Apabila gigi kita kuning pasti akan membuatkan kita menjadi malu untuk berdepan serta bercakap dengan orang terutamanya orang yang baru dikenali. Apakah cara memutihkan gigi atau apa petua putihkan gigi dengan cepat dan berkesan?
Tidak memutihkan gigi kuning juga menyebabkan seseorang itu akan hilang keyakinan diri malahan akan menjadi tekanan sekiranya tidak dirawat atau dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, putihkan gigi anda segera sebelum gigi menjadi tidak sihat dan rosak akibat makanan dan minuman yang anda ambil setiap hari.
Untuk dapatkan gigi putih, cantik dan bersih dengan cepat pula, tidak semestinya anda perlu berjumpa doktor atau dapatkan produk putihkan gigi di farmasi atau di klinik kerajaan, mengapa?
Sebenarnya, cara memutihkan gigi secara semulajadi atau petua putihkan gigi dengan cara tradisional juga telah terbukti berkesan dan sangat menjimatkan kerana boleh dilakukan di rumah sahaja dan menjimatkan kos.
Petua Putihkan Gigi Dengan Cepat
Perkongsian petua dan tips cantikkan gigi dari saudari Fitriah Azman ini menunjukkan cara-cara untuk memutihkan gigi dengan menggunakan bahan yang amat mudah didapati dari rumah sahaja.
Malahan ianya juga senang untuk dibuat dengan beberapa langkah saja menjadikan cara ini sangat senang, cepat dan berkesan. Berikutnya adalah perkongsian beliau cara putihkan gigi dari laman Facebook untuk anda semua.
Posted by Fitriah Azman on Tuesday, October 10, 2017
Cuba anda bayangkan jika anda ingin bertemu dengan orang bisnes atau siapa saja, mesti level confident anda tiba-tiba merudum kalau gigi nampak kuning, betul tak?
Iya lah. Masa COD Spray tudung kat customer mestilah kena senyum. Nak kepochi dengan customer mesti buka mulut, nampak gigi. Jadi, masa ni cuak alahai kalau gigi kuning.
Maklumlah. Pagi tadi je gosok gigi. Nak jumpa orang belah petang, segala mak nenek masuk dalam mulut tu. Tambah pulak tak pernah putihkan gigi, malu kan?
Jadi, saya nak share la petua putihkan gigi dengan dua bahan yang mudah didapati. Saya dah cuba. Terbukti berkesan okay! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar. Korang kena cuba jugak tau.
BACA : Petua Menghilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat
Bahan-Bahan untuk Putihkan Gigi:
- Soda bikarbonat
- Perahan lemon
Cara Memutihkan Gigi Yang Kuning Dengan Cepat :
1. Letak soda bikarbonat dalam bekas.
2. Perah lemon tadi ke dalam bekas yang dah diletakkan soda bikarbornat.
3. Kacau dan sekatakan larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi dan campurkan sedikit air.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 3 minit atau 5 minit. Kemudian barulah berkumur seperti biasa.
Walau bagaimanapun, nasihat Fitriah, cara putihkan gigi sebegini tidak boleh diamalkan dengan kerap kerana dibimbangi gigi akan terhakis kerana selalu menggunakan kedua-dua bahan tadi terutamanya lemon.
Anda juga disarankan menambahkan garam dan Aloe Vera gel ke dalam larutan tersebut untuk tujuan mengurangkan karang gigi anda. Selamat mencuba.
Selain petua untuk putihkan gigi cara tradisional, anda boleh juga membuat rawatan pemutihan gigi atau teeth whitening di klinik gigi swasta dan kerajaan. Jenis rawatan pemutihan agak berbeza mengikut klinik dan kepakaran serta keperluan pelanggan.
Agak-agak berapa harga putihkan gigi di klinik swasta dan kerajaan? Sebenarnya, harga mungkin tidak sama bagi klinik swasta dan sesetengahnya mencecah RM1000 ke RM1200 manakala klinik kerajaan mungkin lebih murah.
Semoga perkongsian petua memutihkan gigi dan cara-cara putihkan gigi dengan menggunakan soda bikarbonat dan lemon akan membantu gigi anda jadi lebih putih dan bersih. Semoga bermanfaat. - koleksiviral.com