Tuesday, 12 September 2017

Ibu Mencekik Anak Autisme Sehingga Mati Dengan Alasan Tidak Lagi Mampu Menjaganya

Membela anak autisme adalah satu cabaran besar kepada ibu bapa yang menjaganya terutama memberi didikan kepadanya. Walau bagaimanapun, dugaan dan cabaran ketika menjaganya tidak harus dijadikan alasan mengapa kita perlu berputus asa.


Itulah yang berlaku di Bangkok, Thailand apabila seorang ibu tunggal yang mempunyai anak autisme dipercayai mencekik anak perempuannya itu sehingga mati selepas mengakui tidak lagi mampu untuk menjaganya.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu selepas wanita terbabit dikatakan telah berhenti kerja sebagai seorang pembantu rumah. Dia kemudiannya pulang ke rumah lalu bertindak mencekik anaknya itu dengan menggunakan sehelai kain pada kira-kira jam 9 pagi di hari yang sama.


Menurut Penolong Inspektor Thung Song Hong, Leftenan Ukrit Suthirapong dan beberapa pegawai lain segera bergegas ke lokasi kejadian apartment milik Yolawadee Suasermsiri, 52, pada jam 3 pagi selepas wanita itu sendiri melaporkan kejadian tersebut.

Wanita itu memaklumkan kepada polis bahawa dia juga mempunyai niat untuk membunuh dirinya sendiri selepas berbaring di sebelah mayatnya anaknya itu selepas meminum 3 tin minuman keras. Tetapi malangnya, hasratnya terbantut apabila dia dikatakan termuntah semula segala minuman yang diminumnya itu.

Gambar hiasan
Anak Yolawadee yang menghidap autisme itu tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi untuk menjaga diri dan dia juga seringkali ditinggalkan dalam keadaan rumah berkunci di apartmen selepas ibunya itu keluar berkerja.

Menurut Yolawadee, semenjak kematian suaminya dia terpaksa menjaga anaknya itu bersendirian tanpa sebarang bantuan dari sesiapa pun. Disebabkan itu dia tidak lagi mampu untuk menjaga dan merasa tertekan dengan keadaan itu sehingga dia mengambil 2 biji pil Diazepam untuk tidur pada setiap malam.

Gambar hiasan
Yolawadee juga dikatakan telah beberapa kali berniat untuk membunuh anaknya itu dan anaknya juga tidak lagi disekolahkan kerana gangguan mental yang dihadapinya. Sejak dari hari itu anaknya itu menerima rawatan dari Institut Rajankul.

Inilah yang dikatakan tekanan perasaan dan tekanan hidup yang harus dilalui oleh setiap orang sekiranya terdedah dengan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan sendiri. Semoga kita semua bijak berfikir dan membuat keputusan yang betul agar tidak berlaku perkara yang sama terhadap diri kita sendiri. - www.koleksiviral.com

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon