Saturday, 14 December 2019

(VIDEO) Viral Pelajar Sedang Solat Ketika Rakannya Sedang Menyanyi Di Pusat Karaoke

Solat dalam pusat karaoke

Viral satu rakaman video yang menunjukkan seorang pelajar perempuan sedang menunaikan solat sementara rakannya sedang menyanyi di belakangnya dipercayai sebuah pusat karaoke yang tidak diketahui lokasinya. Remaja perempuang yang lengkap bertelekung itu seolah tidak mempedulikan keadaan di sekelilingnya.

Menerusi rakaman video tersebut kelihatan pelajar yang lengkap berpakaian seragam sekolah memegang mikrofon sambil menyanyi manakala rakannya yang sedang solat langsung tidak diendahkan oleh pelajar yang masih tidak diketahui identitinya.

Video tersebut sehingga kini jadi viral di laman sosial serta turut menarik perhatian netizen yang rata-rata di antara mereka masing-masing mengecam tindakan kedua-dua remaja perempuan berkenaan yang disifat seolah mempersendakan keadaan.

Ekoran video tersebut tersebar secara meluas dan turut menarik perhatian Setiausaha Bahagian Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), Asrorun Niam yang menyatakan, secara prinsipnya solat yang dilakukan remaja tersebut adalah sah sekiranya memenuhi syarat dan keharmonian, lapor Detik.com.

Beliau menambah, solat juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi tempat untuk menunaikan solat itu didapati suci serta bersih daripada sebarang kotoran. Solat menjadi sah jika memenuhi syarat dan rukunnya, jelasnya.


Ramai netizen yang turut mempersoalkan mengapa remaja perempuan berkenaan memilih untuk menunaikan solat di kawasan yang masih diragui tahap kebersihannya dan pastinya masih ada lagi tempat solat yang lebih baik bukannya di pusat karaoke.

Mereka juga  berpendapat, sepatutnya remaja perempuan tersebut boleh bertanyakan kepada semua pekerja pusat karaoke berkenaan dimanakah tempat solat yang lebih sesuai atau berdekatan dengan pusat karaoke tersebut untuk menunaikan solatnya.

Asrorun Niam turut menegaskan bahawa sebagai seorang Islam adalah wajib untuk kita memastikan tempat untuk kita menunaikan solat adalah bersih selain mementingkan kekhusyukkan dalam solat agar solat yang kita dirikan lebih sempurna dan sah. - Admin

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon