Tuesday 24 December 2019

Pasangan Kembar Meninggal Dunia Selang Dua Minggu Selepas Kemalangan Jalan Raya



Dua minggu lalu, seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Najib Muhammad Fakri, 16, yang juga anggota Jabatan Amal PAS Bukit Gantang dilaporkan maut selepas terbabit dalam satu kemalangan bersama kembarnya di Jalan Changkat Jering, Taiping, Perak.

Muhammad Najib telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Taiping manakala kembarnya iaitu Muhammad Nabil dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut.



Walau bagaimanapun, selepas dua minggu Muhammad Nabil menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, beliau akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.05 pagi seperti yang dikongsikan laman Facebook page Jabatan Amal Bukit Gantang.


Melalui perkongsian tersebut Jabatan Amal Bukit Gantang menyifatkan pemergian kedua-dua kembar berkenaan adalah satu kehilangan besar buat mereka kerana kedua-duanya memiliki sifat dan sikap yang terpuji malahan sering terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

Pemergian yang di cemburui
Pemergian yang di cemburui 😭😭... Mohon like & Follow Page ini. #JabatanAmalMalaysia #PemudaPASPerak
Posted by Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tambun on Friday, December 20, 2019


Malahan ketika kejadian tersebut berlaku, kedua-dua arwah dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas mereka sebagai sukarelawan Jabatan Amal PAS dalam satu program politik anjuran Markas Operasi PAS Bukit Gantang.

Al-Fatihah. - Admin

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon