada permukaan tonsil.

2. Demam panas, terutama disertai sakit tekak melebihi tiga hari.

3. Peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah

4. Bakteria yang biasa menyerang tonsil ialah Group A Beta-Hemolytic Streptococci.

Apakah kriteria dan ciri-ciri bahawa anak anda memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil?

1. Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.

2. Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).

3. Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.

4. Bengkak satu sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.

BACA : Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak Dengan Bawang Putih

Info gambar:

tonsil pada kanak kanak
Gambar 1 menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.


penyakit tonsil dan cara hilangkan
Gambar 1 menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.

Semoga bermanfaat kepada semua. Perkongsian dari Dr. Ezairy M. Salih.

Sunday 17 December 2017

Khasiat dan Kebaikan Cuka Epal Yang Sangat Disukai Oleh Rasulullah Kerana Keistimewaannya Tersendiri

Khasiat dan Kebaikan Cuka Epal Yang Sangat Disukai Oleh Rasulullah Kerana Keistimewaannya Tersendiri

Cuka Apple

Apabila berbicara tentang petua cara nak kurus dan mengurangkan kegemukan, cuka epal atau Apple Cider Vinegar adalah antara ramuan yang sering menjadi pilihan mereka yang ingin mencapai kehendak mereka itu untuk kuruskan badan. Tapi mengapa? Ianya kerana cuka epal adalah antara salah satu ubat yang dilihat sangat mujarab untuk menguruskan badan selain untuk beberapa penyakit lain seperti gout dan lain-lain serta ia juga adalah antara makanan sunnah seperti madu, kurma dan banyak lagi.

Sebenarnya, cuka epal sangat mudah didapati di mana sahaja sama ada di pasar raya, farmasi dan kedai runcit. Ia juga mempunyai berbagai jenis seperti cuka epal Sahara, Heinz, Gulsan dan sebagainya.   Malahan cuka epal dilaporkan sangat banyak khasiatnya dan mempunyai banyak kebaikan daripada keburukan. Biasanya, ramai yang bertanya bagaimana cara minum cuka epal? Adakah cuka epal untuk kurus? Adakah ianya halal? Berapa harga, cara buat cuka epal dan sebagainya.

Kebaikan dan Khasiat Cuka Epal


Satu perkongsian yang jadi tular di laman Facebook menjelaskan tentang kebaikan, khasiat dan manfaat cuka epal yang sangat bermanfaat kepada orang ramai di Malaysia sehingga menjadi perhatian netizen yang turut berkongsi tentang info yang sangat baik ini. Berikutnya adalah perkongsian tersebut;

untuk muka atau wajah, rambut, kucing, kesihatan dan organik

Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku”, diriwayatkan oleh hadrat Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja Nabi s.a.w suka kepada cuka.

Jabir menceritakan: Suatu hari Rasulullah mengajak saya ke rumahnya.dihidangkan roti. Baginda bertanya:

"Adakah apa-apa perasa?" Sahabat menjawab, "tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, "cuka adalah perasa yang baik." Hadrat Jabir berkata: "Aku suka kepada cuka sejak aku mendengar daripada baginda S.A.W." Hadrat Naf’a berkata: "Aku pula menyukai cuka sejak aku dengar daripada Jabir." (hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, Nasa’i)

Apabila kita mengambil cuka epal, ia akan menghilangkan kelesuan badan dan boleh dirasai perbezaannya dengan pantas dalam masa beberapa jam sahaja. Selepas minum cuka apple maka air kecil anda akan lebih jernih.

BACA : Cara Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat Dengan Gunakan Halba, Serai dan Kelapa Muda.

Anda juga boleh melakukan ujian menggunakan kertas litmus iaitu kertas yang digunakan untuk menguji tahap pH. Bermakna sebelum minum cuka apple air kencing anda berasid dan selepas minum cuka apple air kencing anda lebih berakali.

Daging, ikan, telur, minyak kelapa, hijau, cuka dan makanan lain-lain yang berkhasiat bertindak seperti ubat untuk hati. Sebahagian ahli perubatan dari timur percaya bahawa tekanan perasaan atau dikenali sebagai stress adalah akibat daripada hati. Cuka adalah detokfikasi untuk bersihkan hati.

Dari dahulu lagi cuka dan madu telah digunakan dalam perubatan untuk kesihatan manusia sejagat. Cuka epal sangat berguna untuk melarutkan deposit kalsium yang menyakitkan dalam badan, untuk sakit sendi seperti arthritis dan masalah lain-lain lagi. Antara kelebihan cuka apple adalah :

Kelebihan dan Keistimewaan

harga dan cara minum cuka epal

1. Memecahkan lemak dalam badan

2. Melancarkan laluan darah

3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman

4. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan otak.

5. Melawaskan usus kecil dan besar

6. Bertindak sebagai Anti alergi, Antiseptik, Anti anemia, Anti ulcer

7. Menghilangkan masalah jerawat

8. Menyahkan penyerapan dan pengumpulan lemak.

9. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu.

10. Menyingkir air yang berlebihan . (Pemparitan Limfatik)

11. Menguat dan melembabkan kulit dan menegangkannya.

12. Merawat selulit.

13. Membuang lemak yang berlebihan dibahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti bonggolan-bonggolan.

14. Meredakan sengal dan sakit sendi.

15. Menurunkan risiko masalah barah dan jantung.

16. Mengandungi anti oksidan yang menjaga kesihatan jantung.

17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru

18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang dengan menambah bahan kimis iaitu boron pada mineral tulang

19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah

20. Mengawal berat badan ke paras ideal

21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Sebenarnya kebaikan dan kegunaan cuka epal sangat banyak jika ingin disenaraikan. Antara khasiat yang lain adalah seperti untuk kecantikan kulit wanita, ibu mengandung, dalam masakan, dan banyak lagi seperti yang dikongsikan oleh laman Facebook Afdhal Merawat Kanser yang turut dikongsikan mereka di laman YouTube.

BACA : Petua Mengatasi Saluran Darah Tersumbat Sebelum Jadi Lebih Teruk

Manfaat Cuka Epal

1. Menghilangkan sakit sendi

Cuka epal bersifat antiradang yang boleh mengurangkan sakit sendi pada sesetengah orang. Campurkan 1-2 sudu cuka dengan segelas air dan minum 1-2 kali sehari.

2. Menghilangkan ketuat

Rendam kapas dalam cuka epal kemudian ikat di atas ketuat dengan band-aid semalaman. Ulangi rawatan sehingga ketuat kering dan jatuh serta tiada sisa yang tertinggal lagi.

3. Jangkitan sinus

4. Selsema

5. Jerawat

6. Kolestrol tinggi

7. Keletihan yang kronik

8. Sakit ulu hati

9. Sakit tekak
 
10. Dermatitis

11. Artritis(bengkak sendi)

12. Gout

13. Menurunkan kadar kolestrol tidak baik.

14. Mengimbangi tekanan darah di dalam badan.

15. Selain itu , cuka epal mampu membantu mengekstrak kalsium daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan tulang.

16. Cuka epal yang kaya dengan kalium, membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta keguguran rambut.

17. Kehadiran beta karotin dalam cuka epal membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, menegangkan dan memudakan kulit.

19. Cuka epal mengandungi asid malik yang berfungsi sebagai agen antikulat untuk menentang jangkitan kuman, bakteria dan lain-lain hidupan mikroorganisma.

20. Cuka epal juga boleh mengimbangi kadar asid-alkali di dalam badan, membantu malarutkan himpunan asid urikdi sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi, otot, dan badan.

Semoga bermanfaat.

Wednesday 9 August 2017

Nasi Lemak Lobster Bukan Biasa-Biasa Sedap Mengancam Tarik Perhatian Orang Ramai

Nasi Lemak Lobster Bukan Biasa-Biasa Sedap Mengancam Tarik Perhatian Orang Ramai


Berbagai strategi dan cara yang dilakukan oleh pengusaha atau peniaga yang menjual makanan untuk menarik pelanggan agar setiap produk yang dijual laris serta menarik perhatian ramai.

Nasi lemak adalah antara makanan yang kini diberikan berbagai pembaharuan seperti kek nasi lemak, nasi lemak ais krim dan bermacam resepi lagi yang direka dan dicuba agar dapat mencari kelainan.

Terkini, Nasi Lemak Lobster adalah diantara nasi lemak yang mempunyai perbezaan yang lain dari yang lain apabila menu terbaharu ini dikatakan telah meletup dan menarik perhatian orang ramai di Singapura.

Sebuah gerai yang dikenali sebagai Lawa Bintang yang bertanggungjawab memasarkan Nasi Lemak Lobster yang terletak di Tampines, Singapura.




Menurut laporan, gerai dengan menu unik tersebut dikatakan telah lama menjual nasi lemak, namun menu terbaru rekaan mereka sendiri itu adalah yang paling terkenal. Manakan tidak, nasi lemak tersebut bukan sahaja gah pada namanya tetapi turut tidak mengecewakan pelanggan apabila menjamahnya.

Nasi lemak yang kelihatan seperti dijual di hotel ini boleh didapati dari gerai dengan hidangan bersama seekor lobster yang telah disaluti dengan minyak bawang putih dan juga tiga jenis keju yang mempunyai perbezaan sebelum ianya dipanggang.

Resepi rahsia yang dikatakan amat laris ini turut menggunakan berbagai jenis herba untuk mendapatkan rasa yang sebenar dari daging udang galah tersebut.

Nasi lemak biasa yang dihidangkan bersama kacang, telur, timun dan juga sambal ini dijual dengan harga S$22 (RM69) yang amat berpatutan kerana anda akan mendapat dalam setiap hidangan dengan keseluruhan lobster yang dihidangkan.





Walau bagaimanapun, sekiranya anda bukanlah seorang yang meminati lobster, anda juga mempunyai pilihan lain yang mana anda juga boleh mendapatkan nasi lemak dengan hidangan bersama ikan salmon, sotong, udang dan berbagai-bagai jenis lauk lagi yang pastinya ditanggung halal.

Kadar harga bagi setiap jualan bermula dari S$7 (RM22) dan anda boleh mendapatkan semua menu yang dijual di gerai ini yang hanya dibuka sehingga jam 2 petang sahaja sebelum semua menu habis dijual setiap hari.

Sekiranya anda sampai ke Singapura, jangan lupa untuk singgah dan merasai keenakkan Nasi Lemak Lobster di Lawa Bintang yang lain dari yang lain. - www.koleksiviral.com

Wednesday 2 August 2017

Pereka Fesyen Cipta Baju Canggih Untuk Kanak-Kanak, Jimat Tak Perlu Beli Baju Anak Selama 3 Tahun

Pereka Fesyen Cipta Baju Canggih Untuk Kanak-Kanak, Jimat Tak Perlu Beli Baju Anak Selama 3 Tahun


Semua ibu bapa pasti bersetuju bahawa anak-anak yang dididik mereka dari kecil itu telah membesar sekelip mata dengan cepat sekali. Dek kerana tumbesaran anak itu pasti baju yang dibeli tahun lalu tidak dapat dipakai lagi walaupun kondisi baju masih lagi elok dipakai. Perkara ini pasti akan merungsingkan ibu bapa kerana setiap anak harus dibeli pakaian baru walaupun baju lama masih lagi elok disimpan.

Kini semua kerungsingan ibu bapa tidak lagi menjadi masalah kerana seorang pereka fesyen dari London telah berjaya menciptakan satu pakaian khas untuk bayi seawal umur 4 bulan sehingga 36 bulan. Kecanggihan baju tersebut direka dengan berubah saiz serta turut seiring dengan pertumbuhan badan anak-anak. Macam tak percaya tapi kenyataan!

Pakaian khas tersebut dikenali sebagai 'Petit Pli' yang telah dicipta dengan sistem lipatan atau lisu pakaian yang canggih di mana ia dikatakan boleh mengembang beberapa kali ganda dan turut kembali kepada saiz asalnya. Keadaan itu menyebabkan ia tidak akan menjadi terlalu besar atau tidak terlalu kecil untuk mereka. Kalau harga berpatutan mesti mak ayah akan beli, kan?









Menurut pereka fesyen berkenaan, Ryan Mario Yasin, Petit Pli boleh berubah bentuknya bersesuaian dengan pergerakan kanak, dan bayi memerlukan sekurang-kurangnya 7 saiz pakaian sepanjang 2 tahun pertama mereka membesar yang menyebabkan terdapat berbagai jenis pakaian yang masih elok tetapi didapati terlalu kecil untuk dipakai mereka. Keadaan ini pasti memaksa ibu bapa akan lebih kerap membeli pakaian untuk anak mereka." Lepas ni tak perlu beli selalu!

Menurut Yasin lagi, Petit Pli dicipta menggunakan material khas yang kalis air dan juga ringan, tetapi ia masih mempunyai ruang untuk badan bayi bernafas.

