Saturday 12 August 2017

Gempar Di Upacara Pengebumian Seorang Lelaki Apabila Kaki Manusia Terkeluar Dari Tanah

Gempar Di Upacara Pengebumian Seorang Lelaki Apabila Kaki Manusia Terkeluar Dari Tanah

Satu kejadian yang amat mengejutkan berlaku ketika upacara pengebumian seorang lelaki yang dikenali sebagai Cleveland Butler apabila sebahagian kaki yang terkeluar dari tanah secara tiba-tiba dalam liang lahad.

Foto - The Sun
Situasi mengejutkan itu berlaku di Taman Peringatan Mount Holiness baru-baru ini ketika keranda warga emas yang berusia 85 tahun itu sedang diturunkan ke liang lahad.

Memetik laporan The Sun, anak perempuan si mati iaitu Butler, Sanda memberitahu bahawa situasi itu begitu trauma kerana baginya yang masih kesedihan selepas pemergian ayahnya yang tersayang.

Menurutnya, dia langsung tidak tergamak untuk melihat keadaan kaki tersebut ketika ianya terkeluar dari tanah, malahan tiada sesiapa pun yang memberi sebarang reaksi untuk memastikan pengebumian bapanya itu berjalan dengan lancar.

Sandra Butler


Kaki tersebut terkeluar betul-betul di atas keranda bapanya, jelas Alonzo Butler yang berusia 53 tahun iaitu seorang lagi anak Butler. Dia turut memberitahu semua orang hadir di upacara itu dapat melihat kaki manusia tersebut yang dibungkus dengan kain dan plastik itu sewaktu keranda bapanya sedang diturunkan.

Menurut laporan Mstar, seorang paderi telah melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa New Jersey dan turut meminta agar mereka menyiasat tentang kejadian yang amat mengejutkan itu. - www.koleksiviral.com

Sunday 6 August 2017

(VIDEO) Pemandu Uber Alami Detik Menakutkan Hantar 'Sesuatu' Dari Kawasan Tanah Perkuburan Ke Tempat Lain

(VIDEO) Pemandu Uber Alami Detik Menakutkan Hantar 'Sesuatu' Dari Kawasan Tanah Perkuburan Ke Tempat Lain


KAJANG - 'Terima kasihlah, sebab tumpangkan', demikian kata seorang lelaki kepada pemandu Uber yang telah menghantar 'sesuatu' ke destinasi yang diarahkan melalui aplikasi Uber yang bermula dari kawasan tanah perkuburan.

Sukar untuk dipercayai yang lelaki ini sedang berhadapan dengan makhluk halus apabila dakwaannya itu tidak menunjukkan sebarang entiti atau bukti fizikal, namun rakaman video yang telah dirakamkannya membuktikan segala-galanya.

Pemandu tersebut telah menceritakan segalanya di akaun Facebook miliknya apabila dia menghubungi seorang pelanggan atau rider yang memintanya untuk mengambil penumpang dari lokasi tanah perkuburan untuk ke tempat lain melalui aplikasi e-hailing Uber.

Semuanya bermula apabila seorang lelaki yang menempah perkhidmatan Uber yang merujuk kepada penumpang tetapi dalam kes ini 'rider' tersebut menempah perkhidmatan Uber untuk 'seseorang' yang lain, malah bayaran tersebut dilakukan menggunakan bayaran kredit kad.


Pemandu terbabit diarahkan oleh lelaki itu yang menandakan tempat pengambilan penumpang di kawasan tanah perkuburan, namun apabila pemandu terbabit sampai ke kawasan itu didapati tiada sesiapa pun dan menerusi telefon beliau diarahkan memulakan perjalanannya.

Pemandu berkenaan Zam, (bukan nama sebenar), mengigil selepas perbualan itu dan merasakan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Ketika dalam perjalanannya untuk menuju ke destinasi yang diinginkan rider itu tadi, Zam telah menghubungi keluarganya demi keselamatannya yang risaukan sesuatu yang akan berlaku ke atas dirinya.


Setelah sampai ke destinasi itu, Zam menghubungi lelaki terbabit yang menyuruhnya keluar dari kereta untuk membuka pintu kereta sebelum menyuruhnya membaca Bismillah dan Selawat dan terus mengakhiri perbualan yang menyebabkan menjadi tanda tanya pada Zam.

Rakaman video tersebut telah jadi tular dan turut tersebar ke laman sosial sehingga mendapat reaksi netizen yang berpendapat kejadian itu amat menyeramkan, malah rakaman itu telah ditonton oleh puluhan ribu orang. - www.koleksiviral.com

Saturday 29 July 2017

Tangan Misteri Dalam Gambar Seorang Ibu Mendukung Anak Menjadi Tanda Tanya Sehingga Kini Belum Terungkai

Tangan Misteri Dalam Gambar Seorang Ibu Mendukung Anak Menjadi Tanda Tanya Sehingga Kini Belum Terungkai


Anda pasti seram sekiranya gambar yang diambil sendiri dengan tujuan untuk buat kenang kenangan tetapi terdapat objek lain di dalam gambar yang datangnya entah dari mana dan tidak tahu mengapa adanya objek berkenaan di dalam gambar.

Itulah yang berlaku kepada seorang ibu kepada 4 orang anak ketika mengambil gambar dan berkongsikan gambar tersebut bersama anaknya yang disayangi yang dilaporkan telah meninggal dunia beberapa hari lalu ketika dalam majlis memperingati anak kesayangannya itu.

Seperti yang dilaporkan The Sun, situasi yang menakutkan itu dihadapi oleh Laura Clarke dari Belfast, Ireland Utara, apabila terkejut dengan keadaan itu setelah mendapati seperti sesuatu yang tidak kena dengan gambar dirinya serta anak lelakinya yang ketika itu dia sedang mendukung anaknya itu.




Objek asing yang terdapat dalam gambar tersebut telah disedari oleh suami kepada saudara kandungnya sendiri selepas melihat gambar terbabit bersama-sama.

Menurutnya, lebihan tangan yang terdapat pada gambar tersebut amat memelikkan memandangkan tangan Laura yang sebelah lagi sedang mendukung Theo, anak lelakinya, manakala yang sebelah lagi tangannya dilihat sedang diangkat.

Selepas melakukan penelitian pada gambar berkenaan, tangan misteri tersebut dilihat muncul pada gambar itu bermula dari paras pinggang Laura dan ianya kelihatan seperti sedang mendukung Theo yang telah meninggal dunia itu.

Sehingga kini penjelasan tentang misteri tangan tersebut masih lagi belum terungkai dan bagi Laura dia percaya bahawa tangan tersebut berkemungkinan adalah tangan dari mendiang bapanya, Terry yang telah meninggal dunia sewaktu anak bongsu Laura dilahirkan, katanya. - www.koleksiviral.com

Tuesday 25 July 2017

Pasangan Suami Isteri Hampir Bercerai, Sering Mimpi Ngeri Kerana Terkena Sihir Pemisah Dari Siam

Pasangan Suami Isteri Hampir Bercerai, Sering Mimpi Ngeri Kerana Terkena Sihir Pemisah Dari Siam

Kisah makhluk halus, sihir dan ilmu hitam masih lagi kita dengari hampir setiap hari di mana-mana sahaja malahan bermacam cerita dan hal yang melibatkan perkara seperti ini seperti diganggu dan dirasuk.

Satu perkongsian yang dimuat naik oleh IYRA SHIFA Enterprise mengenai pasangan suami isteri yang telah diganggu oleh makhluk halus sehingga menyebabkan mereka hampir bercerai.


Oleh: IYRA SHIFA Enterprise

Alhamdulillah. Hari ini selesai rawatan di Sungai Besi. Menyelesaikan masalah ghaib dua benua yang penuh misteri.

