Thursday 20 April 2017

Berhati-Hati Dengan Produk Tiruan Tati Skincare Yang Dijual Di Pasaran Mengandungi Bahan Terlarang, Dapatkan Yang Original


PETALING JAYA - Ada individu yang tidak bertanggungjawab telah memasarkan produk tiruan Tati Skincare yang dipercayai mengandungi bahan terlarang dengan menggunakan jenama syarikat yang dikenali ramai ini di pasaran Malaysia.

Menurut laporan akhbar Mstar Online, pihak syarikat terbabit telah pun dapat mengenalpasti individu berkenaan dengan memberi amaran dan memintanya menghentikan perbuatan itu serta diminta membuat permohonan maaf secara terbuka.

Melalui pengasas syarikat yang beribu pejabat di Kelantan itu, Nurhayati Hashima Muhammad memaklumkan, hingga setakat ini, segala bahan bukti mengenai perbuatan individu berkenaan telah diperolehi.

Laporan polis juga dibuat terhadap individu tersebut dan seorang peguam juga telah dilantik bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit dengan mengheretnya ke muka pengadilan.

Pengasanya turut menjelaskan bahawa tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu melemparkan tuduhan kepada syarikatnya telah menimbulkan berbagai tanggapan negatif terhadap produk keluarannya iaitu Tati Skincare.

Difahamkan, semua tuduhan tidak berasas itu telah dibuat secara terbuka di beberapa media sosial seperti Facebook, Instagram, blog dan aplikasi WhatsApp sehinggakan menjadi tular. Disebabkan perkara itulah pelbagai tanggapan negatif telah ditimbulkan berkaitan dengan produk Tati Skincare,jelasnya lagi.


Perbezaan Produk Tati Skincare Original Dan Tiruan









Sehubungan dengan itu, Nurhayati dan pihak syarikatnya sangat mengharapkanorang ramai tidak mempercayai tohmahan derta serangan jahat itu dan diminta merujuk segera kepada pihak pengurusan syarikat kosmetik tersebut sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai produk berkenaan.

Menurut Norhayati lagi, mereka sedang melakukan siasatan berkaitan dengan aduan produk tiruan yang berada di pasaran dengan menggunakan jenama Tati Skincare. Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika ingin mendapatkan produk keluaran syarikat tersebut di pasaran.

Beberapa minggu lalu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengesahkan dua produk keluaran syarikat kosmetik tersebut iaitu Tati Skincare Night Cream, Tati Skincare Treatment Cream didapati mengandungi merkuri dan bahan kimia jenis hydroquinone dan tretinoin.

Walau bagaimanapun, Nurhayati memberitahu bahawa pihaknya juga telah berhubung dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM dan bersedia untuk memberi sebarang kerjasama penuh berkaitan dengan perkara itu.

Add Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments!
EmoticonEmoticon