Monday 31 July 2017

Lelaki Lapor Polis Tweet Aliff Aziz 'Jangan Nak Kecam Sangat, Siapa Nak Kecam Call Aku' Bukan Nombor Miliknya


Kecoh di media sosial apabila ada yang mendakwa artis lelaki Aliff Aziz dikatakan telah memberikan nombor telefon miliknya menerusi laman sosial Twitter kepada sesiapa yang tidak berpuas hati terhadapnya.

Walau bagaimanapun, nombor telefon yang dipercayai telah didedahkan Aliff itu dikatakan bukanlah miliknya tetapi nombor telefon kepunyaan seorang lelaki yang kini berdepan dengan berbagai panggilan yang menganggu ketenteramannya selepas nombor telefon bimbitnya di Tweet Aliff Aziz.

Berikutnya adalah Tweet yang dikatakan milik Aliff Aziz.

Lelaki yang dikenali sebagai Aejoy telah diganggu dengan ribuan mesej menerusi aplikasi Whatsapp selepas Tweet Aliff Aziz yang mengandungi nombor telefon milik Aejoy tersebar.


Bukti yang menunjukkan beribu mesej yang telah diterima Aejoy.


Bukti laporan polis yang telah dibuat Aejoy selepas privasinya terganggu dengan berbagai panggilan dan mesej sehingga menyebabkan beliau turut tidak dapat melakukan rutin harian seperti biasa.


Lelaki berkenaan dikatakan merasa amat terkejut selepas menerima banyak panggilan, mesej dan Whatsapp dari nombor yang tidak dikenalinya.

Ekoran kejadian itu yang menyebabkan dirinya terganggu, lelaki terbabit telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut berkaitan dengan Tweet tersebut. - www.koleksiviral.com

Sumber

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon