Tuesday 15 November 2016

Agar-Agar Bebola Rintik-Rintik Hujan Nama Diberi

Fenomena Agar-Agar Bebola Rintik-Rintik Hujan tercetus hasil ciptaan dari Puan Yang Ida menerusi perkongsiannya melalui facebook. Resepi agar-agar ni jadi viral kerana keunikan dan resepinya yang agak berlainan dengan agar-agar sedia ada.


Resepi Agar-Agar Bebola Rintik-Rintik Hujan

1. Anda boleh memilih jenis buah mengikut kesukaan anda. Dicadangkan sekurangnya 3 jenis yang berlainan warna supaya nampak cantik dan sedap dimakan. Buah buahan yang dipilih Puan Yang Ida seperti di dalam gambar iaitu anggur, mangga, tembikai. Semua buah ini dipotong dadu menjadi kecil.


2. Resepi rahsia untuk agar-agar ini adalah kerana acuannya yang menjadikan agar-agar ini terbentuk bulat dan cantik. Katanya acuan seperti ini boleh didapati di kedai-kedai Bakery. Selepas digunakan untuk agar-agar bolehlah digunakan untuk membuat ketulan ais atai ice cube.


3. Setelah semua buah telah siap dipotong dadu, masukkan buah tadi ke dalam acuan seperti gambar di bawah mengikut kuantiti yang anda suka.


4. Untuk bahan agar-agar, hanya 3 bahan utama saja iaitu, air 250ML, 1/6 agar-agar tali (agar-agar serbuk juga boleh digunakan dan gula hanya 3 atau 4 sudu saja mengikut satu acuan tersebut. Anda boleh menambahkan rasa manis mengikut kesukaan dan keselesaan rasa anda.


5. Semua bahan-bahan tadi dimasak sehingga menjadi hancur dan sebati. Setelah siap dimasak masukkan agar-agar tadi ke dalam setiap acuan yang berisi buah seperti gambar di bawah. Pastikan menuang secara perlahan-lahan untuk mengelakkan buah terkeluar dari acuan.


6. Pastikan anda menuang agar-agar tadi ke dalam acuan melebihi ruang bulatan supaya ianya menjadi bulat selepas ditutup.


7. Inilah dia paras rupa Agar-Agar Bebola Rintik-Rintik Hujan setelah siap. Sedap dan anak-anak mesti suka. Lagi sedap jika disejukkan terlebih dahulu di dalam peti ais. Selamat mencuba!!



Sumber perkongsian daripada Puan Yang Ida.

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon