Sunday 27 August 2017

Kecoh Ada Lagi Rakyat Malaysia Dikatakan 'Buat Hal' Yang Memalukan Di Jepun

Kecoh Ada Lagi Rakyat Malaysia Dikatakan 'Buat Hal' Yang Memalukan Di Jepun

Kecoh di laman sosial hari ini apabila dikejutkan dengan satu kes yang terbaru dipercayai membabitkan rakyat Malaysia sekali lagi yang dikatakan 'buat hal' di negara matahari terbit itu, Jepun.


Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan satu berita yang melibat 3 remaja Malaysia yang dipercayai telah mencemarkan nama negara selepas dikatakan mengasari  seorang pekerja serta merosakkan kemudahan di sebuah rumah tumpangan yang diduduk oleh remaja terbabit di daerah Osaka.

Namun, pada kali ini, kejadian yang hampir sama telah berlaku di ruang solat bagi kegunaan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dipercayai menjadi 'mangsa' terkini kepada sikap tidak prihatin rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara tersebut.

Melalui satu perkongsian di Facebook yang dikongsikan oleh Tok Sheikh menyatakan kejadian tersebut telah berlaku pada Jumaat yang memaparkan dua wanita yang dikatakan rakyat Malaysia sedang lena diulit mimpi di ruang tersebut.


Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan Tok Sheikh menunjukkan beberapa helai pakaian yang basah disidai di tiga buah kerusi dan besi penyangkut yang disediakan di ruang bersaiz kecil tersebut, malahan beberapa beberapa bagai turut kelihatan yang diletakkan di ruangan berkenaan.

Walau bagaimanapun, papan tanda yang ditetapkan oleh pihak pengurusan yang melarang orang ramai berbuat sedemikian turut terpampang jelas kelihatan dan tindakan tersebut dilihat turut mengganggu keselesaan pengguna-pengguna lain.


Memetik laporan Mstar, Tok sheikh yang kini berada di Jepun sewaktu dihubungi mStar online berkata, dia menerima maklumat mengenai kejadian itu ketika bertemu dengan rakyat Malaysia yang singgah makan di sebuah restoran halal di sana.



"Gambar tersebut diambil semasa mereka ingin menggunakan ruang solat (wanita) dan mendapati dua orang perempuan telah tidur dan basuh pakaian mereka di situ.

"Mereka turut sidai pakaian di dalam bilik itu sedangkan papan kenyataan sudah menyatakan apa yang tidak boleh dibuat ketika berada di dalam ruang solat berkenaan," katanya.

Menurut Tok Sheikh yang bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan dan sering berulang-alik ke negara itu, dia berasa amat kesal dengan sikap dan perbuatan sebahagian rakyat Malaysia yang sering menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan.


"Sekiranya nanti kemudahan seperti ini ditarik balik, ia akan menjadi masalah kepada semua pelancong yang ingin solat di tempat yang disediakan.

"Kepada mereka yang ingin belajar melancong ke luar negara, hendaklah juga belajar menjaga adab kerana kita membawa nama negara.

"Jika perkara seperti ini terus berlaku, ia amat memalukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya yang sering ke Jepun sejak 2014.

Adalah amat memalukan apabila perkara sebegini masih lagi terjadi selepas berlakunya perkara yang hampir serupa di negara matahari terbit itu. Sedikit sebanyak kes ini pastinya akan mencemarkan nama negara Malaysia.

Thursday 24 August 2017

Bomoh Ditahan Polis Kerana Merogol Remaja 20 Tahun Ketika Melakukan 'Rawatan'

Bomoh Ditahan Polis Kerana Merogol Remaja 20 Tahun Ketika Melakukan 'Rawatan'

Bomoh atau perubatan tradisional sememangnya amat dikenali dalam masyarakat Melayu, malah ianya seringkali dijadikan sebagai pilihan alternatif dalam perubatan. Tidak dapat disangkalkan lagi perubatan sebegini adakalanya begitu berkesan dan mujarab setelah pesakit didapati sihat selepas dirawat oleh bomoh sebenar.

Walau bagaimanapun, masih lagi ada bomoh palsu yang berpura-pura mahir dalam perubatan sedemikian sehinggakan mengambil kesempatan terhadap pesakit yang menaruh segala kepercayaan sewaktu dalam rawatan.

Gambar hiasan
Inilah yang telah berlaku di Sibu, Sarawak, pada beberapa hari lalu. Menurut laporan The Star, seorang lelaki yang dipercayai bomoh yang berusia 29 tahun, dikatakan telah merogol seorang pesakitnya iaitu remaja perempuan ketika sedang menerima rawatan daripadanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu itu, ibu kepada remaja terbabit dikatakan telah menghubungi bomoh tersebut untuk membuat temujanji dengan menyatakan kedatangan mereka ke rumah bomoh tersebut bagi mendapatkan rawatan selepas anak perempuannya itu mengadu sakit perut.

Difahamkan, si ibu juga pernah mendapatkan rawatan sewaktu sakit badan daripada bomoh terbabit sebelum ini dan begitu mempercayai kepakaran bomoh tersebut sehingga ingin membawa anaknya kepada bomoh yang sama.

Menurut laporan, 'rawatan' tersebut telah dijalankan di dalam sebuah bilik sambil ditemani makcik dan ibunya. Bomoh tersebut dikatakan telah mengurut perut remaja berkenaan dan kemudiannya dilihat telah memasukkan jarinya ke dalam alat sulit remaja yang berusia 20 tahun itu. Selepas itu, bomoh tersebut memberitahu kepada si ibu bahawa remaja terbabit tidak lagi mempunyai dara.

Gambar hiasan
Bomoh berkenaan kemudiannya mengarahkan remaja perempuan itu memasuki ke dalam bilik bagi tujuan mandi. Gadis tersebut dikatakan menolak arahan itu pada mulanya tetapi oleh disebabkan takut kepada ibunya, dia akhirnya akur dengan arahan tersebut. Bomoh terbabit dikatakan telah memuaskan nafsunya dengan merogol remaja perempuan tersebut di dalam bilik air.

Ekoran perbuatan bodoh bomoh tersebut, dia akhirnya ditahan polis ketika sedang menjual sayur-sayuran di Tatau di daerah Sibu, manakala remaja perempuan tersebut kini menerima rawatan di Hospital Sibu.

Menjijikkan seorang bomoh berbuat demikian terhadap pesakitnya. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika ingin mendapatkan rawatan seperti bomoh tersebut supaya kejadian yang sama tidak lagi berulang. - www.koleksiviral.com

Saturday 19 August 2017

Ibu Sakit Barah, Dua Abang Rogol & Pukul Adik Perempuan Sehingga Berparut

Ibu Sakit Barah, Dua Abang Rogol & Pukul Adik Perempuan Sehingga Berparut


Di Sungai Petani, Kedah, kecoh tentang cerita seorang gadis yang dipercayai telah dirogol dan dipukul oleh dua abang kandungnya sendiri semenjak kematian bapa mereka dua tahun lalu.

Lebih mengejutkan netizen apabila dimaklumkan bahawa salah seorang daripada suspek dikatakan telah menyeret mangsa yang berusia 16 tahu itu di atas jalan raya sehingga meninggalkan parut di badan, lapor Harian Metro.

Menurut Timbalan ketua polis daerah Kuala Muda berkata suspek yang berusia 18 tahun itu didapati telah merogol adiknya sewaktu mereka bersendirian di rumah mereka di sini dan kali terakhir pada 30 Julai lalu.

Saifi Abd Hamid berkata ibu mereka dikatakan mengetahui tentang kejadian itu tetapi tidak berdaya untuk melaporkannya kepada polis ekoran menghidap barah.

Suspek juga dikatakan turut bertindak mengancam akan mencederakan adiknya sekiranya adiknya itu menceritakan tentang kejadian yang berlaku itu tetapi sebaliknya mangsa dikatakan telah membuat aduan polis semalam ekoran tidak sanggup lagi menanggung derita selama ini.

Suspek yang berusia 20 tahun pula telah ditahan kerana sering memukul adiknya dan memaksa mangsa melakukan perbuatan mencuri sejak 2013.

Suspek yang disyaki merogol direman hingga 23 Ogos manakala suspek yang dipercayai memukul pula direman sehingga 20 Ogos ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan., lapor The Malay Mail.

Monday 14 August 2017

Penumpang Disahkan Patah Tulang Hidung Selepas Ditumbuk Pemandu Grab Yang Berang

Penumpang Disahkan Patah Tulang Hidung Selepas Ditumbuk Pemandu Grab Yang Berang


Seorang remaja perempuan yang dipercayai pelajar yang berusia 16 tahun telah mendakwa dikasari oleh seorang pemandu Grab kerana berang pelajar terbabit memintanya menukar haluan sebelum ditumbuk di muka.

Menurut laporan FMT, kejadian berkenaan dikatakan berlaku pada Sabtu lalu apabila pelajar sekolah menengah persendirian Cina itu dikatakan telah menaiki Grab dari sebuah rumah pangsa di Punchong Jaya untuk menuju ke pusat membeli belah di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

Mangsa turut melaporkan perkara berkenaan menerusi Facebook dengan menyatakan bahawa beliau telah meminta pemandu terbabit menggunakan Jalan Klang Lama untuk pergi ke destinasinya itu kerana ingin mengelakkan laluan yang mempunyai plaza tol.

Namun, pemandu berkenaan dikatakan mendakwa bahawa dia tidak tahu jalan dan hanya akan menggunakan aplikasi Waze untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Walaupun pelajar berkenaan memberitahu padanya dia boleh menunjukkan jalan, lelaki berkenaan didakwa enggan menurutinya dan tidak mahu berbuat demikian yang menyebabkan terjadinya punca pergaduhan diantara mereka.

Pelajar sekolah tersebut kemudiannya meminta pemandu Grab berkenaan memberhentikan kereta, tetapi keadaan menjadi lebih tegang selepas pemandu Grab tersebut menjadi berang kerana gadis berkenaan dikatakan telah menghempas pintu kereta dengan kuat selepas keluar dari kereta.

Gambar hiasan
Ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan gadis berkenaan, pemandu tersebut bertindak mengejar pelajar itu sambil memarahinya serta turut menumbuk pelajar berkenaan di bahagian muka.

Mangsa yang didapati mengalami kecederaan di bahagian mulut dan tulang hidungnya disahkan patah sewaktu mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, pihaknya telah menahan seorang lelaki dipercayau berusia 30 tahun di Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang semalam selepas mendapat laporan yang dilakukan oleh mangsa.

Suspek kini ditahan reman selama 4 hari sehingga Rabu ini dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - www.koleksiviral.com

Thursday 10 August 2017

Susulan 626 Pertuduhan Terhadap Seorang Lelaki Merogol & Meliwat Anak Kandungnya Sendiri Mengaku Tidak Bersalah

Susulan 626 Pertuduhan Terhadap Seorang Lelaki Merogol & Meliwat Anak Kandungnya Sendiri Mengaku Tidak Bersalah

Betapa kejamnya seorang ayah yang sepatutnya menjaga dan melindungi anak perempuannya tetapi telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak gadisnya sendiri tanpa rasa bersalah dan berdosa.

Gambar hiasan
Terkini dari Berita Harian, sebanyak 626 pertuduhan yang telah selesai dibacakan terhadap seorang bapa yang didakwa meliwat, merogol dan melakukan serangan seksual fizikal ke atas anak kandungnya pada hari ini di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini.

Tertuduh yang juga seorang ejen insurans, mengaku tidak bersalah atas 626 pertuduhan berkenaan dan berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki berusia 36 tahun itu didakwa atas 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuannya di bilik tidur utama rumahnya, di Sungai Way, Petaling Jaya, antara jam 6 pagi 11 Julai hingga jam 1 pagi, 20 Julai lalu.



Dia didakwa mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang mempunyai hak penjagaan, didakwa melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa sama antara 1 Januari hingga 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2016 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Lelaki itu turut dituduh merogol mangsa di tempat yang sama jam 2 petang pada 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga berdepan 594 tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan meliwat mangsa mangsa di tempat sama, antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, dari Januari hingga 20 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Dalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin, tidak menawarkan jaminan atas alasan ia kesalahan serius dan mangsa adalah anak tertuduh.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Tertuduh tidak diwakili peguam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 September depan.

Gambar dari Facebook
Kenapa seorang anak perempuan yang masih bersekolah di tingkatan tiga diperlakukan sebegitu rupa? Kenapa tidak saja si ayah mencari orang atau wanita lain di luar sana yang mempunyai berbagai pilihan lain. Mengapa anak gadis sendiri dijadikan sasaran?

Sanggupnya seorang ayah buat begini terhadap anak sendiri seolah tidak ada langsung perasaan rasa bersalah atau berdosa. Apakah jenis ayah macam ni? Semoga ayah sebegini mendapat hukuman yang setimpal dan menjadi pengajaran kepada orang lain.

Wednesday 9 August 2017

(VIDEO) Detik Cemas Pelajar Perempuan Diserang Histeria Ingin Terjun Dari Tangki Air Sekolah

(VIDEO) Detik Cemas Pelajar Perempuan Diserang Histeria Ingin Terjun Dari Tangki Air Sekolah


BAGAN SERAI - Seorang pelajar perempuan bernasib baik apabila tindakan pantas anggota bomba yang dapat menyelamatkannya yang dikatakan histeria sehingga cuba terjun dari tangki air 20 meter di sekolahnya di sini, pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Nasir Wahab, berkata sembilan anggota bomba bergegas ke sebuah sekolah menengah di sini selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.55 pagi.

Pelajar terbabit seorang pelajar perempuan di Tingkatan Empat dilaporkan telah diserang histeria sebelum memanjat dan cuba terjun dari tangki air berkenaan.

Ketika ketibaan anggota bomba di lokasi kejadian pelajar terbabit dikatakan sedang berada di atas penghadang besi tangki air dan cuba terjun ke bawah.


Keadaan cemas pelajar dan guru pada ketika telah menyebabkan mereka menyusun tilam di bawah tangki air itu kerana bimbang akan pelajar terbabit akan terjun tanpa mendengar nasihat daripada guru-guru.

Kemudiannya, 5 anggota bomba yang bertugas telah memanjat serta cuba memujuk mangsa agar turun ke bawah namun usaha mereka gagal malah mangsa bertindak dengan lebih lagi apabila meniti di atas penghadang besi tangki air itu.

Selepas beberapa minit dipujuk, seorang anggota bertindak dengan menerpa dan memegang mangsa sebelum anggota lain datang membantunya," katanya kepada Berita Harian.


Mangsa kemudian dibawa turun dan diserahkan kepada pihak sekolah dan operasi menyelamatkan mangsa dilaporkan tamat pada jam 11.38 pagi.

(VIDEO) Lelaki Ditemui Hanya Berseluar Dalam Di Tandas Wanita Pusat Beli Belah Seorang Inspektor

(VIDEO) Lelaki Ditemui Hanya Berseluar Dalam Di Tandas Wanita Pusat Beli Belah Seorang Inspektor


ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dipercayai pegawai polis yang berpangkat Inspektor telah ditahan ketika ditemui hanya berseluar dalam di tandas wanita di sebuah pusat membeli belah di Alor Setar dekat sini, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, penahanan pegawai berusia 32 tahun itu dibuat berikutan maklumat yang tular di media sosial mengenai kelakuan pegawai polis yang sering memasuki tandas wanita di premis berkenaan akhir-akhir ini.

Menurut Datuk Asri, tangkapan terhadap pegawai polis terbabit telah dilakukan pada jam 12.30 tengah malam selepas pihaknya menerima maklumat yang berkaitan dengan individu yang sedang menimbulkan suasana tidak senang dalam kalangan pengunjung yang masih lagi berada di pusat beli belah berkenaan pada waktu itu.

Anggota polis peronda yang telah dimaklumkan tentang perkara itu terus bergegas ke premis berkenaan dan mendapati seorang lelaki yang tidak berpakaian dan hanya berseluar dalam berada dalam tandas wanita di tingkat empat pusat beli belah terbabit,” katanya pada Harian Metro.

