Bagaimana rezeki seorang pelajar itu bukan terletak pada CGPA? Bagaimana seorang pelajar bekerja sambil belajar untuk membantu diri supaya lebih terus maju ke depan. Jika anda seorang pelajar, anda wajib membaca penulisan ini sehingga ke noktah terakhir. Mungkin ada sesuatu yang amat bernilai yang boleh anda ambil daripada sini untuk terus belajar dan belajar sehingga ke tempat teratas.
Teruskan membaca! Semoga menjadi inspirasi kepada semua pelajar dan sesiapa saja yang membaca hasil penulisan seorang graduan baru daripada UiTM, Pulau Pinang ini, Nur Asyifa Binti Ajis atau lebih dikenali sebagai Effa Asyifa.
Rezeki Bukan Dari CGPA
##Saya bukan seorang mahasiswi yang cemerlang. Tetapi Alhamdullilah dari Diploma hingga ke Degree saya mampu mengekalkan 3.00 pointer tanpa "repeat paper" dan GOT (Graduate On Time). Hanya beberapa kali sahaja saya dapat Anugerah Dekan. Bukan mudah sebenarnya untuk pelajar jurusan kejuruteraan untuk "perform" sepanjang pengajian. Alhamdullilah, Allah permudahkan.
Buat mahasiswa/mahasiswi yang masih dalam pengajian, kenal pasti apa kelebihan diri anda. Cari pola pembelajaran yang bagaimana dapat membantu anda "boost up" minda dan tenaga anda. Terus terang saya katakan, saya bukan ulat buku dan kaki tidur sebenarnya sepanjang bergelar pelajar kejuruteraan. Boleh tanya housemates saya macam mana kehidupan saya masa di universiti.
Apa kelebihan diri saya?
Macam contoh subjek Linear System yang tak perlukan teori dan hanya faham konsep dan kira-kira, itu kelebihan saya. Dua kali buat soalan yang sama, saya mampu ingat sampai 2 minggu. Sebab tu lah kawan-kawan jarang tengok saya study. Saya tahu kelebihan saya, tapi saya tak gunakan sepenuhnya. Sebab apa? Dalam masa yang sama, saya juga bekerja part-time. Nak cari duit poket lebih. Gamaknya kalau saya study hari-hari umpama ulat buku, mesti dah dapat pakai selempang pink (Anugerah Naib Canselor).
Mak selalu cakap, "nak satu benda, kena korban satu benda". Contoh kalau saya nak buat part time kerja, maksudnya memang saya kena korbankan masa belajar saya. Kerja part time yang pernah saya buat, cikgu tuisyen, tukang buat roti di Auntie Anne's, Staff TGV cinema, dan banyak lagi. Itu semua gara-gara nak beli iphone dan melancong ke luar negara. Nak minta duit dekat mak ayah takut kena marah.
Bukan saya tak risau dgn CGPA saya. Sapa tak nak kan setiap sem dapat 3.5 ke atas? Hari ini saya nampak seluas-luasnya memang rezeki itu bukan pada CGPA. Tetapi pada USAHA kita. Allah akan bagi rezeki selagi kita berusaha dan rezeki itu memang Allah dah tetapkan untuk kita! Saya tak pernah sangka dengan menjual kipas di tepi jalan, saya akan jadi Doktor Kipas yang dikenali di seluruh Malaysia dan selangkah ke peringkat dunia.
Saya bakal menyambut ulang tahun pertama sebagai Doktor Kipas pada 20 Januari 2017 di negara Middle East kelak, Alhamdullilah. Semoga graduan dan anak muda yang lain akan terus mengorak langkah ke depan dan berusaha selagi mampu!!##
Nur Asyifa Binti Ajis,
Doktor Kipas,
Bsc.(Hons) Electrical and Electronic Engineering.