Serangan sakit jantung adalah antara penyakit utama yang menyebabkan kematian yang berlaku secara tiba-tiba tanpa disangka. Biasanya, punca sakit jantung berlaku pada bahagian dada yang dikaitkan dengan masalah jantung sama ada pembuluh darah (Arteri) tersumbat akibat kolestrol dan lemak yang menyebabkan aliran darah terganggu tidak boleh mengalir ke bahagian jantung sesiapa sahaja tidak kira pada lelaki atau wanita.
Tanda-tanda sakit jantung tersumbat atau simptom yang kerap dialami oleh pesakit jantung pada peringkat awal biasanya akan berlaku gejala penyakit jantung seperti yang berikut;
1. Sakit pada bahagian dada, biasanya dada sebelah kiri
2. Kesakitan itu seperti dada ditekan dengan kuat
3. Ada pesakit mengatakan seperti rasa terbakar, pedih ulu hati dan seperti dicucuk.
4. Sakit berkenaan boleh terus merebak ke bahagian leher kiri dan tangan kiri
5. Mengeluarkan peluh yang terlampau banyak (Diaphoresis)
6. Menjadi sesak nafas
7. Sering berdebar-debar
8. Terasa nak pengsan atau kerap pengsan
Walau bagaimanapun, tanda sakit jantung dikatakan mempunyai berbagai jenis dan tanda yang disebutkan di atas adalah antara penyebab yang sering berlaku kepada kebanyakkan pesakit jantung mengikut kajian yang telah dilakukan.
Bagaimana cara mengatasi penyakit jantung yang amat digeruni ini? Sebenarnya, terlalu banyak jenis perubatan yang dilakukan oleh ramai orang pada hari ini untuk mencegah sakit jantung, sama ada melalui perubatan moden iaitu bertemu doktor pakar atau menggunakan petua serta ramuan tradisional yang dijadikan ubat yang dikatakan ada juga yang paling mujarab.
Di Facebook, seorang wanita berkongsi resepi cara merawat sakit jantung dan cara mengatasi kolestrol tinggi dengan tonik kesihatan yang beliau buat sendiri di rumah. Tonik kesihatan semulajadi tersebut dikatakan sangat bagus untuk meringankan badan serta melawaskan pembuangan selain mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
Menurutnya, resepi kesihatan tersebut didapati daripada seorang pesakit yang kini semakin pulih dan baik selepas mengamalkan pemakanan ubat jantung tradisional tersebut yang menggunakan bawang putih yang dijadikan sebagai jus dicampurkan dengan beberapa bahan lain. Ia juga mampu menghilangkan sesak nafas, badan dikatakan menjadi semakin ringan serta bertenaga dan juga sebagai salah satu cara hilangkan sakit dada.
Lebih mengejutkan, Shakina Ismail turut menyatakan bahawa pesakit berkenaan tidak lagi perlu menjalani sebarang pembedahan bypass yang biasanya dibedah akibat saluran arteri tersumbat selepas sebulan beliau mengambil resepi jus tonik kesihatan yang sangat bagus ini.
Resepi jus ini juga dipercayai sangat bagus bagi ibu-ibu yang dalam pantang untuk kembalikan kecergasan badan, kembalikan bentuk badan yang langsing dan juga sebagai cara untuk membuang angin dalam badan. Tetapi, pengambilan ubat ini harus mengikut kesesuian masing-masing sekiranya bayi masih lagi menyusu badan.
Resepi Tonik Kesihatan Sakit Jantung
- Secawan cuka epal (Apple Cider Vinegar)
- 1/2 cawan madu
BAHAN A
- Bawang putih 5 ulas besar
- Halia 3 ketul besar
- Lemon 3 biji
- Kopek dan buang kulit bahan-bahan A
- Basuh dan bilas, kemudian potong bahan A kecil2.
Cara Membuat:
- Blender semua bahan A dgn 2 cawan air.
- Masukkan bahan A dalam periuk.
- Masukkan juga secawan cuka epal (Apple Cider).
- Masak semua sekali dengan api sederhana sampai betul2 mendidih. (Masa sedang kacau bacalah zikir dan doa yang bersesuaian untuk sakit jantung demi mencari barokah Allah)
- Angkat. Biar seketika dalam 30 minit, kemudian masukkan 1/2 cawan madu. Kacau rata.
- Biar betul- betul sejuk. Masukkan dalam botol. (Saya dapat 3 botol)
- Simpan dalam fridge.
- Minum 1 sudu kecil setiap pagi masa perut kosong.
Inilah jus kesihatan campuran 5 ramuan :
Halia, bawang putih, lemon, cuka epal dan madu yang saya gunakan untuk minum setiap pagi sebelum sarapan.
Tonik yang dijadikan sebagai penawar dah siap disejukkan dan dimasukkan ke dalam botol, boleh disimpan dalam peti sejuk.
BACA JUGA : Cara menurunkan tekanan darah tinggi dengan cepat
Sukatan Minumannya :
Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi saya hanya mengambil satu sudu teh dan itu pun sudah cukup kuat. Semoga bermanfaat buat semua. Saya berkongsi info kerana Allah SWT. - Shakina Ismail
Selamat mencuba! - koleksiviral.com