Gambar hiasan - Mstar
Pihak polis juga turut menemui satu paket plastik lut sinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.62 gram di dalam beg yang dibawa bersamanya.

Berdasarkan laporan, setelah pemeriksaan dilakukan pihaknya mendapati lelaki terbabit adalah seorang pegawai polis berdasarkan kad kuasa yang ditemui bersamanya.


Hasil ujian air kencing dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan lelaki terbabit kini ditahan reman.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, jelasnya.

Tuesday 8 August 2017

Demi Ibu Dua Beradik Sanggup Berjalan Kaki Dari Rumah Kebajikan Di Sungai Buloh Ke KL Pada Jam 6 Pagi

Demi Ibu Dua Beradik Sanggup Berjalan Kaki Dari Rumah Kebajikan Di Sungai Buloh Ke KL Pada Jam 6 Pagi

Jarang sekali setiap anak-anak yang ingin berjauhan dari ibu bapa lebih-lebih lagi ibu yang sangat dekat dengan anak-anak. Dek kerana berjauhan dari ibu, dua kanak-kanak ini sanggup berjalan kaki dari Saujana Utama, Sungai Buloh hinnga ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur semata-mata untuk menemui ibu mereka.

Mstar melaporkan, kedua-duanya yang berusia 8 dan 10 tahun itu telah ditemui oleh seorang lelaki yang begitu prihatin terhadap mereka.


Semuanya bermula ketika kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, jam 6.50 pagi, lelaki terbabit yang sedang memandu di jalan berkenaan telah memberhentikan kenderaannya dan bertanya kenapa mereka boleh berada di jalan itu.

Ahmad Nazri Zainudin bertanyakan soalan itu kepada kanak-kanak terbabit dengan wajah yang sedih mereka menjawab, "pakcik boleh tolong hantarkan kami ke Bukit Jalil tak? Kami nak jumpa mak."

Disebabkan destinasi yang mereka ingin tujui itu terlalu jauh dan lelaki tersebut mahu segera sampai ke tempat kerja, dia akhirnya membuat keputusan untu menghantar mereka ke balai polis saja.

Difahamkan, kedua-dua kanak-kanak itu adalah penghuni sebuah rumah kebajikan di Saujana Utama yang dikenali sebagai Rumah Aman. Manakala, wakil penjaga dari rumah berkenaan dilaporkan telah menjemput dua beradik terbabit pada jam 9 pagi pada hari yang sama.

Rumah Aman yang diduduki mereka itu dilaporkan telah ditubuhkan semenjak tahun 2005 untuk mana-mana anak-anak yatim dan juga untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan seramai 55 penghuni yang tinggal di cawangan Saujana Utama.

Menurut kata Pengasas dan Pengarah Rumah Aman, Abdul Rehman Dakri, kedua-duanya masih lagi mempunyai ibu bapa dan mereka juga baru sahaja ditempatkan di rumah kebajkan tersebut, ujarnya.

Rumah Aman
Ibu bapa kanak-kanak terbabit dikatakan tidak berkemampuan dan mereka dihantar ke situ di atas sebab untuk mendapat perhatian dan menjalani kehidupan yang lebih baik dan teratur.

Tetapi, oleh disebabkan agar sukar untuk menyesuaikan diri dan masih lagi baru dengan persekitaran yang dipenuhi dengan disiplin itu menyebabkan mereka bertindak seperti itu.

Mereka juga mungkin tak biasa hidup dalam suasana seperti asrama yang mempunyai jadual serta peraturan biarpun disediakan dengan makan minum dan juga tempat tinggal serta kemudahan pendidikan, jelasnya lagi.

Saya memohon maaf di atas insiden yang berlaku pagi tadi. Kami akan memastikan kejadian tidak berulang. Jangan risau mengenai kanak-kanak ini kerana penghuni yang masih mempunyai ibu atau bapa boleh melawat mereka sekali setiap bulan.

Siapa tak sedih sekiranya berjauhan dari ibu? Walau bagaimanapun, mereka bertuah kerana dijaga dengan baik oleh pihak yang sangat bertanggungjawab. - www.koleksiviral.com