Pesakit kami di Sungai Besi mengalami masalah hubungan suami isteri sehingga hampir bercerai. Hal ini demikian kerana pesakit tersebut terkena sihir pemisah melalui Tok Bomoh Siam.

Makanan di rumah pesakit juga kerap basi. Walhal baru saja dimasak sejam yang lalu. Pesakit juga sering mengalami mimpi yang ngeri seperti dilayung dengan api, ditikam berkali-kali, jatuh dari tempat tinggi dan dipukul dengan besi panas sehingga setiap kali bangun tidur, terasa lebam seperti kena pukulan yang benar.

Namun apabila diperiksa, malah bertemu dengan doktor pakar untuk mengetahui masalah yang dialami, ternyata beliau tidak mempunyai sebarang penyakit.

Semenjak kebelakangan ini juga, pesakit ada memaklumkan kepada kami bahawa rumah mereka menerima kehadiran cicak yang banyak tak terkira.

Semasa sesi rawatan, semasa muallij membaca ayat suci Al-Quran, pesakit tidak khabarkan diri dan berlaku sesi dialog antara pesakit dan perawat. Alhamdulillah keberkatan ayat Quran dapat menyelesaikan masalah pesakit berkenaan.

Semasa perawat sedang membaca ruqyah untuk buat pagar pada rumah, tiba-tiba beberapa ekor cicak jatuh seperti keadaan hangus. Selepas diperiksa, ternyata bomoh meletakkan sihir pada cicak untuk memanaskan keadaan suami dan isteri.



Selepas kami pulang dan selepas pesakit menabur beras, garam dan lada hitam, pesakit terus menghubungi kami dan memaklumkan bahawa semakin banyak cicak yang jatuh seperti hangus dan keadaan mereka kelihatan seperti berasap selepas merenjis air ruqyah.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak melibatkan diri ke arah benda yang khurafat dan syirik seperti ini. Semua ini langsung tidak menjanjikan kebaikan sebaliknya lebih banyak keburukan. - www.koleksiviral.com

Penulis Asal: Iyra Shifa Enterprise

Tuesday 18 July 2017

Detik Mengerikan Seorang Wanita Tersepit Diseret Pintu Tren Ketika Pemandu Sedang Menikmati Sandwich

Detik Mengerikan Seorang Wanita Tersepit Diseret Pintu Tren Ketika Pemandu Sedang Menikmati Sandwich


Satu kejadian yang mengerikan telah dapat dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen tren di Kota Rom, Itali apabila seorang wanita didapati tersangkut di pintu tren manakala pemandu tren sedang menikmati makanan tengah harinya iaitu sandwich tanpa menyedari tentang kemalangan itu berlaku.

Melalui rakaman video itu, wanita terbabit Natalya Garkovich, 43, menderita kesakitan apabila beg tangannya tersangkut di pintu tren sebelum diseret.

Kemalangan itu bermula ketika Natalya dilihat ingin memasuki ke dalam tren tetapi keluar semula kerana mungkin penumpang terlalu ramai di dalamnya sebelum beg tangannya tersangkut di pintu tren yang ditutup secara tiba-tiba.

Natalya dilihat cuba untuk menyelamatkan dirinya sementara tren pula sedang bergerak bagi memulakan perjalanannya. Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian turut cuba untuk menolongnya, namun usaha mereka didapati gagal.

Ekoran kejadian mengerikan itu, wanita berkenaan dilaporkan patah tulang punggung dan paru-parunya didapati mengalami kecederaan akibat diseret.


Menurut laporan Daily Mail, pemandu tren berkenaan dikatakan sedang menikmati sandwich iaitu makanan waktu tengah harinya tanpa menyedari akan kemalangan itu sedang berlaku. - www.koleksiviral.com

Sunday 9 July 2017

(VIDEO) Budak Lelaki Hilang Di Tengah Hutan Beberapa Hari Ditemui Semula Selepas Azan Dilaungkan

(VIDEO) Budak Lelaki Hilang Di Tengah Hutan Beberapa Hari Ditemui Semula Selepas Azan Dilaungkan


Satu rakaman video yang memaparkan penemuan semula seorang kanak-kanak lelaki yang didapati hilang di dalam hutan selepas laungan azan berkumandang di tengah hutan tular di media sosial.

Melalui paparan video yang dirakamkan berdurasi lebih dari tiga minit itu menunjukkan beberapa orang yang dipercayai penduduk kampung yang sedang mencari kanak-kanak terbabit. Walau bagaimanapun tiada kenyataan yang menyatakan di manakah dan bilakah kejadian itu berlaku, namun melalui bahasa perbualan rakaman berkenaan dipercayai dari Indonesia.

Rakaman itu juga memaparkan bagaimana seorang lelaki yang berbaju putih terlebih dahulu melaungkan azan di hutan itu sebelum kanak-kanak yang didakwa hilang muncul secara tiba-tiba dari celah-celah belukar berhampirannya selepas beberapa saat azan berkumandang.

Kanak-kanak itu kelihatan bersahaja selepas lelaki berbaju putih mendapatkannya malah dia seperti mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa dan tiada suara tangisan darinya sambil melihat ke arah orang-orang yang berada berdekatannya.

Kemudiannya, kanak-kanak tersebut telah dibawa keluar dari hutan tempatdi mana dia ditemui dan melalui rakaman itu juga turut kedengaran suara beberapa orang yang sedang menangis kerana bertemu semula dengan kanak-kanak terbabit yang dipercayai telah hilang selama beberapa hari di dalam hutan.


Menurut sumber, kanak-kanak terbabit didapati hilang kerana telah diculik oleh sejenis makhluk halus yang dipercayai hantu wanita.

Monday 3 July 2017

Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ

Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ

Apabila seseorang itu berdepan dengan situasi barang kepunyaan didapati hilang pasti akan merasa panik serta berfikir macam-macam malah turut memikirkan sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

Mungkin buat laporan polis adalah jalan terbaik dan selesai semua masalah. Tetapi bagaimana jika terus menerus menuduh orang lain tanpa ada bukti atau bertanyakan masalah berkenaan kepada pawang atau bomoh yang penipu? Pasti lain jadinya nanti.

Perkongsian daripada lelaki ini agak mengejutkan apabila beliau telah meminta khidmat nasihat daripada seorang ustaz yang dipercayai berasal dari Indonesia dengan mengajarkannya membaca surah Al-Imran, ayat 9 dengan bacaan sebanyak 41 kali sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahannya itu.

Menurut lelaki berkenaan, dompet yang dicarinya itu selama ini disangkakan hilang entah ke mana, rupa-rupanya ia berada di satu tempat yang sering dilaluinya setiap hari tetapi beliau dan isterinya dikatakan tidak pernah nampak kerana pemandangan mereka telah pun 'ditutup'.


Oleh: Herosifuchess Rockmania

Saya kongsi sedikit apa yang berlaku kepada saya sehari dua ini ya. Semalam lebih kurang jam 11.30 pagi, dompet di tangan saya. Tiba-tiba saya tak ingat saya letak di mana. Dalam poket seluar ke, di meja ke. Jenuh saya dan isteri mencarinya berjam-jam di segenap penjuru rumah termasuk dalam plastik sampah, kot-kot terbuang.

Selain itu, saya cari juga di dalam mesin basuh, dalam bilik air, bawah katil. Bawah kerusi dan apa semua tetapi masih tidak berjaya menemui dompet saya. Akhirnya isteri mengajak saya membaca yasin bersama-sama, buat solat hajat dan berdoa.

Selepas itu kami teruskan mencari dan mencari. Malangnya kami masih lagi gagal menemui apa-apa, lalu kami pergi membuat laporan polis untuk salinan dokumen pengenalan diri buat sementara. Ye lah, semua dokumen penting saya yang hilang.