Ianya turut menggunakan material tahan lasak dan diilhamkan daripada seni Origami lama Jepun dan ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang biasanya cukup aktif untuk meneroka keadaan sekeliling mereka. Yasin turut memberikan jaminan bahawa pakaian itu selamat dibasuh dengan menggunakan mesih basuh. Memang terbukti katanya!

Sehingga kini pereka fesyen ini dipercayai sedang mencari rakan kongsi dan turut mengumpul dana bagi mengeluarkan pakaian khas tersebut menerusi pasaran Britain.


Petit Pli adalah sesuatu yang sangat kreatif dan hebat, malah ia dilihat untuk menjimatkan kos serta dapat mengurangkan kadar pembaziran yang dijana melalui industri fesyen.


Semoga rakyat Malaysia juga mempunyai peluang untuk memiliki pakaian untuk anak-anak ini dengan harga mampu milik setelah tiba di pasaran Malaysia nanti. - www.koleksiviral.com

Thursday 20 July 2017

Cara Mengenal Pasti & Membezakan Antara Daging Babi Dan Daging Kambing - Dr Taufiq Razif

Cara Mengenal Pasti & Membezakan Antara Daging Babi Dan Daging Kambing - Dr Taufiq Razif


Baru-baru ini satu kes yang amat mengejutkan orang ramai apabila dilaporkan tentang 4 kontena daging babi yang dipercayai telah bercampur dengan daging kambing yang bernilai RM2 Juta dengan anggaran seberat 120 tan telah dirampas.

Berita ini telah menyebabkan ramai pengguna terutamanya orang Islam sangat terkejut dan turut was-was untuk membuat pembelian daging kambing di pasaran ekoran kes berkenaan terbongkar.

Kes daging kambing campur babi dirampas. - Berita Harian
Walau bagaimanapun, perkongsian seorang doktor bernama Taufiq Razif boleh dikatakan telah menyelamatkan kesangsian orang ramai apabila beliau berkongsi cara untuk membezakan atau mengenal pasti daging babi dan berbagai jenis-jenis daging lain.

Cara Bezakan Daging

1. Warna daging babi dikatakan lebih pucat daripada daging lembu atau kambing. Kepucatan daging babi ini kelihatan seperti atau seakan-akan daging ayam.

Namun, agak sukar untuk membezakannya memandangkan kadang-kadang sindiket penyeludup didapati merendam dan sebatikan dengan darah lembu terlebih dahulu sebelum diseludup.

2. Serat daging lembui lebih jelas dan tebal sedikit. Cuba perhatikan serat/urat daging yang terdapat di rumah kita. Adakah ianya jelas atau samar-samar?

3. Lemak pada daging babi pula lebih anjal dan sukar dilepaskan berbanding daging lembu. Cuma kadang-kadang ada saja beberapa bahagian lemak babi yang menyerupai lemak lembu.

4. Tekstur daging babi juga lembik dan mudah diregangkan. Anda disarankan menarik daging yang terdapat di rumah bagi memastikan adakah teksturnya lembik sedikit. Sekiranya teksturnya padat dan kaku insha Allah itu adalah daging lembu.

5. Anda dinasihatkan agar mencium daging terlebih dahulu sebelum dimasak. Jika daging bau hanyirnya berbeza dengan bau hanyir daging yang biasa dibeli, sila berhati-hati. Atau pun sila berhati-hati sekiranya anda terbeli daging yang dikatakan daging kambing tetapi tidak mempunyai aroma kambing.


Menurut Taufiq, maklumat ini disampaikan bukanlah bertujuan untuk menghina orang bukan Islam. Kita harus menghormati pilihan makanan mereka dan cuma kejahatan penyeludup yang mengelirukan orang Islam ini sampai bila-bila pun tidak boleh dimaafkan.

Katanya, sekiranya kita memakan daging khinzir itu sejenis cacing iaitu Taenia Solium yang terdapat di dalam daging tersebut akan masuk dan menjangkiti badan serta akan masuk ke dalam otak (neurocysticercosis).

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika membuat pembelian daging walau di mana sahaja. Tips dan cara yang disampaikan oleh Taufiq sangat berguna dan harus dipraktikkan agar anak-anak dan keluarga kita terhindar dari termakan daging ini. - www.koleksiviral.com