Selepas itu, saya masuk ke pejabat seperti biasa. Di pejabat, isteri cuba mencari doa-doa berkaitan dengan barang-barang hilang. Ada banyak jenis doa tetapi tiba-tiba saya teringat pada Ustaz Luthfi yang mengajar anak-anak tahfiz di kawasan kejiranan saya. Saya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp dan menceritakan apa yang telah berlaku.

Saya meminta pandangan dari Ustaz Luthfi tentang apa ikhtiar seterusnya yang saya perlu lakukan. Ustaz Luthfi pada waktu itu sedang beraya di kampungnya di Indonesia, meminta saya membaca surah Al- Imran, ayat 9, sebanyak 41 kali.

Dan pagi tadi, saya pun membaca surah yang diajar oleh Ustaz Luthfi sebanyak 41 kali. Selesai membaca, saya berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu hati dan dibukakan hijab saya dan isteri agar kami dapat menemui barang yang hilang di atas kecuaian saya sendiri.

Tidak sampai beberapa minit, tiba-tiba mata saya memandang tepat ke arah tirai dapur dan ternampak ada sesuatu yang tergantung di tirai itu. Allah! Dompet saya! Allah tunjukkan cash kepada saya dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan.

Berdiri bulu roma saya sebab saya dan isteri sudah banyak kali lalu di tirai itu, keluar masuk tetapi tidak nampak apa-apa pun dari semalam.

Semoga perkongsian pengalaman saya ini boleh memberi manfaat kepada semua. Kalau barang hilang, jangan cepat membuat tuduhan dan jangan kalut terus pergi jumpa bomoh buang saka bagai. Sebaliknya mintalah kepada Allah SWT dan yakinlah kepadaNya.

Kalau Allah tak makbulkan permintaan kita sekalipun, tidak perlulah kecewa tetapi redha seadanya kerana semua yang kita miliki ini hanyalah pinjaman semata-mata termasuklah nyawa kita sendiri. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil hakNya. Kita ini tiada apa-apa.

Wednesday 28 June 2017

Netizen Dakwa Ada Hantu Ketika Rakaman Pengambaraan Program TV - Kru Penerbitan Tampil Jelaskan Tentang Makhluk Halus

Netizen Dakwa Ada Hantu Ketika Rakaman Pengambaraan Program TV - Kru Penerbitan Tampil Jelaskan Tentang Makhluk Halus


Media sosial menjadi gempar sejak semalam apabila sebuah program TV yang telah dihoskan oleh artis lelaki terkenal Izzue Islam didakwa oleh netizen bahawa ada penampakan makhluk halus yang dapat dilihat dengan jelas menerusi rakaman video program berkenaan.

Rakaman video program berkenaan yang berdurasi selama 45 saat itu kini jadi tular sejak semalam gara-gara kemunculan seorang wanita yang dilihat berpakaian serba hijau serta hilang dalam sekelip mata sebaik sahaja artis berkenaan bergerak naik ke rumah Inap Desa yang dipercayai bertempat di Sabak Bernam.

Difahamkan, kru pengambaraab rancangan terbabit turut terkejut apabila dimaklumkan tentang cerita berkenaan, walau bagaimanapun, selepas membuat siasatan melalui rakaman video berkenaan wanita berpakaian serba hijau tersebut dikatakan adalah wanita yang sebenar dan tiada lagi isu makhluk halus seperti yang didakwa netizen.


Izzue Islam turut menjelaskan bahawa wanita itu sebenarnya adalah seorang makcik yang didapati berada di rumah sebelah dan beliau dikatakan beredar dengan segera selepas menyedari kawasan itu sedang diadakan pengambaraan. Menurut Izzue lagi, dia juga turut merasa seram tetapi tidak terus mempercayai cerita itu selagi tidak mendapatkan penjelasan yang sebenar tentang cerita berkenaan.

Izzue Islam juga menasihatkan orang ramai terutamanya netizen yang menonton rakaman berkenaan supaya tidak membuat sebarang spekulasi negatif dan cerita karut berkaitan dengan rakaman video berkenaan.